Syam menghempaskan lima buah novel dan empat buah buku rujukan ilmiah di atas katilnya. Kertas-kertas dan buku nota bersepah di atas katil bersaiz king milik Syam. Syam melepaskan lelahnya. Novel Demi Dara, Bunuhan, Mikhail, Hatiku Di Harajuku dan Rahsia Perindu diambilnya lalu diletakkan di kawasan timbunan novel yang lain di atas katil itu. Kemudian, buku rujukan ilmiah Lembaga Budi, Jejaka Pejuang Terulung, Anda Bertanya Doktor Menjawab dan Quran Saintifik diangkatnya menuju ke arah meja belajar. Buku-buku tersebut diletakkan di situ.
Selepas itu, dia kembali ke arah katil. Tetapi dia berhenti di hadapan cermin yang bertentangan dengan katilnya. Dilihatnya diri sendiri pada cermin. Cermin itu ditenung lama sebelum dia berkata. "Kenapa aku rasa aku makin kurus?"
Dia menarik nafas dan mengecilkan badannya. Baju t-shirt yang dipakainya ditarik kemas ke belakang. Nafas dilepaskan bersama-sama baju t-shirt tersebut. "Serius la. Nampak tulang rusuk. Ish, patutnya aku makan banyak-banyak. Tapi macam mana nak jadi macam badan Abang Raz? Berotot." Monolognya.
"Pergi gym la. Bina otot. Hahahaa... Jadi macam aku." Kata Aron dengan bangga.
"Ya la tu. Macam tak percaya je." Syam ketawa kecil.
"Erzen. Kau beri nasihat sikit dekat Syam." Ujar Aron.
"Nasihat? Aku mana tahu nak nasihat apa dekat dia. Lagi pun kalau aku cakap, dia bukan boleh buat pun."
"Cakap je lah. Aku nak tahu macam mana badan kau berotot." Kata Syam dengan terujanya.
Erzen mengeluh. "Aku ahli kendo. Atlet lumba lari. Kerja masa lapang kejar orang dan pancung orang. Tak ada benda sangat yang aku buat. Habis-habis extrem pun aku angkat badan orang dan campak masuk dalam gaung. Ish, kau tak payah la buat kerja tu. Untuk apa kau bunuh orang, kan?"
"Untuk bina otot." Jawab Syam acuh tak acuh. Baju diselak sehingga ke dada.
"Bangang." Kata Erzen dan Aron serentak.
Syam ketawa kecil. "Eh? Tak boleh ke?"
Pintu bilik Syam diketuk. Salam diberi. Pintu dibuka sebelum sempat Syam jawab salam. Ash berdiri di hadapan pintu bilik Syam. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain.
"Apahal dengan dia ni? Selak baju depan cermin." Fikir Ash apabila melihat Syam masih menyelak bajunya.
Syam terkebil-kebil melihat Ash. "Tak pernah-pernah Abang Ash datang bilik aku ni. Dia nak apa? Nak marah aku ke? Apa aku dah buat dekat dia?"
"Syam. Mama ajak turun makan. " Kata Ash kepada Syam. Dia masih di hadapan pintu.
"Eh? Tadi dah makan, kan? Makan apa lagi?"
"Makan aiskrim. Kek pun ada. Abang Raz bawa balik tadi. Dekat rumah kawan dia ada sambut birthday. Makanan banyak lebih. So, abang bawa balik sebab kawan dia suruh." Jelas Ash tanpa bergenjak dari tempat dia berdiri. Kelihatan macam askar pula berdiri tegak depan tu. Syam menurunkan baju t-shirt pada badannya.
"Aiskrim!!! Nak. Nak. Syam. Bagi la aku makan aiskrim. Dah lama tak makan. Please." Suara manja Aron mula kedengaran sedang merayu untuk makan aiskrim.
"Malam-malam makan aiskrim? Hurmmm... Makanlah kau. Aku nak rest." Kata Erzen sebelum Syam berbicara.
"Okay. Kau ni kan, Aron. Suka sangat benda-benda manis dan comel. Tak macam diri kau yang kejam tu." Kritik Syam lalu ketawa.
"Ehhh... Suka hati aku la. Aku suka benda tu semua. Kau jangan suka-suka peluk Baby aku. Malam tadi aku perasan kau peluk dia. Habis tak gebu dia nanti." Rajuk Aron.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...