BAB 39

370 49 1
                                        

Syam keluar sendirian ke tandas yang terletak di belakang rumah. Hal ini demikian kerana di dalam rumah hanya ada bilik mandi sahaja. Tandas pula masih kekal di tempat yang sama sejak rumah tersebut dibina mengikut cara orang zaman dahulu. Suasana malam yang gelap dengan berlatar belakang hutan getah tidak jauh dari kawasan rumah tersebut membuatkan perasaan takut muncul dalam diri Syam.

Tangannya yang memegang lampu suluh jelas kelihatan menggeletar ketakutan walhal kawasan tersebut sudah diterangi oleh dua buah lampu pijar dari pintu belakang sehingga ke tandas. Disebabkan oleh perasaan malu, dia sanggup pergi ke tandas sendirian berbanding ditemani oleh Raz. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu dilabel sebagai anak manja oleh mereka.

Bak kata Ash ketika Raz suka rela mahu menemani Syam beberapa minit yang lalu "Lelaki sejati mana boleh takut-takut."

Syam selamat tiba di hadapan pintu tandas. Perlahan-lahan pintu tandas dibuka dan dia masuk ke dalamnya. Pintu dikunci.

Pada masa yang sama, seseorang sedang mengintai di bawah rumah Azizul. Dia berdiri di sebalik tiang rumah. Pandangannya melihat ke arah tandas di mana Syam berada. Dia senyum lebar sambil mengeluarkan sesuatu yang diselit pada tali pinggang seluarnya. Pistol dihalakan ke arah tandas dalam ketinggian pinggangnya. Perlahan-lahan picu ditarik. Namun, niatnya terhenti apabila terdengar seseorang turun dari tangga. Dia segera lari dari tempat persembunyiannya.

Raz melihat ke arah ruang bawah rumah. Tiada sesiapa di situ. "Perasaan je kot." Langkahnya menuju ke arah tandas di mana Syam berada.

Pintu tandas diketuk setibanya dia di situ. "Syam. Abang ada dekat luar ni. Risau pula Syam seorang diri. Jadi apa-apa nanti susah. Ish, seram pula duduk dekat luar ni. Syam okay ke?"

"Diamlah! Orang sakit perut ni dia ajak berborak pula." Marah Syam sambil meneran.

"Erzen?"

"Okay. Sorry, Erzen. Aku tak kacau. Aku tunggu depan ni." Raz duduk di sebelah tiang lampu berhampiran tandas tersebut.

Ketika itu, seseorang yang memerhati Syam sebentar tadi sedang berdiri di sebalik semak yang terletak tidak jauh dari tempat Raz berada. Pistol diacukan setinggi kepala Raz. Picu ditarik dan peluru dilepaskan. Tiada bunyi kedengaran kerana pistol tersebut dilengkapi dengan alat penyerap bunyi. Namun, tembakannya tersasar akibat Raz tersengguk seketika apabila dia terlena di situ. Sekali lagi tembakan dilepaskan dan gagal. Kali ini Raz sudah terbaring di tanah dan berdengkur. Si penjenayah geram lalu mahu melepaskan lagi tembakan. Tindakkannya terbantut apabila pintu tandas terbuka. Syam keluar dari tandas dengan lampu suluh di dalam poket seluarnya.

"Aik? Ada bilik tapi rela tidur depan tandas. Syam, abang kau pelik." Bicaranya yang ketika ini ialah Erzen Laiss.

Pendengaran Erzen terganggu. Dia juga dapat merasakan seseorang sedang memerhati mereka di situ. Lantas tangan kanannya mencapai lampu suruh dan membalingnya ke arah semak. Tepat pada sasarannya. Si penembak berlari ke dalam kawasan ladang getah berhampiran selepas dahinya terkena balingan dasyat Erzen.

"Stalker. Orang pergi jamban pun nak intai." Bebel Erzen lalu memapah Raz untuk dibawa masuk ke dalam rumah Azizul.

Setibanya dia di muka pintu. Tubuh Raz diletakkan di situ dan digolek sehingga ke hadapan pintu bilik tetamu. Perbuatan tersebut dilihat oleh Adila yang berada di tangga ruangan dapur. Dia tercengang. "Budak ni dah tak betul ke? Kasihan abang dia."

Erzen kembali memapah Raz dan pintu bilik dibuka. Mereka masuk ke dalam bilik. Kemudian, Raz diletakkan di atas toto yang masih belum dibentangkan. Ketika ini Ash sedang sibuk dengan komputer riba di meja solek. Erzen naik ke atas katil dan baring. Selimut ditarik sehingga menutupi kepalanya dan dia mula memejamkan mata.

"Ash~ Ash~" Seru suara seseorang. Ash berhenti menaip ketika mendengar suara seram itu. Dia tertoleh-toleh. Tiada sesiapa. Hanya Raz sahaja yang berada di situ.

"Ash~ hihihi~"

"Siapa tu? Hantu ke?" Soal hatinya. Perlahan-lahan komputer riba ditutup. Dia bangun dari kerusi dan berlari ke arah katil. Dia menyorok dalam selimut dalam keadaan terketar-ketar.

"Ash~shhhhhhh~Ash~ Hahahaha~ Hihihihi~" Suara itu kedengaran sangat dekat dengannya.

Tiba-tiba, Ash merasakan ada sesuatu sedang menyentuh lengan kanannya. Sentuhan tersebut bagaikan sedang bermain piano. Ash menarik tangannya dan memeluk tubuh. Lampu terpasang secara tiba-tiba di dalam selimut dengan rambut hitam menutupi dahi. Mata putih dan bibir berdarah.

"Aaaaaa~ shhhhh~ hihihihi~"

Ash yang terkejut terus pengsan tanpa sempat menjerit.

Selimut dibuka. "Lemas." Kata Erzen.

Erzen membetulkan kelopak matanya. Anak mata hitam kembali kelihatan. Rambut ditarik ke belakang dan dirapikan ke kiri. Sekilas dia melihat ke arah Ash sambil menjilat darah pada bibirnya akibat gigitan gigi taringnya sendiri.

"Good night. Tidur lambat tak baik untuk kesihatan." Katanya lalu mengiring ke kiri. Selimut ditarik sehingga ke paras dada.

Pandangannya kini melihat ke arah Raz di atas toto. Raz bergolek dan tergolek jatuh dari toto akibat keadaan toto yang masih berlipat dan tinggi daripada lantai. Perkara yang menarik ialah dia langsung tidak sedar walaupun kepalanya sudah terhantuk ke atas lantai.

Erzen pula ketawa sambil menutup mulutnya sendiri. "Dia tidur mampus."

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now