BAB 26

406 50 0
                                        

CCTV? Bagaimana pula dengan CCTV? Adakah di kawasan bilik stor tersebut ada CCTV? Jawapannya ialah tiada. CCTV hanya diletakkan di dalam bangunan sahaja. Di luar bangunan tiada CCTV termasuklah di kawasan tandas lelaki dan bilik stor. Tandas lelaki terletak di bahagian dalam bangunan Art St. Holding tetapi ada pintu keluar di sebelahnya. Pintu tersebut menuju ke arah laluan belakang bangunan di mana terdapatnya bilik stor.

Setelah selesai menjalankan misi tersembunyinya, Aron segera menuju ke pejabat Encik Mustafa. Pintu bilik dibuka tanpa mengetuknya. Enes yang berada di atas sofa terkejut lalu melihat ke arah pintu. Dia lega apabila melihat Aron masuk ke dalam pejabat tersebut.

"Lamanya awak pergi tandas." Kata Enes kepada Aron ketika pintu pejabat ditutupnya. Aron berjalan menuju ke arah sofa yang didudukinya tadi.

"Saya sakit perut. Pagi tadi makan nasi lemak tiga bungkus." Dalihnya sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa tadi.

Enes menutup mulutnya sendiri dengan menggunkan tangan kanannya. "Opppsss... Sorry."

Hud yang berada di atas kepalanya ditarik ke belakang. Wajah milik Syam terserlah di hadapan mata Enes. Wajah Enes jelas berona merah. "Okay. Awak nak saya posing macam mana? Awak nak lukis muka saya atau badan saya?" Zip baju sejuk dibuka dengan pandangan menggoda terhadap Enes.

"TAKKKK!!!" Jerit Enes sambil menutup kedua-dua matanya dengan menggunakan kedua-dua tapak tangannya.

"Tak?"

"Tak. Maksud saya... Saya nak lukis muka awak je. Tak nak lukis badan awak. Peminat nak tengok muka. Bukan tengok badan awak." Jelasnya yang masih menutup kedua-dua matanya.

Aron ketawa. "Tapi awak tak rasa nak tengok badan saya, ke?" Sakat Aron. Hal ini telah buatkan wajah Enes berona merah dan kepanasan kerana malu.

Enes diam. Matanya masih ditutup. "Dia... Dia ni Syam, kan? Ni ke perangai sebenar dia? Malunya aku rasa." Monolog Enes.

"Awak malu atau takut?" Bisik Aron pada telinga kanan Enes. Enes terkejut apabila mendengarnya. Dia segera melihat ke kanan di mana wajah Aron berada sangat dekat dengannya. Perkata tanpa diduga telah berlaku.

Mata Enes bulat kerana terkejut. Dia segera bangun dari sofa dan berlari ke arah meja kerja. "Awak... Awak..." Bibirnya disentuh dengan menggunakan tapak tangan kanannya.

Aron senyum bahagia. Dia jilat bibirnya. "Bau strawberry. Pelembap bibir perisa strawberry. Sedap. Tapi saya lagi suka perisa blueberry."

"Dia... Dia ni sama macam mamat hari tu. Mamat yang aku terjumpa dekat sekolah abang dulu. Siapa nama dia? Aku lupa nama mamat tu." Enes kelihatan cuak.

Aron menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia berbicara. "Enchanteur Romantic. Awak masih pakai minyak wangi tu. Bau ni la yang buatkan saya terkenang-kenangkan diri awak. Kali pertama kita jumpa, saya telah rasa saya mula jatuh cinta kepada awak."

"Ayat dia ni..." Aron berjalan ke arah Enes. Enes ketakutan.

"Aron! Kau jangan nak buat kerja gila dekat sini! Aku cantas kepala kau nanti. Aron Raiz! Jangan jadi bodoh. Kau akan memalukan diri Syam. Aron!" Suara jeritan amarah itu dapat didengari oleh Aron dengan jelas.

Pada masa yang sama, kepalanya mula kepeningan seperti ada seseorang mengetuk batang tengkuknya. "Tak guna kau, Erzen. Ganggu masa untuk aku berseronok dengan cinta pandang pertama aku." Rungut Aron sambil memegang kepalanya yang kepeningan itu.

Aron rebah di atas lantai. Enes terkejut melihat kejadian tersebut. "Syam?" Enes serba salah untuk mendekati Syam.

*

Jari-jemari Syam bergerak-gerak. Syam membuka matanya. Perlahan-lahan dia duduk di atas lantai. Dilihatnya ke arah Enes yang berada di sebelah kanannya. Kemudian, dia melihat pula ke arah sekeliling. Hanya mereka berdua.

"Mana pakcik?" Tanya Syam yang kekeliruan. Enes juga hairan melihat jejaka di hadapannya itu.

"Syam? Awak okay ke?" Soal Enes kepada Syam.

Syam berdiri. "Saya okay. Tadi rasanya saya tertidur atas sofa tu. Tapi kenapa saya ada dekat bawah ni?" Kata Syam sambil berjalan ke arah sofa yang didudukinya tadi.

"Eh? Biar betul dia ni. Tak akanlah dia dah lupa ada dia buat tadi."

Telefon bimbit Syam berdering. Syam segera mencapainya dari dalam poket baju sejuknya. Panggilan dijawab. "Hello? Ada apa Pakcik Hariz call saya?"

"Ha? Apa? Bila? Siapa buat? Saya akan datang ke sana segera." Kata Syam sebelum panggilan ditamatkan.

"Err... Syam. Kenapa?" Tanya Enes yang perlahan-lahan berjalan ke arah Syam.

"Papa saya masuk hospital. Sakit jantung. Saya kena pergi ke sana sekarang. Sorry sebab terpaksa cancel tugasan awak hari ni." Beritahunya.

"Tak apalah. Lain kali pun boleh buat. Awak pergilah tengok keadaan papa awak."

"Terima kasih." Kata Syam sebelum berlalu pergi meninggalkan Enes sendirian di dalam bilik tersebut.

"Apa dah jadi dengan dia sebenarnya? Perangai dia cepat berubah." Fikir Enes sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduk Syam tadi.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now