Bab 3 ~ Biasiswa ~

13.3K 646 9
                                    

"BROTHERS! Sisters! Semua dah besar kan? Beraturlah elok-elok!" jerit salah seorang committee yang bertugas. Dia ni nak kami beratur macam mana lagi? Kalau pelajar sikit tak apalah juga, what do you expect from more than three thousand students? 

Aku faham semua committee pun penat, mereka sanggup korbankan masa cuti mereka untuk menguruskan kami, budak-budak mentah yang baru melangkah dunia ijazah.

"Fathina, kau nak makan dekat sini ke bilik?" tanya Hawa. Satu-satunya roommate yang aku rapat buat masa sekarang. Lagi dua orang roommateku ada kawan-kawan lain yang mungkin lebih penting berbanding kami. Aku tak kesah pun, aku boleh je hidup tanpa mereka.

"Memang taklah aku nak makan dekat sini, dah kurang oksigen dah aku rasa. Karang aku pengsan, tak ada hero nak selamatkan punya pasal, aku terbiar dekat sini sampai lusa." 

Sebaik sahaja aku siap beratur mendapatkan makanan, aku terus keluar daripada kawasan yang dipenuhi pelajar. Sebab inilah ramai orang turun berat badan sewaktu orientasi, aktiviti yang padat dan memenatkan, tour campus yang besar gedabak dan tekanan dari segi fizikal dan mental. Ini belum dicampur dengan tak lalu makan sebab rindukan keluarga.

"Kita balik bilik jom." Aku mengajak Hawa.

"Brothers dan sisters, korang kena stay sini untuk solat berjemaah. Jangan ada sesiapa pun yang balik bilik." 

Pengumuman tersebut terus mematikan niatku untuk pulang ke bilik. Ya Allah, nak solat dengan baju basah peluh ni, aduhai, reda jelah Ina oi.

"Fathina kan?" Suara garau menyapa aku daripada belakang.

"Eh, Izzat! " Aku tersenyum secara automatik. Teman sekelasku sewaktu kami masih di peringkat asasi. 

"Kau apa khabar?"

"Alhamdulillah baik je. Jumpa pun kau, Zat. Dah last day orientasi baru nampak kau, brothers yang lain mana?"

"Kau ni Fathina, cuba jaga sikit hati aku yang rapuh ni. Tak cukupkah aku sorang dihadapan kau sekarang ni. Kenapa kau bertanyakan yang kedua dan ketiga." 

Baru aku tanya khabar, perangai merapu dia dah datang. Hawa yang masih belum kenal Izzat pun terikut ketawa.

"Ish,kau ni. Mana ada kau dua tigakan kau. Aku cuma nak ambil tahu je, tu pun nak jealous!" 

"Diorang ada je, kau jangan risau. Sihat-sihat diorang aku bela. Lagipun student ramai gila weh, student asasi, STAM, STPM dengan matriks semua campur. Aku rasa nak pitam dah ni tengok manusia. Kau cuba tengok aku, nampak cengkung sikit kan?" 

"Kau jangan nak propa sangat, makin cengkung apanya! Makin berisi adalah." 

Aku ketawa sejurus Izzat memberikan jelingan tajam.

"Zat, kenalkan ni roommate aku, Hawa." Kesian pula biarkan Hawa jadi pemerhati sahaja dari tadi.

"Hai Hawa. Maaflah lupa nak kenalkan diri, saya Izzat Adam. Nampaknya, kita ada jodoh." 

Hawa kelihatan tersipu malu, mungkin cair dengan atau muak dengan kata-kata Izzat. Eh kejap, sejak bila pula nama Izzat ada Adam?

"Ya Allah, Izzat. Roommate aku pun kau nak try ke? Dia tipu ja Hawa. Kau ni main tambah je nama Adam tu?"

"Fathina oi, nak jodoh baik-baik kenalah usaha. Ni baru roommate kau, kalau nenek kau ada pun aku try tau. Why not kan?"  kata Izzat, mengenyitkan matanya berkali-kali.

Disebabkan Izzat tak berhenti bercakap dan aku tak berhenti melayan, kami tak sempat makan. Bersama perut yang lapar tahap boleh telan seekor lembu, aku dan Hawa bergerak ke masjid universiti untuk menunaikan solat berjemaah.

Kerana Dia Uzzam ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ