BAB 45

406 46 6
                                        

Dato' Azmi terjaga dari tidurnya. Setelah itu, Dato' Azmi pergi ke tandas. Seusainya urusan di tandas, dato' kembali semua ke katil. Jam loceng di atas meja mini di sebelah kanan katil ditenungnya lama sehingga dirinya tersengguk. Mata kanannya dipisat-pisat. Dato' Azmi menguap dan bangun dari katil. Langkahnya kini menuju ke pintu bilik dalam keadaan mamai. Pintu bilik dibuka dan Dato' Azmi keluar.

Kemudiannya, langkah Dato' Azmi berhenti di hadapan bilik Ash. Pintu dibuka tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Langkahnya menuju ke arah katil di dalam bilik tersebut. Tiada sesiapa. Katil kosong. Selimut ditarik ke bawah. Tetap kosong. Lampu dipasang. Juga kelihatan kosong. Sememangnya bilik itu kosong.

Dato' Azmi tutup semula lampu dan keluar dari situ. Langkahnya diteruskan menuju ke arah ruangan dapur. Cawan oren bergambar Naruto dicapai dari rak cawan. Diletakkannya cawan tersebut di atas meja. Peti sejuk dibuka. Dato' berdiri lama di hadapan peti sejuk tersebut sebelum dia membuat keputusan. Tiada apa-apa yang mahu diambilnya dari situ. Pintu peti sejuk kembali ditutup.

Kali ini, Dato' Azmi menuju ke arah sebuah rak yang terdapat beberapa balang sebuk bancuhan minuman. Balang serbuk milo diambil. Penutup balang dibuka dan serbuk milo dituangkan tanpa menggunakan sudu namun tidak pula tumpah. Selepas penutup balang milo ditutup, Dato' Azmi mengambil balang berisi gula dan membuka penutup balang tersebut. Lima sudu gula dimasukkan ke dalam cawan itu. Selepas itu, dia menuang air panas dari sebuah bekas khas air panas yang sentiasa panas 24 jam ke dalam cawan tersebut. Air sejuk juga dimasukkan sedikit ke dalam cawan itu.

Kemudian, air milo yang sudah siap dibancuh direnung oleh Dato' Azmi. Dato' Azmi melihat ke kiri dan ke kanan sebelum dia bergerak ke kawasan sudu dan garfu. Sudu plastik gambar kepala panda diambilnya dan kembali semula ke arah cawan. Air milo dikacau.

Cawan diangkat dan dibawa bersama-samanya ke arah ruang tamu. Dia bukan duduk di atas sofa ruang tamu, sebaliknya dia duduk di tepi dinding pintu rumahnya. Dia bersila di situ sambil minum air milo suam.

*

Datin menapak turun anak tangga dari biliknya seusai solat subuh. Datin rasa sedikit hairan apabila suaminya bangun lebih awal darinya kerana kebiasaannya Dato' Azmi akan bangun selepas datin mandi. Sekilas pandang, datin terlihat Dato' Azmi bersandar pada dinding pintu rumah. Datin terus bergegas ke arah suaminya itu.

"Abang! Kenapa ni?" Soalnya setibanya datin kepada suaminya.

"Abang tunggu Ash balik. Tapi tak balik lagi. Bila dia nak balik?" Jawabnya yang kelihatan sangat risau.

"Sudah call?"

"Terlupa call."

"Tak apalah. Kejap lagi abang call. Dah. Naik atas solat dulu. Sayang nak masak. Ni lepas guna dapur, kemas tak? Sayang tak nak tengok sepah-sepah. Abang tu buat air je tapi semua benda bersepah. Sedar tak masa buat sesuatu tu?" Bebel isterinya yang sangat mengenali sikap cuai suaminya apabila melakukan sesuatu dalam keadaan mamai.

Dato' Azmi merenung ke arah isterinya. "Sayang cantik la hari ni." Katanya tanpa menjawab soalan tersebut.

Datin mengeluh. "Abang! Dah. Pergi mandi sana. Busuk." Dahi si suami dijentiknya sehingga terpejam mata suaminya itu. Sungguh perit. Hal ini telah membuatkan Dato' Azmi segar mata.

"Eh? Kenapa?" Tanya Dato' Azmi kepada datin.

"Tak ada apa." Jawab datin sebelum beredar ke ruangan dapur.

*

Raz berlari masuk ke dalam rumah selepas beberapa saat dia keluar rumah. Dia kembali ke arah meja makan yang baru ditinggalkannya tadi. Di tangannya terdapat sepucuk surat.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now