Situasi bilik yang bersepah dengan segala buku, pakaian, beg, komputer riba serta kertas lakaran di atas katil dan di atas lantai. Selimut bergerak-gerak. Kepala manusia keluar dari selimut. Mata dipisat-pisat. Dia kemudiannya duduk di atas katil. Patung beruang putih dicapainya lalu dia memeluknya. Syam menatap wajah patung beruang tersebut sebelum dia mencuim dan berguling dengan patung beruang itu. Habis semua buku ditindihnya.
Syam duduk di atas katil. "Nak mandi la." Syam meletakkan patung beruang itu di atas katil. Dia bangun dari katil dan pergi ke bilik mandi.
Terdapat sehelai kertas ditampal pada pintu bilik mandi. "Hari ni cuti. Tak perlu ke sekolah. Sekolah tutup. Yang benar, papa." Sedangkan itu ialah hari Isnin.
"Hari ni cuti? Tak payah mandi la. Tapi nanti busuk. Mandilah." Syam membuka pintu bilik mandi dan masuk ke dalamnya.
Beberapa minit kemudian, datin masuk ke dalam bilik Syam. Kedengaran bunyi air pancut di dalam bilik mandi. "Bersepahnya bilik. Ni bilik atau stor?" Bebel datin lalu mengutip segala benda di atas lantai.
Pintu bilik mandi dibuka selepas Syam selesai mandi. Kain tuala putih dipinggangnya. "Mama? Buat apa dalam bilik Syam? Skodeng ,ya?"
"Tak ada maknanya. Pakai baju cepat. Sejuk nanti. Syam belum sihat demam lagi. Lepas ni turun makan. Nanti lepas makan, mama bagi ubat demam. Mama nak kemas bilik Syam dulu. Bersepah." Kata si ibu kepada anaknya. Syam hanya menurut tanpa membantah.
*
Pada tengah hari itu, Syam sendirian di dalam rumah. Datin pula sedang mencuci kereta di halaman rumah. Ketika ini, Syam pergi ke dapur. Sebilah pisau dicapainya lalu dia main tikam-tikam antara celah jari-jemari tangan kirinya. Dia kira sampai sepuluh. Semakin lama semakin laju.
"Syam. Buat apa tu?" Tegur Ash yang menuju ke dapur dengan sebiji gelas kosong.
Syam pusing ke arah Ash. Tangan kanannya memegang pisau. "Main. Abang Ash nak main?"
"Syam! Pisau tu. Buat apa main pisau? Bahaya la." Ash cuak dan menggeletar.
"Seronok la. Tengok Syam main." Tangan kirinya diletakkan di atas meja makan lalu dia mula menikam dicelah-celah jari sambil mengira dan semakin laju.
"Cukup! Jangan main lagi. Nanti tercucuk tangan."
"Syam main tak pernah cucuk tangan. Sakit ke?"
Gelas diletakkan di atas meja. Pisau dirampas dari tangan Syam. "Tak payah nak cuba benda bahaya. Tercucuk tangan mesti la sakit." Pisau disimpan di tempat asal.
"Jom ikut aku. Main game dalam bilik." Ash menarik tangan kanan Syam untuk dibawa ke biliknya.
Syam kelihatan teruja apabila masuk ke dalam bilik Ash. Matanya melilau melihat poster anime shonen ditampal pada dinding. Patung-patung anime juga berada di atas rak-rak tertentu. Empat buah novel milik Syam terselit di antara koleksi komik milik Ash.
"Banyaknya komik. Syam pun suka komik." Katanya sambil berdiri di hadapan rak koleksi patung Naruto dan Sebastian.
"Tak tahu pula Syam suka komik." Kata hatinya.
"Jom main game." Ajak Ash lalu menekan butang hijau pada monitor yang besar dan leper. Set permainan video dipasang.
"Naruto!!!" Jeritnya gembira seperti kanak-kanak.
"Ni ke Syam yang aku tak pernah kenal sebelum ni?" Soal hatinya.
*
Dari tengah hari sehingga ke petang, Syam main permainan video. Ash pula sudah tertidur selepas setengah jam main permainan video. Syam mua menguap. Alat kawalan permainan video diletak ke atas lantai. Syam berdiri dan menuju ke arah katil di mana Ash berada. Dia baring di atas Ash, bukan di atas tilam.
"Mengantuknya." Dia mengucap.
Syam duduk di atas katil. Bantal golek bersarung bulu gebu diambil oleh Syam. Dia peluk. "Gebunya."
Syam berdiri sambil peluk bantal tersebut. Selimut Ash yang berspan lembut tarik oleh Syam. Selimut diheret. Pintu bilik dibuka. Dia berjalan ke arah biliknya dan masuk ke dalam bilik.
Selimut dan bantal golek dicampak atas katil. Syam baring atas katil. Beruang putih dipeluknya bersama bantal golek Ash. Selumut Ash digunanya.
"Seronoknya tidur." Syam bergolek untuk mendapatkan keselesaan.
*
Pada petang itu, Ash riuh dengan kehilangan selimut dan bantalnya sehingga melibatkan seluruh isi rumah. Akhir sekali, dia pergi ke bilik Syam. Selesa benar Syam tidur dengan selimut dan bantal golek miliknya.
"Pencuri dah tertangkap." Kata Raz sambil menjengukkan kepala di muka pintu. Dato' dan datin ketawa kecil.
Ash mengeluh. "Ini kerja dia rupanya." Akhirnya, Ash tersenyum lega.
"Syam. Manja macam Aron." Bicara hatinya lalu ketawa.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...