Sebingkai lukisan yang digantung pada dinding bilik ditenung oleh Syam sejak dia selesai solat Subuh pagi tadi. Lukisan itu merupakan pemberian Farid kepadanya. Dia sendiri tidak pasti waktu bila Dato' Azmi menggantung bingkai lukisan tersebut pada dinding biliknya. Dia baru perasan ketika dia mahu menyimpan sejadah di rak peralatan solat.
"Lukisan tu, macam dalam bayangan aku dulu. Pandai Encik Farid lukis." Katanya ketika melihat nama pelukis yang tercatat pada bahagian bawah di sebelah kiri lukisan.
"Syam." Panggil seorang gadis. Syam hanya melihat lukisan itu.
"Ya."
"Syam."
"Ya."
"Syam."
"Ya. Ada apa?" Syam pusing ke belakang. Tiada sesiapa di situ. Hanya dia sahaja di ruangan itu.
Syam terlopong seketika. "Tadi... Suara perempuan?" Dia baru sedar tentang suara si pemanggil.
"Syam." Panggil suara itu lagi.
Syam segera berlari ke arah tingkap biliknya. Langsir ditarik. Dia menjengukkan pandangannya ke halaman rumah. "Enes? Apa dia nak? Pagi-pagi buta datang rumah aku." Bebel Syam sambil menarik langsir menutupi tingkap.
"Syam. Assalamualaikum."
"Dah puas panggil nama aku, baru nak bagi salam." Keluh Syam. Langkahnya menuju ke pintu bilik untuk turun ke ruang tamu.
Sementara itu, Raz bergegas berlari ke arah pintu rumah sambil menggigit roti keping yang hangus lalu pintu dibuka.
"Enes? Kau buat apa dekat sini? Tak ada kelas ke?" Tanya Raz setelah roti keping dikeluarkan dari mulutnya.
"Kelas pukul 2 : 00 petang. Syam ada tak? Nak ajak keluar. Pergi taman tema yang baru buka hari ni. Free je." Katanya dengan bersemangat.
Raz gigit roti dan kunyah. "Urmmm... Okay. Aku ada kelas ni. Jaga Syam elok-elok." Katanya sebelum berjalan ke ruang tamu.
Syam turun ke ruang tamu. Dia melihat Enes berdiri di hadapan pintu rumah. Hari ini suasana di dalam rumah sangat sunyi kerana dato' dan datin telah pergi bekerja. Ash pula masih membuta di dalam biliknya.
"Waalaikummusalam." Kata Syam ketika berada di hadapan Enes.
"Kenapa datang cari saya pagi-pagi ni?" Tanya Syam kepada Enes.
Enes tersipu-sipu malu. Jari-jemari tangan kanannya memintal hujung selendang kuningnya. "Nak ajak awak keluar. Awak mesti bosan duduk rumah."
"Saya ada kelas tambahan pukul 9 : 00 pagi." Jujurnya.
Enes kecewa. "Kenapa ada kelas? Cikgu apa ajar?" Dia tidak berpuas hati.
"Sebab exam dah dekat. Kelas Cikgu Rahim."
"Cancel je la."
"Tak boleh!" Tegas Syam dengan nada yang tinggi. Enes terkejut. Terdiam.
"Sorry." Syam tundukkan pandangannya. Dia rasa serbasalah sebab tinggikan suaranya tadi.
"Tak apa. Awak yang exam. Bukan saya. Good luck." Kata Enes belum undur diri.
Syam melihat pemergian Enes dari pintu rumahnya. Syam mengeluh.
"Pukul 5:00 petang tunggu saya depan pagar sekolah. Awak bawa la saya ke mana-mana pun. Itu pun kalau awak free."
Kata-kata Syam menaikkan semangat Enes semula. Enes dengan bangga melihat ke arah pintu. "Terima kasih, Syam."

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...