Bab 44 ~ Mummy & Daddy ~

15.7K 565 43
                                    

"Kau yakin dia tak ada niat lain nak jumpa kau? Aku risau ni Ina...kau tahu kan dia punca kepada semua masalah...sebab dia juga aku hilang Zack" 

"Dia takkan boleh apa-apakan aku Didi. Kau janganlah risau" aku melepaskan cengkaman Didi pada lenganku. Aku telah mendapat panggilan daripada seorang polis. Polis itu memberitahuku yang Maria ingin bertemu dengan aku. Katanya Maria betul-betul terdesak. Walaupun berat hati aku untuk berjumpa dengan dia selepas apa yang dia telah lalukan kepada orang-orang yang aku sayang namun aku pujuk juga hatiku.

"Saya nak jumpa dengan Cik Maria boleh?" tanyaku kepada seorang polis yang bertugas.

"Kejap ya" 

Setelah selesai melakukan beberapa prosedur yang terasa amat asing bagiku, aku dibenarkan masuk ke satu bilik. Maria yang sedang duduk di sebalik kaca yang memisahkan antara ruang aku dan ruangnya lantas bangun. Pilu hatiku melihat keadaannya yang tidak seperti dulu. Wajahnya kelihatan lesu, cekung dan tidak bermaya. Rambutnya juga tampak sedikit kusut.

"Datin Fathina..." panggil Maria.

"Kenapa dengan awak ni Maria? Polis dekat sini bagi awak makan ke?" aku mengambil tempat duduk berhadapan dengannya. Rasa marah dan benci terus meluntur. Bawah matanya yang gelap menunjukkan Maria sudah lama tidak tidur.

Bagaimana aku nak membenci dia selepas melihat dia tidak lagi seperti Maria yang pernah aku kenal? Ya Allah, mudah sungguh hatiku tersentuh.

"Taklah Datin. Semuanya serba-serbi cukup. Walaupun saya jahat, Tuhan hadiahkan polis-polis baik di sekeliling saya" matanya mula berkaca. Raut wajahnya aku tatap seketika. Ini kali pertama aku mendengar Maria menyebut soal Tuhan.

"Tak perlulah panggil saya datin. Panggil je Fathina" ucapku perlahan. Selepas aku berkata sedemikian, Maria menundukkan wajahnya.

"Saya minta maaf, Datin. Maafkan saya..." 

"Maria awak kenapa ni? Cuba bagitahu saya? Awak okay tak?"

"Saya dah banyak buat salah dengan Datin dengan Dato' Uzzam...tapi bila saya susah macam ni...tak ada orang lain yang saya boleh cari selain Datin. Sejak saya dimasukkan ke sini, saya dihantui dengan bayangan lelaki yang saya bunuh tu. Dosa-dosa silam saya yang terhitung tu seperti datang balik satu per satu. Saya takut, Datin. Saya takut sangat...tak ada sesiapa yang saya boleh kongsi selain datin" Maria menangis tersedu-sedan. Suaranya berubah serak.

"Saya minta tolong polis untuk call Datin. Saya nak minta maaf dengan Datin. Saya dengar Zack ada tunang...boleh tak kalau Datin sampaikan maaf saya kepada dia? Kalau boleh untuk semua orang lain yang terlibat termasuk Dato Uzzam dan kenalan rapat Zack. Saya yakin mereka pasti bencikan saya..." 

"InsyaAllah, Maria. Selagi saya mampu, saya akan sampaikan pesanan awak. Awak tak perlulah risau, saya dah maafkan awak. Saya hidup bertahun lamanya dibayangi kisah silam dan saya tahu bertapa peritnya rasa itu. Kalau awak takut, kembalilah padaNya" usulku.

"Maksud Datin?"

"Maria kembalikan kepada pencipta kita, Allah S.W.T. Saya tak mampu nak tolong Maria, saya tak boleh nak hilangkan ketakutan tu...tapi Allah boleh...jadi Maria mintalah kepadaNya" 

"Tapi saya tak tahu macam mana nak mula...mahukah Tuhan terima saya? Saya ni pendosa...saya..." bicara Maria dengan penuh keraguan.

"Tiada apa yang lebih besar daripada rahmat Allah dan Allah itu Maha Pengampun. Tak ada sesiapa yang boleh lari daripada dosa, malah saya pun seorang pendosa, kita semua pendosa. Tetapi sebaik-baik pendosa ialah mereka yang sentiasa bertaubat. Maria buatlah solat sunat taubat, minta ampun kepadaNya dan berazam untuk berubah dan tak akan ulangi kesilapan Maria lagi" Maria tediam seketika.

Kerana Dia Uzzam ✔Where stories live. Discover now