Bunyi alunan melodi daripada sebuah piano kedengaran sangat jelas memenuhi ruangan kosong ini. Ruangan yang sangat gelap dan tiada penghujungnya. Di sini hanya ada seorang lelaki berambut perang bersama-sama dengan sebuah piano jenama Yamaha. Matanya berwarna coklat terang. Lelaki itu memakai baju kemeja berlengan pendek yang berwarna merah. Dua butang pada dada baju kemeja dibuka dan memaparkan dadanya yang bidang. Baju itu dipadankan dengan seluar jean berwarna hitam beserta kasut kulit berwarna hitam.
Tidak lama selepas itu, seseorang berjalan masuk ke kawasan tersebut. Kawasan yang diduduki oleh seorang lelaki bersama-sama pianonya sahaja yang diterangi cahaya. Ruangan sekelilingnya pula gelap.
Lelaki yang muncul pada kali ini berambut hitam yang panjang dan mata berwarna kelabu terang. Pada sisi pinggang kirinya terdapat sebilah pedang samurai. Dia berpakaian serba hitam dengan kot labuh paras lutut dan bertopeng berwarna hitam. Topeng itu mempunyai corak bunga sakura berwarna merah jambu dan putih. Pakaian yang dikenakan semuanya diperbuat daripada kulit termasuklah kasutnya. Lelaki misteri itu sedang memerhati lelaki rambut perang bermain piano.
Beberapa minit selepas itu, seorang lagi lelaki bersama-sama dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun datang ke tempat yang sama. Dia memakai baju sejuk berwarna hitam yang berhud, seluar jean dan kasut sukan berwarna hitam. Matanya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh hud yang berada di atas kepalanya. Pada tangan kanannya terdapat sebilah pisau lipat yang dibuka dan ditutup sesuka hatinya.
Manakala, kanak-kanak lelaki itu pula berambut hitam, bermata coklat gelap, berpakaian kebudak-budakan yang berwarna-warni termasuklah kasutnya. Dia membawa sebuah patung baruang berwarna coklat pada tangan kirinya. Tangan kanannya pula memegang tangan lelaki yang datang bersama-samanya itu.
Kemudian, kanak-kanak itu berlari ke arah si pemain piano dan berdiri di sebelah kanan lelaki tersebut. Dia sengaja main tekan-tekan papan kekunci pertama tanpa pedulikan perasaan lelaki itu. Lelaki yang berhud tadi pula merangkul leher si pemain piano dari belakang sambil meletakkan mata pisau pada leher kiri mangsanya itu. Manakala, tangan kirinya menutup kedua-dua mata mangsanya. Lelaki misteri yang berpedang itu pula hanya melihat tanpa membantu.

ANDA SEDANG MEMBACA
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...