BAB 43

338 48 0
                                    

Dato' Azmi menjemput anak-anaknya pulang dari rumah arwah Azizul selepas menghadiri majlis kenduri arwah pada malam tadi. Dirinya rasa simpati apabila melihat Puan Imah yang semakin berusia dan Adila yang masih muda tinggal berdua sahaja di rumah itu. Hal ini telah mendorongnya untuk Dato' Azmi untuk bermalam di rumah tersebut sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Adila duduk di sebuah gazebo. Dia menangis sambil menatapi wajah Azizul di dalam telefon bimbitnya. Syam pula memerhati gadis itu dari anjung rumah ketika ini.

"Aku minta maaf." Syam menghantukkan kepalanya pada tiang anjung perlahan. Air mata simpati mengalir membasahi kedua-dua pipinya.

Adila turun dari gazebo dan berjalan menuju ke arah tangga rumah. Dia menapak naik anak tangga. Syam mengesat air mata apabila melihat Adila berdiri di hadapannya.

"Siapa yang buat semua ni? Apa salah abang? Kenapa abang?" Dia mempersoalkannya dalam tangisan sehingga dia terduduk di atas lantai anjung.

"Maafkan aku." Ungkap hati Syam yang tersandar pada tiang anjung.

*

Syam tidur lena di dalam kereta Dato' Azmi. Namun, air matanya tidak berhenti mengalir sejak di anjung pada pagi tadi walaupun dia sedang tidur. Bahagian kiri bahu baju Ash kelihatan basah akibat air mata Syam yang mengalir di atasnya. Ash tidak mengeluh kerana dia tahu hal yang sebenar. RaSIS telah ceritakan segalanya melalui aplikasi whatapps kepada Raz dan Ash. Mereka bersepakat untuk merahsiakan hal tersebut dan memadam mesej perbualan antara mereka bertiga.

Bukan itu sahaja, Raz juga cuba menerima hakikat bahawa Azizul cuba membunuh dirinya dan adik-adiknya pada malam tersebut. Kejadian kereta Ash meletup pula dijelaskan oleh Ash kepada Dato' Azmi dengan alasan kerosakan enjin yang menyebabkan letupan walaupun hakikatnya enjin tersebut ditembak oleh Azizul pada malam itu sebelum dia berlakon munculkan diri bersama-sama Abang Seman. Tidak hairanlah dia lambat bertemu mereka di situ kerana dia sedang menyorok di sebalik hutan bersama-sama motornya. Kereta Abang Seman pula ditahan ketika dia dalam perjalanan pulang dari surau. Sungguh teliti rancangan si pelakon terbaik ini. Namun, dirinya tewas pada tangan RaSIS juga.

"Raz. Ada apa-apa jadi ke dekat sana? Dengar cerita, arwah Azizul meninggal sebab kena pancung. Papa rasa pelik, ada yang cerita deorang nampak pistol dengan dia. Dia buat apa dengan pistol tu?" Soalan yang diajukan tanpa diduga oleh sesiapa.

"Raz pun tak pasti apa dah jadi. Tapi mungkin betul. Polis dah periksa cap jari. Hanya ada cap jari arwah je. Entah la." Raz mengelak untuk menjawab dengan jujur.

"Pancung-pancung ni buatkan papa teringat pada Erzen pula. Syam ada bawa pedang ke?" Soal Dato' Azmi kepada mereka.

"Syam cakap ada dekat rumah. Dia sorok sebab risau Erzen bawa sekali." Jelas Raz yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Jadi, Syam tak ada masalah. Mungkin orang lain yang buat. Lagipun, apa motif Erzen serang arwah kawan Raz tu sedangkan dia baik dengan anak-anak papa."

"Baik? Hanya baik kerana lakonan. Tapi dia la yang cuba bunuh anak-anak papa ni." Monoloh Raz seraya melemparkan pandangannya ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Ash melihat ke arah Dato' Azmi sekilas sebelum dia melihat ke arah Syam. Tangan kirinya menggenggam erat tangan kanan Syam dalam keketaran. "Maafkan kami. Itu rahsia kami. Syam buat semua tu demi kita. Dia hilang kawalan diri tapi... Kalau Azizul hidup. Kami yang mati." Bicara hati Ash lalu mengelap air matanya menggunakan ibu jari tangan kanannya sebelum air mata itu mengalir pada kedua-dua pipinya.

"Papa. Kalau kami hilang daripada pandangan papa untuk selama-lamanya, apa perasaan papa?" Soalan Raz mengejutkan Dato' Azmi yang sedang memandu.

"Raz? Kenapa tanya soalan tu? Mestilah papa sedih. Sebab papa sayang anak-anak papa. Mama pun sayang juga." Jawabnya sekilas melihat ke arah Raz dan kembali fokus kepada pemanduannya.

Raz senyum senang kepada bapanya. "Syukurlah, umur kami kasih panjang."

"Ya. Aamin." Kata Dato' Azmi walaupun dia tidak tahu niat sebenar Raz bertanyakan soalan itu kepadanya.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now