Lima tahun telah berlalu selepas Dr. Syamila menjaga Raz demam di rumah Datin Baizura. Namun, siapa sangka mereka berdua akan menjadi pasangan kekasih pada masa hadapan. Kini, mereka sudah dua tahun menjadi pasangan kekasih yang mempunyai minat dalam bidang yang berbeza. Dr. Syamila bekerja sebagai doktor peribadi yang merawat Syam sejak Syam berusia 10 tahun. Raz pula merupakan seorang pelajar diploma tahun terakhir. Dia juga bercita-cita untuk membuat ijazah dalam bidang kesenian yang diminatinya.
"Raz. Awak tengah termenung apa tu?" Tegur Dr. Syamila yang baru sahaja tiba di sebuah KFC berhampiran hospital tempat kerjanya.
Raz melihat ke arah Dr. Syamila. "Tak ada la. Tengah tengok menu dekat papan menu tu. Tengah fikir nak makan apa. Awak nak makan apa?"
"Saya macam biasa je." Jawab Dr. Syamila sambil duduk di atas sebuah kerusi bertentangan dengan Raz.
"Tak bosan ke? Setiap kali kita datang sini, awak pesan benda yang sama."
Dr. Syamila tongkat dagu menggunakan tangan kanannya sambil melihat ke arah Raz.. "Kalau macam tu, awak la pilihkan untuk saya."
Raz ketawa. "Okay. Tunggu sini kejap. Saya nak pergi order."
*
"Macam mana dengan Syam sekarang ni?" Soal Dr. Syamila kepada Raz.
"Alhamdulillah. Setakat empat tahun ni, RaSIS dan budak tu tak keluar sangat. Syam pun dah boleh kawal stress dia tu. Sekarang ni dia dekat Jepun. Ada rombongan sekolah. Bray dengan Safuan pun ada sekali dengan dia. Apa-apa jadi dekat sana, Bray akan terus beritahu saya." Katanya dengan yakin.
"Baguslah kalau macam tu. Saya cuma risau kalau dia tak mampu kawal diri dia. Tapi biasanya alter akan keluar bila-bila masa je. Kalau deorang diam-diam dan jarang keluar. Tak apalah. Tak mengganggu kehidupan Syam."
"Ya. Lagipun, sekarang ni Syam banyak habiskan masa dia dengan manuskrip novel. Papa beri dia idea untuk jadi seorang penulis. Sejak dia jadi penulis tu, dah jarang mereka menyemak dalam kehidupan dia. Dia sibukkan diri. Jadi, tak ada sesiapa yang sempat ganggu dia." Jelas Raz kepada Dr. Syamila.
"Bagus juga idea tu. Cerita apa yang dia tulis?"
"Cerita thriller. Tapi belum siap lagi."
"Saya rasa tak sabar nak baca." Kata Dr. Syamila dengan teruja.
"Kalau novel online, dah ada yang dia publish sendiri. Tapi lepas bab 5 tu kena bayar untuk satu bab. Kalau novel yang jadi buku belum keluar lagi. Papa akan publish atas nama syarikat papa kalau Syam siapkan manuskrip lengkap." Katanya sebelum menyedut minuman menggunakan penyedut minuman.
"Saya tunggu Dato' Azmi publish je la buku tu. Jimat data internet telefon." Ujarnya lalu ketawa. Raz turut ketawa.
*
Pada waktu yang sama di kawasan deretan kedai yang terletak di bandar Kyoto menjadi destinasi seterusnya bagi sekumpulan pelajar dari Malaysia. Katana No Densetsu menjadi pilihan Syam dan dua orang rakannya. Loceng pada pintu kedai berbunyi apabila pintu dibuka. Kedai berkonsepkan buluh hijau ini dipenuhi dengan pelbagai jenis pedang yang pelbagai saiz. Orang kata, pedang Jepun lagi kuat dan tajam berbanding pedang daripada negara lain. Hal ini demikian kerana cara pembuatannya berbeza daripada negara lain.
"Katana No Densetsu e yōkoso. (Selamat datang ke Pedang Lagenda)" Sambut seorang pekerja wanita yang memakai kimono berwarna merah jambu sambil memegang kipas tangan berwarna merah jambu bercorak sakura pada tangan kanannya. Syam hanya menganggukkan kepala dan senyum kepada wanita itu.
Kemudian, langkah Syam diatur menuju ke arah sebuah almari yang dipenuhi oleh beberapa bilah pedang berukiran emas pada sarungnya. Tapak tangan kanannya dilabuhkan pada pintu kaca almari sambil melihat sebilah pedang berwarna hitam berjalur emas.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...