Suasana di dalam bangunan AGENDA Corp sentiasa sibuk seperti biasa. Di dalam ruangan pejabat ini juga mempunyai satu sudut yang sangat menarik. Sudut tersebut dikenali sebagai sudut rekaan. Di sudut ini terdapat beberapa buah meja yang memaparkan lanskap kawasan perumahan, bangunan yang tinggi, landasan penerbangan, stesen kereta api dan sebagainya. Hal ini demikian kerana AGENDA Corp merupakan sebuah syarikat kontraktor yang mempunyai pelbagai jenis projek.
Beberapa orang melihat ke arah pintu ruangan pejabat tersebut apabila pintu itu dibuka oleh seseorang. Hamzah masuk ke dalam ruangan itu bersama-sama dengan Bray yang kelihatan sangat kacak dan sesuai dengan statusnya sebagai CEO AGENDA Corp. Namun, wajah Bray pada hari ini sangat serius berbanding hari-hari yang sebelum ini.
"En. Qasim dah sampai ke?" Soal Bray kepada seorang pekerja wanita yang berada tidak jauh dari laluan pintu utama ruangan pejabat ini.
"Dah. Dia baru je sampai tadi." Jawab wanita itu selepas terkejut mendengar soalan daripada Bray tadi.
Bray berjalan mendahului Hamzah dan memberi arahan kepada Hamzah. "Suruh dia masuk bilik saya segera. Saya tak ada masa nak simpan masalah dia lama-lama. Saya ada banyak kerja lain yang lagi penting daripada masalah dia."
"Okay, bos."
Bray segera menuju ke arah bilik kerjanya dan masuk ke dalam bilik tersebut. Hamzah pula menghela nafas lega kerana dia rasa tidak selesa melihat sikap Bray pada hari ini. Kejadian ini merupakan kejadian pertama yang menyebabkan Bray kelihatan sangat tegas, garang dan menakutkan.
"Kenapa dengan En. Badri tu?" Soal wanita tadi kepada Hamzah.
"Dia tengah marah dekat En. Qasim sebab syarikat ni dapat surat saman." Jelas Hamzah kepada wanita itu.
"Eh?" Wanita itu terkejut mendengar penjelasan tersebut.
"Kita diam-diam je. Jangan beritahu orang lain. Atau Cik Kaisah akan kena pecat nanti. Sebab bos tengah panas sekarang ni." Hamzah sengaja menakut-nakutkan wanita tersebut.
"Ya. Saya simpan rahsia ni." Katanya yang kelihatan sedikit cuak.
*
Bray mencapak beberapa helai kertas ke arah seseorang yang berdiri bertentangan dengannya. Ketika ini, En. Qasim hanya berdiam diri kerana dia terkejut melihat Bray mencapak kertas-kertas tersebut ke arahnya dengan wajah yang tidak berpuas hati. Kertas-kertas tersebut merupakan maklumat-maklumat tentang kejadian yang berlaku dalam projek Perumahan Lestari dan beberapa projek yang lain.
Bray menepuk sehelai kertas yang berada di atas mejanya. Meja itu terletak bertentangan dengan En.Qasim. "Kau ingat, syarikat ni kau yang punya? Kau tahu apa kesalahan kau sebenarnya?" Dia cuba menahan diri daripada marah.
"Apa salah saya?"
"Disebabkan kau, AGENDA Corp dapat surat saman. Gaji pekerja tak cukup. Kes dua orang pekerja meninggal dunia tapi tak dapat pampasan. Ini sepatutnya jadi tanggungjawab kau. Maklumat pasal kematian pekerja dekat tapak projek tu pun kau tak beritahu aku atau papa. Lepas tu... Aku dapat maklumat. Kau curi duit syarikat. Dana untuk projek Perumahan Lestari sepatutnya dah lebih daripada cukup. Tapi kenapa projek tu boleh tergendala seminggu? Barang-barang yang kau beli dari pembekal pun, tak cukup. Gaji pekerja bawahan kau, kau bagi separuh je. Mana pergi duit syarikat yang selebihnya?" Tegasnya yang sudah tidak mampu menahan kemarahannya.
En.Qasim terdiam. "Macam mana dia boleh tahu semua ni? Semua data aku dah tukar. Tak guna betul pekerja-pekerja baru tu. Berani dia mengadu dekat pihak atasan." Monolognya yang tidak berpuas hati.
"Jawablah!" Bray menengking En. Qasim yang lebih tua daripadanya.
Pada masa yang sama, suasana di dalam ruangan pejabat ini sunyi sepi apabila mendengar suara Bray memarahi En.Qasim di dalam biliknya. Tiada sesiapa yang menyangka bahawa jejaka itu dapat melontarkan suara amarahnya sehingga memenuhi ruangan pejabat ini.
"Hamzah. Tak apa kau tinggal bos seorang diri dalam tu?" Soal rakan sekerjanya yang berada di meja kerja.
Hamzah meletakkan secawan kopi di atas meja kerja rakannya itu. "Tak apa kot. Aku rasa tak berani pula nak masuk dalam. Lagipun, ni first time aku tengok dia macam tu."
Pintu bilik kerja Bray dibuka. Wajah En. Qasim kelihatan tertekan. Hamzah pula segera mengambil secawan kopi yang baru sahaja dibuatnya tadi dan terus menuju ke arah bilik kerja tersebut. Mereka berdua berselisihan. Pintu kembali ditutup sebaik sahaja Hamzah masuk ke dalam bilik itu.
"Bos, okay ke?" Soal Hamzah sambil melihat ke arah Bray yang bersandar di atas kerusi.
Hamzah berjalan ke arah Bray sambil mengelak daripada terpijak kertas-kertas yang bersepah di atas lantai bilik tersebut. Secawan kopi diletakkan di atas meja yang berada bertentangan dengan Bray.
Bray cuba menenangkan diri terlebih dahulu sebelum dia mencapai tangkai cawan tersebut. Air kopi diminum. Hamzah pula menuju ke arah helaian kertas-kertas yang berada di atas lantai lalu dia mengutip semua helaian kertas tersebut.
"Hamzah. Aku dah pecat En. Qasim. Pukul 2:00 petang nanti adakan meeting. Aku nak cari pengganti untuk teruskan projek tu. Semua pekerja dia, aku akan letakkan under ketua projek yang baru. Dapatkan maklumat tentang pekerja-pekerja yang dah terkorban sebelum ni. Bank in gaji pekerja lain yang masih ada baki." Arahnya kepada Hamzah selepas selesai minum separuh daripada kopi di dalam cawan tersebut.
"Macam mana dengan En. Qasim? Kenapa dia ambil duit syarikat?" Soalnya yang telah selesai mengutip kertas-kertas tersebut.
"Alasan dia, duit tu untuk tanggung anak dia yang belajar dekat luar negara. Hmph! Salah tetap salah. Saya minta dia bayar semula duit syarikat yang dia dah curi atau saya akan saman dia. Tapi dia pilih untuk bayar semula duit syarikat. Saya hanya minta 80% daripada duit syarikat yang dia dah curi. Tak banyak pun. 80% je." Katanya setelah menghabiskan secawan kopi.
"Bagus juga idea tu tapi macam mana dia nak cari duit sebanyak tu?" Soalnya sambil berjalan ke arah meja dan meletakkan kertas-kertas tersebut di atas meja itu.
"Suka hati dia la nak cari macam mana pun. Yang pasti dia bayar semuanya dalam masa tiga tahun. Saya dah bagi masa yang lama." Bray berdiri daripada kerusi dan berjalan ke arah pintu bilik tersebut.
"Call En. Peguam untuk selesaikan kes ni segera. Bawa saya berjumpa dengan pekerja-pekerja dekat tapak projek sekarang." Arahnya sebelum keluar daripada bilik tersebut.
"Okay, bos." Sahut Hamzah lalu mengekori Bray. Tangan kanannya segera mencapai telefon pintar berjenama Asus dari dalam poketnya. Ikon telefon ditekan selepas skrin kekunci diseret ke kanan. Nama En. Zam ditekan dari senarai nombor telefon.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...