Syam berbaring di atas katil sambil membaca sebuah komik bertajuk KERIS BERNYAWA. Cerita fantasi orang Melayu ini ditulis dan dilukis oleh Tuah Sehari. Komik ini merupakan salah satu set koleksi yang dikumpul oleh Syam. Selain itu, ada juga komik anime dari Jepun seperti Naruto, Kuroshitsuji, Fairy Tail dan sebagainya. Semuanya dibeli secara atas talian.
Terdapat juga beberapa buah komik yang dibeli daripada rakan-rakan atas talian, iaitu dua orang penulis dari Jepun, seorang pelukis komik dan tiga orang pelakon suara anime. Tidak hairanlah jika Syam boleh belajar bahasa negara matahari terbit itu. Mereka berkenalan melalui permainan video, Facebook, Wattpad, Gmail, Instagram dan Amino.
Komik ditutup setelah Syam selesai membacanya. Matanya menatap nama pelukis yang tertera di hadapan kulit komik tersebut. "Tuah Sehari?" Dia ketawa kecil. "Kenapa pelik sangat nama dia ni? Macam nama orang zaman dulu."
Syam berhenti ketawa. "Tapi cerita dia seronok. Aku dapat rasakan aku berada dalam dunia komik dia ni."
"Keris Bernyawa."
Matanya kini melihat siling biliknya. "Yami Bernyawa?" Syam terus duduk di atas katil apabila dia melihat pedang milik Erzen melekat di atas siling. Dijenguknya ke bawah katil. Tiada pedang. Dia melihat kembali ke atas, ada pedang. Pedang itu dilekat pada siling menggunakan pelekat berwarna merah.
Kedengaran suara orang ketawa. " Yami Bernyawa. Buatlah novel guna tajuk tu. Best."
"Aron! Kau yang lekatkan pedang tu dekat atas tu, kan?" Soal Syam kepada Aron yang berada di dalam mindanya. Dia turun dari atas katil dan menuju ke arah sebuah kerusi di meja bacaan.
"Entah. Tak tahu." Katanya acuh tak acuh dan masih ketawa.
"Turunkan balik pedang tu. Macam mana kau boleh lekatkan pedang tu dekat atas tu, ha?" Bebelnya sambil memanjat kerusi tersebut. Jarinya tidak mampu mencapai ketinggian siling itu.
"Aron! Pencuri! Kau! Kau ambil balik pedang aku. Aron!" Amukkan Erzen telah membuatkan Syam terkejut lalu terjatuh ke lantai. Kepalanya sempat terhantuk pada sisi meja. Syam pengsan.
Pintu bilik Syam diketuk dan dibuka. Raz masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat Syam sedemikian. Raz segera mendapatkan Syam. "Syam! Apa Syam buat ni?"
Raz melihat ke arah siling bilik tersebut. "Pedang? Kenapa ada dekat atas tu?"
Dia kembali pandang Syam. "Syam letak ke? Tapi kenapa dia nak letak dekat atas tu pula?"
*
Syam ditinggalkan sendirian di atas katil selepas Raz mengangkatnya. Pedang milik Erzen pula telah diambilkan oleh Raz. Raz menggunakan batang penyapu sambil panjat kerusi. Kini, pedang itu berada di sisi kanan Syam di sebalik selimutnya.
Perlahan-lahan pintu bilik dikuak oleh seseorang. Jelas pada wajahnya senyuman lebar diukir. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat secara perlahan-lahan. Langkahnya menuju ke arah katil Syam. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar jean berwarna hitam pada bahagian sisi kanan. Sepucuk pistol dikeluarkan dan diacukan ke arah kepala Syam.
Syam tersedar dari lenanya. Dia bergolek-golek dan merenggangkan otot-otot badan. Secara automatiknya bunyi halus seperti bunyi kucing kedengaran keluar dari mulutnya. Akhir sekali, matanya buka. Dia merasakan ada seseorang di belakangnya. Dia pusing ke kiri. Tiada sesiapa di situ. Selimut diselak dan dia duduk di atas katil. Tangan kanannya tersentuh pedang milik Erzen. Dia melihat pedang tersebut.
Dia terkejut. "Pedang Bernyawa?"
Dia melihat ke arah sekeliling. "Eh? Tadi aku..." Dia pandang kerusi. Tidak beralih dari tempat asalnya.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...