BAB 47

391 47 4
                                        

Syamsul bersandar pada sofa selepas Syam dan Bray keluar dari rumahnya. Mungkin mereka sudah pulang ke rumah. Novel yang dibacanya tadi dicapai. Novel tersebut ditatap sehingga pintu rumah diketuk. Syamsul bergegas ke arah pintu rumahnya dan membuka pintu tersebut. Seorang lelaki kurus yang berpakaian serba hitam masuk ke dalam rumah tersebut.

"Awal kau balik hari ni. Selalunya tengah malam baru balik." Tegur Syamsul kepada lelaki itu. Pintu rumahnya ditutup selepas lelaki itu masuk ke dalam.

"Aku habis kerja awal sikit hari ni sebab malam ni ada part time. Ala, kerja dekat kedai makan apa la sangat. Hari ni pelanggan tak ramai. So, aku balik awal. Malam ni ada event. Aku kena handle katering." Katanya sambil berjalan ke arah bilik yang terletak di sebelah tandas.

Pada masa yang sama, Syam dan Bray masih berada di kawasan tingkat lima tersebut. Mereka menyorok di sebalik dua buah pasu bunga besar di tepi rumah jiran sebelah.

"Lelaki tadi ada bau darah." Kata Aron.

"Aku tak bau apa-apa pun." Bidas Syam.

"Betul la. Dah la. Sini aku take over." Aron meronta-ronta untuk mengambil alih jasad Syam.

"Oi, nanti la."

Bray melihat aksi pelik Syam yang tersandar pada dinding sambil memegang kepalanya dengan menngunakan kedua-dua tapak tangannya. "Syam?"

Syam berhenti meronta dan diam seketika sebelum dia senyum secara tiba-tiba. Kemudian, dia melihat ke arah Bray. "Apa kau kata tadi? Setakat tembak apa la sangat, kan? Sini aku tembak kau betul-betul. Dengan peluru kasih sayangku ini." Dia berdiri di hadapan Bray. Jari telunjuk dan jari tengah tangan kanannya yang kelihatan seperti sepucuk pistol dihalakan ke arah dada kiri Bray.

"The real Aron Raiz at here? Mampus." Gumam Bray dalam hatinya.

"Eleh. Baru sikit. Dah takut. Berlagak je berani. Aku datang. Kau dah kecut perut." Sindir Aron lalu menjelirkan lidahnya kepada Bray. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jean.

"Sabar, Bray. Tu kawan kau. Walaupun dia tu musuh kau. Sabar. Simpan dulu penumbuk kau tu. Balik nanti tumbuk doh kulit karipap. Esok boleh makan untuk sarapan." Nasihatnya kepada diri sendiri.

*

Syamsul keluar dari rumahnya untuk pergi ke tempat kerjanya. Dia bekerja di sebuah kedai runcit yang terletak tidak jauh dari kawasan tersebut.

Ketika ini, hanya tinggal lelaki tadi sendirian di dalam rumah itu. Pintu tidak dikunci oleh Syamsul kerana rakannya berada di dalam rumah. Aron dengan bangganya masuk ke dalam rumah tersebut. Bray pula sedang menjaga keadaan di luar rumah tersebut. Ketika ini lelaki itu sedang mandi sambil menyanyi di dalam bilik mandi.

Aron menuju ke arah sebuah bilik yang telah menjadi sasarannya sejak awal tadi. Pintu bilik itu dibuka dan dia masuk ke dalam bilik tersebut. Langkah terus menuju ke arah katil. Kain cadar katil dibuka. Tilam diperiksa. Kelihatan kesan jahitan tidak kemas di tepi kain penyambung tilam. Kemudian, dia memasang semula kain tilam tersebut dan mengemas katil itu seperti sebelum ini. Ditekan-tekannya bahagian tengah tilam tersebut setelah dia selesai mengemas katil itu.

"Ni hidung. Ni muka. Ni dada. Leper? Lelaki ke? Okay. Ni perut. Dan ni... Okay. Lelaki. Dia ni gay ke? Tidur setilam dengan lelaki. Mayat lelaki." Bebel Aron.

Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Aron terus bergegas bergolek ke bawah katil. Dia melihat kaki seseorang di birai katil. "Kulit tumit kering. Jenis tak reti jaga kulit. Tak pernah beli produk kulit ke?" Komplen Aron sambil tutup hidungnya dengan menggunakan tapak tangan kanan. "Busuknya kaki. Bau stoking tak basuh sebulan."

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now