BAB 18

436 49 2
                                        

Selepas puas mengekori Erzen membeli-belah pada pagi Sabtu, Bray mengajak Erzen makan di sebuah kafe berhampiran. Kafe sushi menjadi pilihan Bray kerana dia tahu makanan kesukaan Erzen ialah sushi. Hal ini demikian kerana dalam novel DARK HUNTER : FIRST STAGE ada menyatakan bahawa Erzen berasal dari Jepun walaupun dia dilahirkan di Amerika tetapi selepas itu keluarganya menetap di Jepun.

Bray dan Erzen duduk di sebuah meja yang terletak di sudut kafe. Masing-masing menunggu pelayan tiba di meja tersebut. Sementara itu, Bray mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar mesej kepada Raz. Seperti biasa, dia akan melaporkan kejadian yang berlaku apabila dia bersama-sama dengan Erzen. Hal ini dapat mengurangkan kerisauan Raz terhadap adiknya itu.

"Bray. Kau buat apa tu?" Soal Erzen yang melihat ke arah Bray.

Jari-jemari Bray yang tadinya pantas menaip mesej segera berhenti dan terus melihat ke arah Erzen. "Tak ada apa-apa." Telefonnya ditutup dan disimpan di dalam poket seluarnya.

Hari ini Erzen hanya mengenakan baju kemeja hitam berlengan pendek bersama baju sejuk berhud berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar jean hitam. Hud yang berada di atas kepalanya tidak pernah diturunkan sejak dia datang ke rumah Bray awal pagi tadi.

"Erzen. Kau tak panas ke? Sekarang ni musim hujan. Bukan musim salji." Kata Bray dengan berhati-hati. Dia risau jika Erzen mengamuk walaupun dia tak membawa pedang kesayangannya.

Hari ini merupakan hari pertama Erzen keluar tanpa pedang kerana itu ialah arahan daripada Raz. Tiada topeng, tiada pedang. Nak tak nak dia kena ikut arahan tersebut atau Raz akan menyimpan pedang tersebut di tempat rahsia untuk selama-lamanya.

Erzen pandang dingin terhadap Bray yang berada di hadapannya. "Aku sejuk. Kau apa hal? Sibuk je nak tahu."

"Kau pelik, Erzen." Kata hati Bray.

Seorang pelayan wanita tiba di hadapan mereka berdua. Masing-masing mencapai kad menu yang dihulurkan. Mereka memesan sushi dan minuman yang berbeza. Namun, satu perkara tanpa diduga ialah apabila si pelayan berkata, "Hari ni kami ada promosi set couple. Dalam set tu ada lima jenis sushi, aiskrim coklat vanila, minuman boleh pilih, dan ada keychain khas daripada kafe kami."

Pantas Erzen berkata. "Dia dah ada girlfriend. Aku tak minat dia. Dan aku dah kahwin. Aku nak makanan yang aku pilih tadi je. Jangan banyak tanya. Pergi sana cepat. Aku lapar."

"Errr... Maafkan saya." Wajah si pelayan kafe berona merah kerana malu.

"Aku... Aku salah ke? Selalunya, aku promote dekat pelanggan-pelanggan lain okay je. Dia ni menakutkan." Bicara hati si pelayan kafe.

Bray mengeluh. "Haih. Maaf ya, cik. Ada betul juga dia kata tadi tapi berapa harga set couple tu?"

"Hoi." Erzen menjeling kepada Bray. Bray mengabaikan jelingan Erzen kepadanya.

"Set couple tu RM25. Kalau beli satu-satu lebih mahal daripada set couple." Jelasnya dengan mesra.

"Boleh bungkus tak?" Tanya Bray lagi.

"Boleh."

"Okay. Saya nak satu set couple. Bungkus. Nak beri girlfriend saya rasa makanan dekat sini. Lain kali boleh bawa dia ke sini." Kata Bray dengan mesra.

Si pelayan itu mencatat sambil mengukir senyuman pada wajahnya. "Okay. Untungnya girlfriend encik. Dia mesti cantik sebab encik pun kacak."

"Hei. Makanan aku. Tak payah la kau nak menggatal dekat sini. Cik pelayan." Kata Erzen seraya perutnya berbunyi.

Bray ketawa. Si pelayan pula cuba menahan ketawa dan berlalu pergi ke kaunter pesanan makanan.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now