BAB 13

491 63 2
                                    

Rahim memandu perlahan Mazda CX-3 berwarna merah milik Emylia Enes ketika melalui kawasan bank yang sesak itu. Hal ini demikian kerana dia mahu mencari tempat letak kereta yang masih kosong. Namun hampa kerana tiada tempat letak kereta yang kosong.

"Emy boleh tak turun sorang dekat sini. Tak ada parking lah." Bebel Rahim sambil melihat ke arah adiknya.

Pintu kereta dibuka. "Boleh je." Jawab Enes dengan mata yang masih tertacap pada skrin telefon pintar jenama Asus.

"Abang tinggal Emy kat sini. Then, I'll come back." Ujar Rahim sambil mengangkat ibu jari 'thumbs up'.

"Okay." Katanya seraya memegang pembuka pintu kereta.

Enes keluar dari Mazda CX-3 selepas pintu kereta tersebut dibukanya. Pintu kereta itu kembali ditutup. Enes selamba sahaja berjalan menuju ke arah sebuah bank yang serba sesak di bandar itu.

"Dah kenapa dengan abang aku tu?" Fikir Enes sambil melangkah masuk ke dalam bank ketika pintu dibuka secara automatik.

Langkah Enes terus menuju ke arah mesin nombor giliran. Butang merah yang terdapat pada mesin nombor giliran ditekan. Nombor giliran diambil dan ditenung. "380?"

Kemudian, dia melihat ke arah skrin di hadapan kaunter yang memaparkan nombor giliran. "Haih. Sekarang ni baru 125. Lama lagi la ni." Bebelnya sambil berjalan untuk mencari tempat duduk.

Enes segera melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi kosong yang terletak agak jauh dari kaunter. Matanya melilau melihat suasana di dalam bank ini. "Baru hari Isnin, dah sesak macam ni. Tak mungkinlah gaji baru masuk sedangkan masih di awal bulan." Fikir Enes. Kemudian, pandangannya beralih kepada skrin telefon pintar berjenama Asus hitam yang terdapat pada tangan kanannya sejak awal tadi.

"Adik datang sini nak ambil BR1M juga ke?" Soal seorang makcik yang duduk di sebelah kanan Enes.

Pandangan Enes segera dialihkan ke arah makcik tersebut. "Taklah, makcik. Saya datang sini sebab nak renew credit card." Jawabnya diikuti senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipi di bahagian kiri pipinya.

Enes mendongakkan kepalanya untuk melihat skrin nombor giliran yang terletak bertentangan dengannya. "130. Lambatnya." Keluh hati Enes.

Kemudian, Enes mengambil keputusan untuk melayan media sosial sementara menunggu gilirannya. Jari-jemari Enes pantas menaip sesuatu pada telefon pintarnya. Entah apa yang dia taip sambil ketawa seorang diri dan kadang-kala dia mengeluh.

Pada masa yang sama, Erzen turut berada di dalam bank tersebut bersama-sama Bray di kawasan mesin ATM yang terletak di dalam bank tersebut. Bray toleh ke belakang di mana Erzen berada. "Kau nak pinjam duit aku berapa banyak? Duit dalam bank aku ada RM 4000 je." Tanya Bray.

Erzen yang bersandar pada dinding kaca yang membahagikan kawasan ATM dan kaunter bank pun menjawab, "RM1000."

"Banyaknya. Kau nak buat apa dengan duit sebanyak tu?" Soal Bray yang terkejut dengan permintaan Erzen.

Erzen memandang dingin ke arah Bray. Lagaknya sama seperti seorang perompak yang memberi arahan. Nasib baik hanya mereka sahaja di dalam kawasan itu. Kalau tidak, mesti hal ini sudah dilaporkan kepada pihak polis.

Bray yang memahami pandangan tajam itu terus menoleh ke arah skrin ATM dan menekan butang yang sepatutnya. Dia berasa sedikit cuak. Mana tidaknya, pedang bernama Yami sentiasa bersama-sama dengan Erzen dan disorokkan di sebalik jaket labuhnya. Bagi orang lain itu memang style zaman sekarang bagi pemuda yang mengikut gaya artis idaman mereka tetapi tidak bagi Erzen yang bertujuan untuk menyorokkan pedangnya di sebalik pakaiannya. Wajahnya pula terselindung di sebalik hud yang dipakainya sejak datang ke rumah Bray tadi.

Erzen menghampri Bray lalu dirampasnya RM1000 yang baru dikeluarkan oleh Bray. Nampak macam kurang ajar. Bray hanya bersabar kerana dia tahu, dia hanya menempah maut sahaja sekiranya dia bertindak untuk melawan Erzen.

Sementara itu, di dalam bank pula. Dua das bunyi tembakan beserta jeritan orang ramai tiba-tiba sahaja kedengaran. Hal ini telah memeranjatkan Enes. Enes segera berpaling ke belakang. Dilihatnya empat orang perompak telah masuk ke dalam bank tersebut dengan bersenjatakan pistol dan senapang. Kemudian, pandangannya beralih ke arah dua orang pengawal bank yang telah terkulai di hadapan pintu masuk akibat ditembak oleh perompak tersebut.

Enes segera berdiri dan berundur sedikit ke belakang. Pandangannya masih melihat ke arah perompak-perompak yang berada di dalam bank ini. "Ya Allah. Apa yang dah berlaku ni?"

Makcik yang berada di sebelah Enes tadi turut berada dalam ketakutan. Makcik itu kaku sambil memeluk beg tangan berharga. Manakala, Enes pula mula menakung air mata. "Abang. I need you now." Telefonnya digenggam erat.

Bunyi tembakan di dalam bank tadi telah menarik perhatian Erzen dan Bray. Mereka melihat ke arah empat orang perompak yang telah memecah masuk bank dengan pelbagai jenis pistol dan senapang. Ketika ini Bray teringatkan kes rompakan yang pernah berlaku di dalam sebuah kedai pedang pada tiga tahun lalu. Dia melihat ke arah Erzen yang kelihatan marah terhadap tindakan perompak-perompak di dalam bank tersebut.

Erzen memasukkan duit tadi ke dalam poket seluarnya lalu dia mencapai pedang yang tersorok di sebalik jaket labuhnya. Erzen membuka pintu kaca yang menjadi lalu masuk ke dalam kawasan ATM melalui dalam bank tersebut. Perompak itu segera mengacukan senapang ke arah Erzen dan melepaskan tembakan. Erzen pantas mengelak. Pergerakan sepantas kilat itu telah berjaya memenggal kepala perompak tersebut dengan sekelip mata sahaja. Pelanggan-pelanggan di dalam bank itu terkejut dan menjerit termasuklah Enes yang melihat kejadian itu dengan matanya sendiri. Namun, Erzen tidak memperdulikannya.

Bray hanya memerhati dari jauh. Dua orang perompak bank menyasarkan peluru pistol mereka ke arah Erzen. Sebutir peluru berjaya dibenamkan pada bahu kiri Erzen tetapi itu langsung tidak menjejaskan pergerakannya. Pedang dilibas dan mencederakan dada perompak sekaligus memusnahkan pistol yang diguna oleh perompak itu sebelum libasan kedua yang memisahkan kepala dan leher perompak tersebut. Kemudian, Erzen melompat tinggi dan melibas pedangnya betul-betul pada leher seorang lagi perompak sehingga lehernya terputus. Orang ramai terkejut dengan serangan drastik tersebut.

Salah seorang daripada perompak berubah panik dan menggertak makcik yang duduk di sebelah Enes tadi. "Serahkan semua barang kemas." Arahnya sambil mengacukan pistol ke arah makcik itu. Makcik itu hanya menuruti.

Buku lima Enes digenggam erat kerana dia geram terhadap layanan yang terlampau kasar itu. Dilihatnya ke arah makcik yang menggulurkan rantai dan gelang emas kepada perompak dengan tangan yang terketar-ketar. Enes yang mula hilang sabar telah menumbuk wajah perompak tersebut kerana geramnya.

"Argh! Berani kau!" Berang perompak itu.

Tindakan Enes tadi telah memberinya masalah. Perompak yang tertubuh gempal itu melepaskan dua das tembakan ke arah Enes. Enes panik dan dia tidak tahu hendak lari ke mana kerana peluru itu terlalu dekat dengannya.

Erzen menarik tangan Enes dengan pantas dan dilepaskannya sehingga jatuh ke lantai. "Aduh, sakitnya. Tak boleh tarik elok-elok sikit ke?" Enes marah sambil menggosok lengannya yang keperitan.

Erzen menjeling sedikit ke arah Enes dan dia tidak menghiraukan bebelan Enes. Kini Erzen berdiri membelakangi Enes. Entah mengapa Enes tidak takut terhadap lelaki gila itu. Malah, dia berasa seperti dilindungi.

Erzen berjaya menepis setiap serangan yang dilancarkan oleh perompak tersebut. Erzen bertindak pantas dengan memotong lengan kanan milik perompak tanpa belas kasihan. Perompak itu meraung kesakitan sambil melihat lengannya yang sudah terkulai di atas lantai.

"Kejam. Dia ni manusia atau setan?" Enes menggumam sendiri. Dia bangun lalu menepuk-nepuk seluar untuk menghilangkan debu.

Erzen memandang tajam ke arah perompak tersebut lalu dipotongnya kepala yang berada di hadapannya itu. Dia tidak menghiraukan langsung tentang Enes yang sedang melihat adegan yang tidak berperikemanusiaan itu. Setiap perompak yang dikelar dan dicantasnya memberi kesan kepada Enes.

Setelah segalanya habis ranap dipotong oleh Erzen, pihak polis baru tiba di situ. Ketika ini Erzen dan Bray sudah pergi dari situ. Enes kaku di tempatnya berdiri sejak Erzen mencantas kepala seorang perompak di hadapan Enes dan ada kesan percikan darah perompak pada wajah Enes. Manakala, kepala perompak itu pula berada di hadapan kaki Enes.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now