BAB 50

381 47 16
                                    

"Syam!" Jerit seorang guru lelaki seraya membaling pemadam papan putih tepat pada dahi Syam.

Syam membuka mata dan terkebil-kebil. "Hurm?"

"Kenapa menjerit? Mimpi apa siang-siang hari macam ni?" Tegas dia menyoal.

Syam memisat-misat matanya. "Cikgu Rahim?"

"Ya, la. Saya la ni. Kamu nampak muka siapa lagi dekat muka saya ni?"

Syam kembali terlena sambil kepalanya tertunduk ketika dia duduk di atas kerusi. Tubuhnya semakin lama semakin ke kanan. Akhirnya, kepalanya mendarat di atas bahu kiri Bray.

"Syam! FOKUS!" Tegas Rahim sambil merotan meja guru. Rotan itu sering diselit dalam poket belakang seluar sletnya.

Syam terkejut lalu terjatuh dari kerusi. Tidak terjaga.

Bray menghela keluhannya sambil menepuk dahi menggunakan tapak tangan kanannya. "Syam? Apa kau buat malam tadi sampai tidur tak ingat dunia?"

"Nak balik. Tak nak duduk sini." Biacaranya dalam igauan.

Semua pelajar dalam kelas ketawakan Syam tetapi Rahim serius. "Syam!" Panggilnya bersama-sama dengan libasan rotan buluh di atas meja guru.

*

Rahim keluar dari tandas guru lelaki yang terletak di sebelah tandas pelajar lelaki. Ketika ini, tiada sesiapa di sekolah. Semua pelajar kelas tambahan telah pulang ke rumah dan ke asrama masing-masing. Namun, perkara yang menghairankan ialah Rahim terdengar suara seseorang ketawa di tandas pelajar lelaki. Dia masuk ke tandas tersebut. Suasana di dalam ruangan tersebut dilihatnya sebelum dia menolak setiap pintu kubikel tandas. Pintu terakhir yang ditolaknya itu berkunci.

Pintu diketuk. "Siapa dekat dalam tu? Kenapa ketawa kuat sangat?"

Suara ketawa berhenti seraya pintu tandas dibuka. Syam berjalan keluar dalam keadaan mamai. Dia berjalan ke singki. Tangan dibasuhnya tetapi kepala paip tidak dipulas. Rahim turut menuju ke arah singki dan memulas kepala paip yang berada di hadapan Syam. Selepas selesai guna, dia berlalu pergi tanpa tutup paip. Rahim tolong memulas sekali lagi kepala paip itu untuk ditutup.

"Kenapa dengan Syam? Pelik semacam je dia hari ni." Monolognya.

Rahim mengekori Syam keluar dari situ. Syam yang berjalan seperti orang mabuk dilihatnya. Hampir tumbang tapi tidak tumbang.

"Syam." Rahim memanggil pelajarnya itu..

Syam berhenti. Pandang belakang. "Siapa?" Syam telengkan kepalanya. Cermin mata dalam poket kiri baju kemeja dicapainya dan dipakai. "Cikgu? Hai. Cikgu tak balik lagi?"

"Nak balik la ni. Kamu balik naik apa?"

"Tadi saya datang naik. Kereta papa. Saya balik... Bray dan Safuan dah balik naik motor. Deorang tinggal sekali. Bray ajak Safuan tinggal di rumahnya sejak Abang Afiq meninggal."

"Aku tanya dia soalan lain, dia jawab lain." Keluh Rahim.

"Syam sihat ke?"

"Alhamdulillah. Dah makan pagi tadi." Jawabnya.

Rahim menghela nafas keluhan. "Jom, cikgu hantar balik. Risau pula kamu seorang je dekat sini."

"Saya lelaki. Bukan perempuan."

"Tahu la kamu lelaki. Haih. Keadaan kamu tu risaukan cikgu. Jalan pun tak betul."

"Saya tengok jalan ni lurus je. Apa yang tak betul?" Syam garu kepala sambil melihat langit.

"Dah. Jom balik." Rahim menarik tangan kanan Syam.

Syam mengekori Rahim. "Beg saya ada dalam kelas."

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now