BAB 7

608 74 9
                                        

Encik Mustafa sudah pening kepala ketika disoal oleh beberapa orang wartawan di luar bangunan Art St. Holding. Hal ini berkaitan dengan kes pembunuhan dua orang pemegang saham di tempat letak kereta pada malam tadi.

Wajahnya tampak tertekan. "Siapa punya kerja semua ni? Pemegang saham terbesar aku dah mati semuanya. Lepas ni siapa pula yang kena bunuh?" Marah Encik Mustafa sambil menghentakkan gelas kaca yang berisi jus laici di dalamnya.

"Adakah semua ni kerja Azmi? Dia buat macam tu sebab dia dah tahu rancangan aku ke? Tapi macam mana dia tahu?" Monolognya.

Encik Mustafa mula mengesyaki adiknya yang melakukan kes pembunuhan tersebut. Hal ini demikian kerana dia berganggapan bahawa adiknya telah mengetahui niat jahatnya yang telah menghasut pelabur atau pemegang saham A'm Novel St. Holding untuk menarik balik saham di syarikat tersebut. Kemudian, menjadi pemegang saham di Art St. Holding.

Encik Mustafa segera bangun dari tempat duduknya. "Aku perlu bertindak segera sebelum semua pemegang saham aku dibunuh." Langkahnya dihayun menuju ke arah pintu bilik pejabatnya dan keluar dari situ.

Semantara itu, Dato' Azmi di A'm Novel St. Holding pula sedang membaca akhbar mengenai kes pembunuhan pemegang saham Art St. Holding yang disiarkan pada hari semalam. Dua nama pemegang saham di syarikat tersebut sangat dikenalinya kerana mereka pernah menjadi pemegang saham di syarikatnya pada lima tahun yang lalu sebelum wujudnya Art St. Holding. Tetapi dua orang pemegang saham tersebut menarik balik saham mereka dan beralih kepada Art St. Holding dengan alasan A'm Novel St. Holding telah merugikan mereka.

"Ya, Allah. Siapalah yang bunuh mereka ni? Kejam betul caranya." Dato' Azmi terasa gerun ketika membaca berita tersebut terutama pada sebaris ayat ini, '...Leher kedua-dua mangsa telah dipenggal...'. Dato' Azmi menggosok lehernya sendiri kerana terasa seperti lehernya pula dipenggal.

*

Syam memandu sebuah kereta Alza milik ibunya menuju ke sebuah kedai makan pada waktu malam. Malam ini, Syam dan dua orang rakan baiknya akan bertemu di sebuah kedai makan yang menjadi tempat kegemaran mereka selepas sekian lama mereka tidak keluar makan bersama-sama.

Syam menempatkan kereta tersebut di sebuah kawasan tempat meletak kenderaan setibanya dia di situ. Kawasan tempat letak kenderaan tersebut terletak jauh sedikit dari kedai makan yang mahu dituju olehnya itu. Hal ini demikian kerana di hadapan kedai makan tersebut sudah terlalu sesak untuk meletakkan kenderaan di situ.

Dia menggunakan sebuah lorong untuk menuju ke arah kedai makan tersebut dari tempat letak kenderaan. Lorong itu merupakan jalan pintas yang sering menjadi laluan Syam sekiranya dia mahu datang ke kedai makan tersebut.

Beberapa das tembakan kedengaran di kawasan lorong itu. Syam berlari menuju ke arah bunyi tembakan tersebut walaupun dia berasa takut.

"Bray!"

Langkah Syam terhenti seketika apabila mendengar suara jeritan seseorang yang sangat dikenalinya itu. "Safuan?" Kemudian, dia meneruskan lariannya sehingga bertemu dengan  lima orang lelaki berseragam hitam.

"Safuan. Bray." Panggil Syam setibanya dia di situ.

Syam melihat ke arah Bray yang telah ditembak pada bahu kiri dan pinggang kanan. Dia terus berdiri di hadapan Bray dan Safuan. "Apa urusan kau dengan kawan-kawan aku?" Soal Syam dengan beraninya.

"Urusan kami tak ada kaitan dengan kau." Kata salah seorang daripada mereka. Dia kelihatan seperti seorang ketua.

"Urusan kawan-kawan aku ialah urusan aku." Kata Syam dengan perasaan geram terhadap kelakuan mereka kepada Bray.

"Kalau macam tu. Aku akan bunuh kau juga." Dia mengacukan pistol ke arah Syam lalu melepaskan tembakan.

Syam mengelak tetapi terkena pada sisi pipi kanannya. Pipinya berdarah. Tanpa diduga, seorang lelaki telah meluru ke arahnya dan menendangnya sehingga terasa senak pada perutnya. Syam terbatuk-batuk.

Bunyi dua das tembakan kedengaran lagi. Syam melihat ke arah dua orang rakannya itu. Betis Bray ditembak oleh orang tersebut. Bray menjerit kesakitan. Manakala, satu lagi peluru pula terkena pada sisi lengan kanan Safuan.

"Aku tak akan benarkan kau bunuh kawan-kawan aku." Kata Syam dengan tegas.

Perut Syam ditendang sekali lagi ketika dia cuba untuk berdiri. Dia tumbang selepas terbatuk-batuk. Ketika ini, Bray dah Safuan melihat ke arah Syam.

"Urusan kau dengan aku. Kawan-kawan aku tak ada kaitan." Kata Bray sambil menahan kesakitan.

"Tapi kawan-kawan kau dah terlibat. Apa patut aku buat?" Kata lelaki yang menembak Bray, Syam dan Safuan tadi.

"Bos kau suruh bunuh aku seorang. Kawan-kawan aku tak ada kaitan dalam hal ni."

"Kalau aku lepaskan kawan-kawan kau. Nanti bodyguard kau datang." Kata lelaki itu sambil mengacukan pistol ke arah Bray.

"Dia tak akan datang. Sebab aku tak suka sesiapa ikut aku keluar dengan kawan-kawan aku."

Lelaki itu ketawa. "Aku rasa tak sabar-sabar nak selesaikan misi ni. Mak dengan ayah kau mesti dah lama tunggu dekat Syurga sana."

Bray terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. "Mustahil mereka dapat bunuh mama dan papa dengan mudah sebab masing-masing ada bodyguard." Monolognya.

"Sebab misi aku ialah hapuskan keluarga kau dan kau. Aku tak nak tahu sebab bos aku suruh aku bunuh mereka dan kau. Aku cuma nak tahu, duit gaji aku masuk." Katanya dengan bangga.

"Oh, itu je ke?"

Masing-masing melihat ke arah Syam yang sudah duduk di atas tar jalan tersebut.

"RaSIS?" Fikir Bray dan Safuan ketika mereka melihat sahabat mereka itu.

"Hidup lagi budak ni. Habiskan dia." Arah lelaki itu kepada pengikutnya.

Pengikutnya mengikuti arahan. Dia cuba menyepak kepala Syam tetapi kaki kanan lelaki itu telah ditepis kuat oleh tangan kiri Syam. Syam terus bertindak dengan cara menyepak celah kangkang lelaki itu menggunakan kaki kanannya. Dia menggunakan tangan kanannya untuk menampung berat badannya dalam kedudukan condong 45˚ supaya kakinya mampu mencecah sasarannya.

Musuhnya itu jatuh terlentang dan menggelupur kerana kesakitan. Tiga orang pengikutnya yang lain berlari ke arah Syam dan menyerang Syam tanpa senjata. Namun, tindakan Syam lebih pantas. Dia sempat mencapai sepucuk pistol yang terselit di sebalik jaket musuhnya tadi. Pistol diacukan kepada mereka bertiga dan melepaskan tiga das tembakan. Ketiga-tiga tembakan tersebut tepat mengenai sasarannya, iaitu jantung.

Syam juga melepaskan tembakan kepada musuh pertama yang ditumpas olehnya tadi kerana dia tidak mahu musuh itu bangun dari posisi tersebut. Dia juga melepaskan tembakan pada tangan musuh yang mengacukan pistol ke arah Bray tadi. Lelaki itu menjauhkan dirinya daripada mereka dan berniat untuk melarikan diri tetapi Syam telah berjaya menembak kedua-dua kaki musuhnya itu.

"Kau salah pilih lawan. Sebagai pembunuh upahan. Kau perlu tahu siapa mangsa kau. Rakan-rakan mangsa kau. Persiapan untuk situasi yang tidak diduga dan cara untuk melarikan diri. Kau dah gagal sebagai pembunuh upahan." Kata Syam kepada lelaki itu.

Lelaki itu kelihatan ketakutan. "Siapa kau sebenarnya? Kau hanya budak sekolah. Kau tak takut masuk penjara sebab bunuh orang, ke?"

Syam ketawa sambil mengacukan pistol ke arah kepala musuhnya. "Kau ingat nama aku baik-baik. Nama aku, Aron Raiz. Aku, pembunuh upahan yang bekerja sebagai bodyguard. Good night, Loser." Satu das tembakan dilepaskan tepat pada dahi musuhnya. Musuhnya mati di situ serta-merta.

Syam mengambil sapu tangan lalu mengelap pistol sebelum dia mencapaknya ke arah musuhnya tadi. Selepas itu, dia berjalan ke arah Bray dan Safuan sambil menyimpan semula sapu tangannya itu ke dalam poket seluar. Syam memegang tangan kanan Bray lalu memapahkan. Safuan turut melakukan hal yang sama pada tangan kiri Bray.

"Terima kasih sebab dah selamatkan aku dengan Safuan."Ucap Bray.

"Sama-sama."

"Kau bukan RaSIS, kan?" Soal Safuan kepada Syam ketika mereka sedang berjalan menuju ke arah tempat letak kenderaan.

"RaSIS? Siapa RaSIS? Nama aku, Aron Raiz." Katanya tanpa melihat ke arah mereka.

"Aron Raiz?" Mereka tertanya-tanya.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now