EXTRA

828 64 23
                                        

Keputusan peperiksaan STPM bagi keseluruhan semester telah pun keluar beberapa hari yang lalu. Pada tahun tersebut, ramai pelajar tingkatan enam telah berjaya mendapat keputusan sebanyak 3.50 ke atas termasuklah tiga orang sahabat ini. Syam telah mendapat 3.98, Bray mendapat 3.87 dan Safuan mendapat 3.80. Namun, mereka masih belum mendapat berita tentang pemohonan UPU mereka.

Mereka bertiga menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa selepas tamat ujian STPM sehinggalah sekarang. Tiada banyak perkara yang berubah. Syam masih lagi seorang penulis novel dan kekasih kepada Enes. Bray pula masih bekerja sebagai CEO AGENDA Corp dan menjadi bos kepada Enes bagi latihan industri atau praktikal. Manakala, Safuan menjadi jurulatih di GUARD dalam cawangan Kuala Lumpur di samping menjadi pengawal peribadi Bray.

"Safuan."

Safuan melihat ke arah belakang apabila namanya dipanggil. Perbualannya dengan seorang pelatih terbantut sebaik sahaja dia mendengar suara sahabatnya itu. Si pelatih turut melihat ke arah pemilik suara tersebut.

"Syam? Eh? Bray pun ada sekali. Apa korang buat dekat kem GUARD ni?" Soal Safuan setibanya Syam di hadapannya.

"Saja datang melawat. Bray kata, kau dah dua hari tak balik rumah sebab tidur dekat kem ni. Kebetulan pula tadi kitaorang terjumpa dekat area ni. Bray tadi pergi tapak projek kejap. Aku pula dari kedai buku area ni. Hantar stok buku tadi." Jelas Syam kepada Safuan.

Safuan melihat ke arah Bray yang baru sahaja berjalan menuju ke arah mereka selepas menjawab panggilan melalui telefon. "Sibuk betul bos hari ni. Ada projek besar ke?" Tegur Safuan kepada Bray.

Bray ketawa lalu berkata. "Tak ada la. Papa aku call tadi. Tanya pasal projek baru. Lagipun, papa aku balik minggu depan." Dia berdiri di hadapan mereka berdua.

"Dari pejabat ke? Masih pakai kemeja. Tai dah campak tepi." Kata Safuan.

"Ha'ah. Tadi meeting. Lepas tu pergi tapak projek terus sebab nak tengok perkembangan. Aku rasa tak puas hati kalau aku tak pergi sendiri tapak projek untuk tengok perkembangan dan masalah dekat sana.  Aku tak nak jadi macam kes pekerja aku dulu. Menyusahkan syarikat."

"Ooo..."

"Eh? Kitaorang ganggu kau ke? Kau tengah kerja sekarang ni, kan? Tak apa kitaorang tunggu dekat kantin. Kau buat la kerja dulu." Kata Syam sebaik sahaja dia melihat seorang pelatih yang berdiri di sebelah kanan Safuan. Pelatih itu senyum kepada mereka.

"Aku dah habis kerja la. Malam nanti pula sambung. Kitaorang sebenarnya tengah bincang sikit tadi. Tak apalah. Korang pergi la kantin dulu. Kejap lagi aku datang." Kata Safuan.

"Okay."

*

Banyak mata memerhati dua orang jejaka yang berada di kantin GUARD. Perkara itu terjadi kerana mereka berdua bukan ahli GUARD. Tambahan pula, masing-masing sedang berbual melalui telefon masing-masing.

"Siapa mereka tu?" Soal seorang ahli GUARD yang duduk bertentangan dengan meja dua orang jejaka tersebut.

"Tak tahu. Tapi macam mana deorang boleh masuk sini? Setahu aku, ahli GUARD je." Kata rakan yang berada di sebelah kanannya.

"Spy ke?" Soal ahli GUARD tadi.

"Kalau spy, kenapa terang-terangan?" Soal rakannya kembali tanpa menjawab soalan tersebut.

"Betul juga."

Seorang lelaki duduk di atas sebuah kerusi yang berada di hadapan dua orang ahli GUARD. Pandangan mereka terlindung disebabkan oleh lelaki yang baru sahaja tiba di situ bersama-sama semangkuk bihun sup dan secawan kopi suam. Makanan dan minuman tersebut diletakkan di atas meja itu.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now