BAB 11

573 71 8
                                        

Ash bersandar pada kerusi sambil melihat ke arah beberapa keping gambar yang berada di dalam album gambar miliknya. Gambar tersebut merupakan gambar dirinya dan keluarganya kecuali gambar Syam. Gambar Syam langsung tiada di dalam album milik Ash. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa Ash tidak sukakan kewujudan Syam di dalam rumah ini.

"Aku tak perlukan adik. Kenapa abang nak sangat adik? Aku je tak cukup lagi ke? Syam tu dah la pelik. Kejap-kejap perangai lain-lain. Pelik. Pelik. Pelik. Aku tak nak ambil tahu pasal dia. Dia bukan adik aku." Album ditutup lalu dicampak di atas meja yang terletak bertentangan dengannya.

"Tapi mama, papa dan abang selalu beri perhatian dekat dia. Apa kurangnya aku? Sejak dia wujud dalam rumah ni. Semua orang abaikan aku." Ash berasa sangat sedih lalu dia menangis. Wajahnya ditutup menggunakan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Aku benci kau, Syam."

*

"Syam. Syam..."

Suara yang memanggil nama Syam telah menyebabkan dirinya terjaga daripada lena. Matanya terbuka luas. Dilihatnya sekeliling biliknya sebelum matanya tertumpu kepada komputer riba yang berada di hadapannya.

'TAMAT'. Perkataan tersebut menyebabkan Syam terkejut apabila dia melihat skrin komputer riba yang masih menyala di hadapannya. Ketika ini, dia berada di atas katil yang berselerak dengan beberapa helaian kertas lakaran idea untuk 'DARK HUNTER : NEXT STAGE'.

Syam menarik muka surat manuskripnya yang terdapat di dalam komputer riba itu ke atas untuk melihat perkara yang telah ditulisnya tanpa dia sedari. Perkara itu bermula dari muka surat 100.

'... lalu berkata, "Aku tidak akan pernah lepaskan kau sebab kau seorang pendusta. Kau fikir kau siapa? Pakcik aku? Huh. Pakcik apa kalau anak saudara sendiri pun tak boleh dijaga. Malah, kau mahu bunuh aku sebab harta." Pedang pada tangan kanan Erzen dipacakkan di atas meja yang berada di hadapan pakciknya...'

"Apa semua ini? Bila masa aku tulis semua ini?" Syam panik. Dia segera menyemak setiap helaian kertas lakaran idea yang berada di atas katil itu.

"Mana? Mana idea tu? Tak ada... Tak mungkin tak ada. Kalau aku yang tulis semua ini mesti ada dalam lakaran idea tu." Syam mula tertekan, marah, risau, takut dan panik pada masa ini.

"Syam." Nama dia dipanggil lagi.

"Erzen Laiss! Aku tahu ini semua kerja kau, kan? Kau yang buat semua ini. Kenapa kau nak ganggu kerja aku? Apa masalah kau sebenarnya?" Syam rasa tidak berpuas hati terhadap Erzen.

Erzen ketawa. "Kau marah aku? Atau kau takut sebenarnya? Kau betul nak tahu apa masalah aku?"

"Masalah aku ialah kau! Kau bodoh dan lemah! Apa kau masih tak nampak apa yang sedang berlaku di sekeliling kau sekarang ini? Apa kau masih mahu duduk diam dan biarkan diri kau dibuli dan diperbodohkan?" Tengking Erzen kepada Syam.

Syam diam seketika sebelum mengajukan soalannya. "Apa maksud kau? Apa yang aku masih tak nampak? Dan apa kaitannya masalah aku dengan karya aku?"

"Adakah kau cuba untuk membunuh aku?" Marah Syam.

Erzen diam seketika sebelum dia ketawa jahat. "Selamat beradu, Syam. Berikan aku sedikit lagi masa untuk selesaikan apa yang patut aku buat. Sebab kau terlalu naif untuk lakukan semua ini."

Kini, yang berada di dalam bilik Syam bukan lagi diri Syam. Sebaliknya ialah Erzen Laiss. Seseorang yang sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugasannya. Tugasan yang tiada sesiapa pun tahu tentang kebenarannya.

*

Raz sudah lena di atas katilnya ketika Erzen Laiss keluar dari rumah pada jam 12:00 malam. Ketika ini Raz sedang bermimpi tentang kisah silamnya bersama-sama dengan Syam. Namun, diri Syam pada ketika itu bukan diri Syam yang dikenalinya selama ini.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now