BAB 52

372 50 0
                                        

Jam loceng  yang berada di sebelah kanan Syam berbunyi. Perlahan-lahan tangan kiri milik Syam keluar dari selimut lalu menutupnya. Syam terjaga dari lena. Selimut dilurutkan sehingga ke pinggang lalu dia duduk. Kedua-dua matanya dipisat-pisat. Dia melihat ke sekeliling.

"Apa dah jadi?" Soalnya apabila melihat dirinya berada di ruang tamu.

Syam tidur di atas tilam bersama-sama Raz dan Ash. Bukan itu sahaja, malah di sekeliling mereka dipenuhi dengan pelbagai jenis patung beruang putih sama ada besar atau kecil. Bantal berbulu-bulu gebu, selimut berlapis-lapis, mainan bersepah merata-rata dan pinggan yang masih bersisa di atas meja. Antara mainan yang terdapat di situ ialah kereta kawalan jauh, sketbot, pistol air, pedang mainan yang menggunakan lampu neon, dan lego. Tidak lupa juga beberapa alat solek milik datin di atas meja.

Syam menarik selimut dan melihat ke arah cadar tilam. "Kenapa tilam aku dekat sini?"

Dilihatnya pula ke arah sebaris patung beruang atas sofa. Semuanya 20 patung beruang. "Siapa punya? Aku rasa Aron punya satu je."

Syam melihat pula ke arah Ash di sebelah kirinya. Wajah Ash dipenuhi dengan warna-warni hasil solekan. Syam tahan ketawa. Selepas itu, dia melihat ke arah Raz di sebelah kanannya. Raz tidur sambil memeluk sofa sebab dia tidur di tepi sofa.

"Abang Raz. Abang Ash. Bangun. Solat Subuh." Katanya sambil menggongcang bahu mereka berdua.

Masing-masing terjaga. Mereka melihat ke arah Syam.

"Bangun la. Nanti habis pula Subuh. Syam naik dulu." Katanya seraya berdiri. "Nanti tolong Syam angkat semua ni masuk bilik."

"Syam." Panggil Raz sambil memisat-misat mata kirinya.

"Ya." Sahut Syam sambil melihat ke arah Raz.

"Syam dah sihat? Badan panas lagi tak?" Soal Raz kepada adiknya itu.

Syam melabuhkan tapak tangan kirinya pada dahi. "Syam sihat je. Tak panas pun. Syam naik dulu la, ya."

Masing-masing menghela nafas lega. "Syukur Syam dah kembali normal. Penat aku melayan."

*

Syam mengemas biliknya seusai solat. Dia berasa hairan apabila dia melihat biliknya terlalu bersepah dan tilamnya berada di ruang tamu. Di dalam biliknya ini, segala lakaran bersepah di atas lantai. Ada yang masih elok, ada yang sudah koyak dan ada yang telah direnyukkan. Paling teruk sekali ialah semua buku yang berada di atas rak telah dikeluarkan dan diletakkan di atas lantai. Di rak itu pula ada pakaian yang digulung-gulung.

Syam mengeluh. "Kerja siapa ni? Habis barang aku bersepah. Oi, apahal boxer aku bergantung dekat kipas tu? Aduh." Terkejut dia melihat kipas siling yang dihiasi dengan boxer. Disusun kemas.

Syam melihat pula ke dalam almari pakaianya. Bermacam-macam khazanah yang bukan miliknya berada di situ. Termasuklah baju datin yang bling-bling. "Siapa punya barang semua ni?"

Pintu bilik dibuka selepas diketuk. Raz dan Ash masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa tilam bersaiz king. Tilam diletakkan di atas katil dan diperkemaskan.

"Abang, kenapa bilik Syam bersepah sangat? Ada perompak masuk ke malam tadi?" Tanya Syam kepada mereka berdua.

Raz duduk kepenatan di atas tilam. "Syam umur enam tahun keluar masa Syam demam dua hari ni."

Syam terkejut mendengarnya. "Eh?"

"Syam umur enam tahun ni terlebih aktif. Habis semua benda nak cuba. Semua benda nak beli. Barang-barag orang lain, dia kata dia punya." Kritik Ash yang berdiri di sebelah kanan Raz.

"Barang? Ada dalam almari ni." Kata Syam lalu keluarkan beberapa barang dari almari.

Ash menghampiri Syam. Sebuah majalah remaja diambilnya. "Majalah aku beli minggu lepas." Dia terkejut melihat majalahnya yang ditunjuk oleh Syam.

"Apa? Majalah seksi Ash punya pun dia ambil? Tercemarlah otak adik aku ni." Bebelan Raz membuatkan Syam tersengih.

Raz baring di atas katil. Matanya melihat ke arah kipas. "Errr... Syam. Tu boxer Syam, kan? Cantik benar dia susun atas tu."

"Ha'ah. Terkejut juga Syam tengok tadi."

Raz ketawa. "Syam buatkan abang teringat masa Syam umur empat tahun. Terkedek-kedek lari dari mama. Masa mama tengah sibuk makeup, boleh pula Syam bawa lari lipstik buat tulis-tulis atas lantai. Itu belum lagi Syam sumbat kasut kerja papa dalam ezos kereta. Tapi Syam makin lama makin berubah. Papa dan abang risau tentang sikap Syam. Pendiam. Suka berkurung. Mengamuk dalam bilik. Selalu saja dengar kes kematian kawan sekolah. Ada yang mengadu dekat papa dan mama. Ada yang mengadu pada abang. Mulanya kami tak percaya. Sehinggalah abang terlihat sendiri. Malam tu, Syam hilang masa kita pergi kedai sama-sama. Abang cari Syam sampai dekat depan sungai di belakang taman permainan. Abang nampak, mulanya budak tu nak tumbuk Syam tapi dia kaku. Lepas tu, dia berjalan ke arah sungai dan terjun. Bukan budak tu je. Ada orang lagi. Dia nak selamatkan kawan dia. Dia juga marah Syam. Tapi kenapa budak tu ambil ranting kayu dan tusuk dadanya sendiri? Abang beritahu papa. Sebab tu kita pindah dan terus berpindah. Akhirnya, papa jumpa Dr. Syamila untuk rawat Syam." Jelasnya yang semakin kelihatan sedih terhadap masalah yang dihadapi oleh Syam.

Syam terduduk bersandar di hadapan pintu almari. Lututnya dipeluk. Pandangannya merenung ke lantai. "Syam kejam. Syam tak nak hidup macam ni. Syam takut. Takut ramai lagi yang mati disebabkan Syam. RaSIS. Syam masih tak mampu halang dia." Air mata mula mengalir pada kedua-dua pipinya.

"Syam." Ash duduk melutut di sisi kanan Syam. Belakang badan Syam digosok perlahan supaya tenang.

Raz duduk di atas katil. "Syam jangan risau. Kita akan cuba cari jalan penyelesaiannya. Kami akan jaga Syam." Kata Raz yang cuba memujuk semangat Syam kembali.

"Abang. Betul ke mama mengandung?" Tiba-tiba soalan itu yang ditanya oleh Syam.

"Ya. Nanti dapat adik baru. Seronoknya." Kata Raz bersemangat.

Ash dan Syam melihat ke arah Raz. "Abang nak adik lelaki atau perempuan?" Soal mereka hampir serentak.

"Urmmmm... Perempuan la. Tak pernah lagi rasa jaga adik perempuan. Selalu jaga adik lelaki je." Katanya dengan jujur.

"Syam. Jom la keluar. Panas pula dekat sini." Ajak Ash sambil bantu Syam berdiri.

Syam kesat air matanya dengan menggunakan hujung lengan baju tangan kanannya. "Jom."

"Nak ke mana pula tu? Kenapa buat muka macam tu? Cemburu ke?"

"Tak." Kata mereka serentak.

Raz ketawa. "Abang tahu la. Tak apa. Nanti kita jaga sama-sama. Adil. Jangan gaduh-gaduh. Syam pun boleh main-main dengan adik baru. Tak ada la asyik berkurung je. Seronok tau main dengan baby. Comel. Kulit lembut."

"Kalau adik berak, abang basuh." Bisik Ash kepada Syam.

"Okay juga. Kita main je. Bagi makan. Kalau dia berak, buat tak tahu je." Syam kembali bisik kepada Ash.

"Bisik apa tu?"

"Tak ada apa. Kami setuju.." Kata Ash tersengih-sengih penuh makna. Syam di sisi kanan Ash sedang senyum manis.

"Bagus. Macam tu la adik-adik kesayangan abang. Sini peluk." Katanya dengan bangga. Kedua-dua tangan didepa ke arah mereka berdua.

"Jom keluar. Lapar la. Mama dah masak sarapan." Ajak Ash. Syam menuruti.

"Aku diabaikan." Raz kelam sendirian di atas katil akibat tidak dilayani.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now