BAB 44

401 44 6
                                        

Safuan baru sahaja pulang dari kelas tambahan di sekolahnya.Dia balik sendirian pada waktu malam. Bray dan Syam tidak ke kelas kerana mereka pelajar terbaik yang tidak tersenarai dalam kelas tambahan khas bagi subjek Pengajian Perniagaan. Kebiasaannya Safuan akan pulang dengan motor RxZ kesayangannya tetapi malam ini dia balik berjalan kaki kerana motornya rosak. Rumah dia juga tidak jauh dari sekolah menengah tersebut. Hanya selang beberapa buah rumah selepas melintasi lebuh raya di hadapan sekolah itu. Rumahnya terletak di belakang rumah pangsa blok D.

Safuan berjalan ke rumahnya sambil mendengar lagu melalui hearphone yang disambung dari telefon pintar berjenama OPPO. Irama didendangkan seiring dengan lagu yang didengarinya itu. Perjalanan pulang ke rumahnya memerlukan dia melalui kawasan rumah pangsa tersebut.

Bunyi sesuatu yang jatuh dari tingkat atas rumah pangsa blok D memeranjatkan Safuan. Sebuah plastik hitam dilihat berada di hadapannya. Terdapat cecair keluar dari lubang plastik tersebut. Warnanya tidak kelihatan kerana cahaya lampu jalan yang samar-samar Safuan mendongak ke atas. Tiada sesiapa di koridor. Dia mendekati bungkusan tersebut. Ikatan plastik dibuka. Isi dikeluarkan dengan cara menuangkannya keluar dari plastik.

Safuan terkejut. Plastik dilepaskan dan berundur ke belakang sehingga dia jatuh terduduk. "Pi... Pisau berdarah?" Setelah itu dia menjerit dan meraung ketakutan. Tidak bergerak dari situ.

Beberapa orang berdekatan yang mendengarnya segera datang ke arah Safuan. Mereka juga terkejut melihat isi bungkusan itu. Safuan pula sudah memeluk lutut dan benamkan kepalanya di antara dua lututnya.

"Adik? Okay ke?" Tanya seorang lelaki yang bercangkung di sebelah kanan Safuan.

Safuan mengeletar. "Saya takut. Nak balik." Jawabnya yang mula menangis.

*

Syam berbaring di atas katil selepas menerima panggilan daripada Safuan. Siling bilik diperhatikan sebelum mata dipejamkan.

"Kalau ada pisau berdarah bermakna ada kes pembunuhan." Fikir Syam yang berada di atas katil itu.

Pada masa yang sama, berita tentang pertemuan organ dalam manusia disiarkan dalam berita melalui televisyen. "... Kawasan kejadian sedang disiasat oleh pihak polis tetapi masih belum menjumpai bukti pembunuhan dilakukan di dalam bangunan rumah pangsa ini..."

"Macam-macam kes zaman sekarang ni." Kata Dato' Azmi sambil gelengkan kepalanya.

Datin membawa secawan kopi ke arah ruang tamu. Cawan diletakkan di atas meja. "Abang dah call Ash? Bila dia nak balik? Sayang risau. Sudah la ada kes macam itu malam ni." Datin Baizura duduk di atas sofa di sebelah kanan suaminya.

"Sudah. Ash kata nanti dia balik. Baru selesai meeting untuk tugasan katanya." Jawab Dato' Azmi.

"Ya la tu. Meeting atau dating dekat luar sana tu? Ash ni ikut perangai abang masa muda-muda dulu la tu. Suka sangat keluar dating. Tapi kahwin tak juga. Ingat sayang tak tahu ke? Kalau abah tak cadangkan abang dekat sayang, rasanya..." Mulut datin ditutup oleh dato' menggunakan jari telunjuk tangan kanannya.

"Jangan cakap hal lama. Kita cakap hal baru. Hal masa sekarang. Abang tak kahwin dulu sebab abang tunggu sayang. Ayah abang dah lama berkenan dekat sayang. Abang pun suka sayang. Lagi pula, abah dan ayah kita kawan lama. Jadi... Itu ialah takdir kita." Dahi isteri kesayangannya dikucup. Wajah datin berona.

Ketika ini, Raz sedang khusyuk melihat drama cinta di ruang tamu dari koridor di hadapan biliknya. "Indahnya cinta. Haih. Aku ni... Bila agaknya, ya? Umur makin lama makin meningkat." Bebel hatinya sambil menongkat dagu di atas penghadang koridor menggunakan tangan kanannya.

"Raz." Panggil Dato' Azmi sambil melihat ke arah anaknya di koridor bertentangan dengan ruang tamu.

Siku kanan Raz tergelincir dari penghadang koridor. Hampir saja dia terdorong untuk terjatuh dari situ tetapi dia sempat memegang penghadang tersebut. "Ya, papa." Sahutnya.

"Mengelamun apa atas tu? Assignment dah siap?"

Raz rasa segan. Dia tersengih malu. "Tak ada apa. Assignment dah siap. "

"Good luck." Kata Dato' Azmi kepada anaknya selepas mendengar jawapan tersebut.

"Tu je?" Soalan yang terlepas dari mulut Raz.

"Tu je la. Nak papa kata apa lagi?"

"Ehhh... Tak ada apa la. Sorry. Raz masuk bilik dulu la. Sorry ganggu mama dan papa dating." Raz memerli ibu bapanya sebelum dia mengatur langkah menuju ke arah biliknya.

"Aku baru niat nak tengok tv. Tak jadi pula." Raz mengeluh.

*

Ash mengatur langkah menuju ke tempat letak kenderaan. Motorsikal Yamaha merah miliknya terletak betul di hadapan bangunan kafe yang dimasukinya tadi. Kunci dikeluarkan dari poket ketika berjalan. Namun, langkahnya tidak sempat sampai di hadapan motorsikal tersebut. Lehernya telah dipukul sehingga pengsan di atas jalan. Kunci motorsikal tersebut turut jatuh ke atas jalan.

Sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam keluar dari tempat letak kenderaan dan berhenti di hadapan Ash. Pintu boot dibuka oleh seseorang yang berpakaian hitam. Dia mengangkat Ash untuk masuk ke dalam kereta tersebut selepas pintu boot kereta dibuka. Orang itu merupakan orang yang sama menukul leher Ash menggunakan tangannya sehingga pengsan tadi.

Setelah pintu boot ditutup. Orang itu masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang hadapan. Kereta tersebut berlalu pergi dari kawasan itu.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now