Bray terjumpa Syam dan Enes di kawasan projek Perumahan Lestari. Dia berasa hairan apabila melihat mereka berdua yang berdiri di hadapan papan iklan projek perumahan tersebut. Mereka berdua kelihatan mesra ketika berbincang sesuatu di hadapan papan iklan yang terletak di hadapan bangunan perumahan itu.
"Syam. Enes. Korang buat apa dekat sini?" Soal Bray seraya menghampiri mereka berdua.
Mereka melihat ke arah Bray. Masing-masing kelihatan hairan apabila melihat cara berpakaian jejaka tersebut. Bray pada hari ini kelihatan berbeza berbanding Bray yang mereka kenali selama ini.
"Bray?" Kata mereka berdua hampir serentak.
"Ya. Apa korang buat dekat sini?"
"Kitaorang tengok perkembangan rumah ni. Kebetulan tadi kitaorang dating dekat area ni. Sebab tu singgah sini kejap. Lagipun, lepas rumah ni siap. Syam akan tinggal dekat sini sebab dia dah pilih universiti yang dekat dengan area ni." Jelas Enes dengan bersungguh-sungguh.
"Kau pula buat apa dekat sini?" Soal Enes kepada Bray pula.
"Aku datang sebab nak tengok kawasan ni dan jumpa pekerja-pekerja dekat sini." Jawabnya.
"Jumpa pekerja? Buat apa?" Soal Enes yang kelihatan hairan terhadap jawapan Bray tadi.
"Projek ni under syarikat keluarga Bray. AGENDA Corp." Syam menjawab soalan tersebut bagi pihak sahabatnya itu.
"Ya." Bray menyokong.
"Ehhhh? Kau ni anak orang kaya rupanya." Enes terkejut.
Bray pula senyum dan berkata, "Ya."
"Kenapa kau datang sini sebenarnya?" Soal Syam pula yang kelihatan serius.
"Syarikat aku dapat saman semalam. Jadi, aku dah siasat kes tu. Aku pun dah pecat seorang pekerja yang tak bertanggungjawab. Sekarang aku nak jelaskan penyelesaian masalah tu dekat pekerja-pekerja di sini. Kau pun mesti tahu, papa aku tak ada dalam Malaysia ni. So, 100% aku yang handle AGENDA Corp sekarang ni. Papa aku pun cakap, 'Buatlah apa yang Bray rasa terbaik untuk syarikat.' Maka, aku di sini."
"Macam berat je kes tu." Kata Enes dengan lagak berfikir.
"Ya. Kes serius yang melibatkan nyawa dan hak pekerja. Ini masalah ketua projek. Bukan masalah syarikat." Kata Bray lagi.
Syam melabuhkan tapak tangan kanan pada bahu kiri Bray. "Aku yakin kau boleh lakukannya. Lagipun, kau pewaris tunggal syarikat tu. Papa kau percayakan kau. Aku pun percayakan kau. Jom. Kitaorang teman kau jumpa deorang." Dia memberi semangat kepada rakannya itu.
"Terima kasih, korang." Ucap Bray kepada mereka berdua.
Hamzah berlari ke arah Bray sambil memegang telefon pada tangan kanannya. "Bos."
Mereka melihat ke arah Hamzah.
"Kenapa?" Soal Bray kepada Hamzah.
"En. Zam dah on the way. Kejap lagi dia sampai." Beritahunya kepada Bray.
"Okay."
*
Seusainya urusan mereka di tapak projek tersebut. Mereka berempat mengambil keputusan untuk makan bersama-sama di sebuah kafe. Namun, Hamzah berasa janggal ketika dia bersama-sama dengan mereka kerana hanya dia sahaja orang asing dalam kalangan mereka.
"En. Hamzah umur berapa?" Soal Enes secara tiba-tiba kepada Hamzah.
Hamzah terkejut. Dia terus melihat ke arah Enes selepas selesai menghabiskan sepinggaan mee goreng. " Umur saya 32 tahun."
"Dah berapa lama En. Hamzah jadi PA Bray." Soal Enes lagi. Mereka berdua turut melihat ke arah Hamzah.
"Errr... Dua tahun. Sejak En. Badri jadi CEO AGENDA Corp."
"CEO?" Enes melihat pula ke arah Bray yang sedang tersengih-sengih kerana malu.
"Sebenarnya papa yang suruh saya jadi CEO lepas pakcik saya meninggal. Korang cuba bayangkan. Budak lepasan SPM jadi CEO. Bosan. Haih. Nak buat macam mana? Sejak dulu lagi papa dah upah cikgu khas untuk ajar saya hal perniagaan dan AGENDA Corp. Saya memang dah tak boleh lari mana-mana lagi. Itu dah jadi tanggungjawab aku." Keluhnya.
"Okay la tu. Saya ni pula tak tahu nak kerja apa." Kata Enes kepada Bray.
"Kalau awak nak bekerja dalam bahagian promosi dan pengiklanan, saya boleh terima."
"Serius?" Soal Enes yang kelihatan teruja selepas mendengar kata-kata Bray.
"Ya."

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...