Rahim bersandar pada kerusi di meja kerjanya.Surat khabar yang dibacanya tadi dicampak ke atas meja. Dia menghela nafas keluhan. Matanya kemudiannya melihat ke arah seorang pelajar lelaki yang masuk ke dalam bilik guru tingkatan enam selepas pintu diketuk dan memberi salam. Syam masuk bersama-sama beberapa buah buku latihan MUET lalu diletak di atas meja di sebelah meja Rahim.
Rahim dan Syam saling berpandangan. Syam senyum kepada Rahim. "Assalamualaikum, Cikgu Rahim. Cikgu sihat?" Tegur Syam kepada Rahim.
"Waalaikummusalam. Cikgu sihat, alhamdulillah." Jawab Rahim mesra sebagai seorang guru.
"Hurmm... Okay la. Saya minta diri dulu. Sekejap lagi ada kelas. Assalamualaikum." Kata Syam sebelum dia pergi meninggalkan bilik guru tersebut.
"Waalaikummusalam." Rahim memerhati Syam sehingga hilang dari pandangan matanya.
"Patutlah aku rasa macam kenal je novelis yang adik aku minat tu. Rupanya dia... Student kelas aku." Dahinya ditepuk perlahan selepas dia berjaya mengingati kembali wajah novelis yang ditunjuk oleh Enes pada malam tadi. Hal ini demikian kerana Syam memberi gambarnya kepada Enes pada malam tersebut atas tujuan projek melukis potretnya yang tergendala itu.
Mana dia dapat nombor telefon Enes? Jawapannya senang sahaja. Itu kerana kerja licik si Aron Raiz ketika dia menghampiri Enes sebelum berlakunya agenda tercium di pejabat Encik Mustafa.
Siapa yang akan memegang syarikat Art St. Holding milik Encik Mustafa? Jawapannya ialah isterinya, Puan Husnaini. Perkara ini berlaku kerana wanita tersebut merupakan rakan kongsi Encik Mustafa.
Syam berjalan ke arah kelasnya. Syam terserempak dengan seorang gadis yang bukan pelajar di sekolah ini ketika dia dalam perjalanan. Gadis tersebut ialah Enes.
Enes yang terlihat Syam segera menunjukkan rasa teruja. Dia menegur Syam dari jauh. "Hai, Syam." Lantang dia menegur. Syam terkejut mendengarnya. Matanya terkebil-kebil. Dia tertoleh-toleh kiri dan kanan.
"Diamlah. Shuuu..." Arah Syam sambil meletakkam jari telunjuk tangan kanannya ke bibirnya.
Ketika ini Enes secara automatik teringat kejadian di pejabat beberapa hari yang lalu. Bibir itu lah yang telah mencuri ciuman pertama milik Enes. Wajah Enes berona merah. Dia tersipu-sipu malu sambil berjalan perlahan-lahan. Sikap cerianya tadi hilang entah ke mana.
"Eh? Apahal pula dia ni? Cepat betul berubah." Fikir Syam yang melihat ke arah Enes.
"Hai, awak. Sorry saya buat bising tadi. Saya... Saya tak tahu pula awak sekolah dekat sini. Tapi kan awak. Sebelum ni saya pernah datang sini tau. Tapi saya tak jumpa awak pun. Saya cuma jumpa makhluk asing yang pelik." Katanya dengan perasaan malu-malu kucing.
"Sejak bila pula sekolah aku jadi tempat parking UFO?" Fikirnya lagi.
Enes memerhati Syam dari atas ke bawah. Baju kemeja berwarna biru laut dilengkapi dengan tali leher berwarna hitam serta berseluar slet hitam menjadikan diri Syam kelihatan lebih bergaya dengan wajah kacaknya yang putih ala orang barat. Wajah yang tiada cacat-celanya dengan jerawat atau parut. Rambutnya punya disisip kemas dan digel supaya kelihatan bergaya. Kasut yang dipakainya juga berwarna hitam dan diperbuat daripada kulit. Kelihatan mahal.
"Syam. Ni ke imej Syam di sekolah? Kacak. Macam pekerja pejabat. Lagi kacak daripada abang aku." Monolognya sambil tersenyum-senyum gembira.
"Dah kenapa pula dia ni tersenyum-senyum pandang aku macam tu? Seram, tahu tak?"
"Er... Syam..."
"Syam!" Belum sempat Enes berbicara, seseorang telah memanggil Syam dari belakang Syam.
"Safuan?" Teka Syam sebelum dia melihat si pemilik suara tersebut. Syam menoleh ke belakang. Enes juga melihat ke arah orang itu.
"Syam. Puas aku cari kau. Kat sini rupanya." Katanya sambil menyerahkan kot hitam kepada Syam.
Syam mencapainya. "Kan aku dah kata. Aku nak hantar buku MUET tadi. Kau tak terdengar ke? Tu lah. Main game dalam kelas lagi. Ha, ni buku latihan MUET kau dah hantar ke? Aku kira tadi tak cukup satu." Bebel Syam sambil menyarungkan kot hitam pada tubuhnya.
"Eh, aku dah hantar la. Kau yang salah kira kot. Jap-jap. Hari ni... Oh hari ni Sis Diva tu tak datang. Dia balik kampung. Kesian dia. Hari tu ayah dengan abang dia meninggal. Hari ni ibu dia meninggal sebab sakit apa entah. Senang cerita, ajal dah sampai." Jelas Safuan panjang lebar.
"Sis Diva? Siapa?"
"Haih. Tu la kau, Syam. Jenis tak layan perempuan sampai kawan sekelas pun kau tak kenal." Kritik Safuan sambil menggelengkan kepalanya.
Enes yang sedari tadi mendengar perbualan mereka mula terketawa. Masing-masing melihat ke arah Enes.
"Apa yang lucunya?" Soal hati dua jejaka tersebut.
"Awak ni Enes, kan? Apa awak buat dekat sini? Jangan kata awak stalking Syam sampai sini. Sebagai peminat. Awak tak patut stalk dia. No no no. Tak aman hidup Syam kalau ada orang dalam sekolah ni tahu dia ni novelis. Kena pula yang cari dia gadis jelita macam awak ni." Kata Safuan yang berkemeja merah dengan tali leher, kot, seluar slet dan kasut kulit berwarna hitam.
"Mana ada saya stalk dia. Saya datang sini sebab nak jumpa abang saya. Saya ada hal sikit. Nak minta abang saya datang universiti petang ni. Ada majlis. Tadi saya call. Abang tak angkat." Jelasnya yang kelihatan merajuk dengan abangnya.
"Siapa nama abang awak?" Soal syam, ingin tahu.
"Mohd. Rahim Bin Fakrul."
"Ehhhh??? Adik Cikgu Rahim?" Kata dua jejaka itu serentak.
Pada masa yang sama, Rahim keluar dari bilik guru dengan dua buah buku novel cinta dan sebuah buku Islamik. Pada pandangannya tertacap wajah Enes di hadapan pintu perpustakaan di mana mereka bertiga sedang berdiri sekarang ini.
"Emy? Buat apa datang sini?" Soal Rahim seraya menuju ke arah mereka bertiga. Masing-masing melihat ke arah Rahim.
"Tadi Emy call abang. Kenap abang tak angkat? Emy nak beritahu petang ni ada majlis dekat universiti Emy. Abang kena datang sebagai penjaga." Jawabnya.
"Sorry. Tadi phone habis bateri. Tengah cas." Kata Rahim.
"Ha, korang ni bila nak masuk kelas? Hari ni ada presentation Sejarah, kan?" Tanya Rahim kepada Syam dan Safuan.
Mereka tersenyum-senyum. "Nak pergi la ni. Adik cikgu ni tahan Syam." Kata Safuan. Syam hanya diam. Enes pula tertunduk malu.
"Dah. Dah. Pergi masuk kelas. Cikgu Nadira marah nanti." Arah Rahim kapada dua anak muridnya itu.
"Okay, bos." Safuan angkat tabik kepada Cikgu Rahim. Enes dan Syam ketawa perlahan sambil tutup mulut masing-masing.
"Kami minta diri dulu." Kata Syam lalu tunduk hormat kepada Rahim sebelum mereka berlalu pergi.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...