BAB 1

1.1K 90 12
                                        

Jam menunjukkan detik 2:30 petang. Ketika ini, semua pelajar sekolah rendah telah selamat sampai ke rumah masing-masing. Namun, hanya seorang pelajar yang masih tidak sampai ke rumahnya akibat suatu kejadian yang tidak diduga telah pun berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya sendirian.

Seorang pelajar lelaki yang berusia 10 tahun telah diculik oleh dua orang penculik. Mereka menculik pelajar lelaki tersebut dengan menaiki van berjenama Toyota yang berwarna putih. Mereka membawa mangsa ke sebuah rumah usang yang terletak jauh dari kawasan sekolah rendah tersebut. Tujuan penculikan dilakukan demi mendapatkan wang tebusan daripada ibu bapa mangsa mereka.

"Beri aku nombor telefon mak ayah kau." Arah seorang penculik lelaki yang berusia 26 tahun kepada pelajar lelaki tersebut. Dia memegang telefon bimbit pada tangan kanannya.

"Saya tak ingat nombor telefon mama dengan papa saya." Kata pelajar lelaki tersebut.

Lelaki itu mendengus geram lalu menarik kolar baju seragam sekolah pelajar tersebut. "Kalau kau nak hidup. Lebih baik kau beritahu. Tak mungkin tak ada nombor telefon sesiapa yang kau ingat dalam otak kau."

"Saya cuma ingat nombor telefon saya. Tapi telefon ada di rumah. Mama dan papa saya ada di tempat kerja. Abang-abang saya masih di sekolah." Katanya yang kelihatan ketakutan.

"Macam mana ni?" Soal seorang penculik wanita berusia 24 tahun.

"Kita jual je budak ni dekat black market." Kata lelaki itu seraya menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluar pada sisi kanan.

"Apa salah saya? Saya budak baik." Kata pelajar lelaki tersebut yang semakin ketakutan.

Wanita tersebut mengacukan pistolnya ke arah pelajar lelaki itu. "Lebih baik kau diam kalau kau nak selamat." Ugutnya.

Tidak lama selepas itu, dua orang lelaki masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka membawa dua orang pelajar sekolah rendah yang kelihatan sama usia seperti pelajar lelaki tadi. Tetapi lencana pada dada kiri mereka kelihatan berbeza. Hal ini bermakna, tiga orang pelajar lelaki tersebut berasal daripada sekolah rendah yang berbeza.

Dua orang pelajar lelaki dicampak ke lantai. Salah seorang daripada mereka masih belum sedarkan diri sejak mulutnya ditutupi dengan ubat pelali ketika proses penculikan tadi. Seorang lagi pula baru sahaja sedar daripada pengsan. Tangan dan kaki mereka diikat. Pelajar lelaki itu melihat ke arah seorang pelajar lelaki yang berada di sudut bilik itu. Dia sedang menggigil ketakutan.

"Woi, budak. Bagi aku nombor telefon mak ayah kau." Arah lelaki yang sama sambil mengeluarkan telefon bimbit.

"Kau nak buat apa dengan nombor telefon mak ayah aku?" Soal pelajar tersebut dengan berani sambil melihat ke arah wajah si penculik itu.

"Kalau kau nak selamat. Lebih baik kau beri aku nombor telefon mereka. Lepas mereka bagi aku duit. Aku akan lepaskan kau."

"Macam mana dengan mereka berdua yang korang culik ni?" Soalnya lagi.

"Hmph! Kalau mereka beri nombor telefon mak ayah mereka. Kami akan lepaskan. Tapi..." Dia melihat pula ke arah pelajar lelaki yang diculiknya pada awal tadi. "Kalau mereka tak tahu nombor telefon mak ayah mereka. Aku akan jual mereka dekat black market."

Pelejar lelaki yang berani itu kembali melihat ke arah pelajar lelaki yang berada di sudut tadi. " Dia ke?" Soal hatinya.

Pada masa yang sama, pelajar lelaki yang diculik pada awal tadi sedang berada dalam keadaan sangat takut. Dia tidak mahu mati dalam usianya yang masih muda. Dia terlalu tertekan terhadap situasi yang dihadapinya ini. Matanya juga dipejamkan sejak sepucuk pistol dihalakan ke arahnya tadi.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now