BAB 14

482 58 0
                                    

Mata Enes melilau mencari tempat letak kereta yang masih kosong di kawasan bangunan Star Mall yang terletak di bandar Temerloh. Hal ini demikian kerana Enes tidak mahu terlepas peluang untuk membeli karya penulisan novelis misteri yang bernama Syam Syahrul Azmi. Bukan senang untuk berjumpa jejaka itu. Mata Enes tertacap pada sebuah tempat letak kereta yang masih kosong di hadapannya.

Enes keluar dari Mazda CX-3 miliknya setelah dia menempatkan kereta kesayangnnya di situ. Kemudian, dia mencapai beg sandang berwarna hitam berjenama Puma yang terletak di tempat duduk penumpang hadapan sebelum pintu kereta tersebut dibuka. Beg sandang tersebut digalas pada bahu kirinya seraya dia keluar dari kereta tersebut. Selepas itu, pintu Mazda CX-3 ditutup dan dikunci. Topi hitam berjenama Adidas yang dipakainya tadi dibuka perlahan lalu menjatuhkan rambut hitam ikalnya yang separas pinggang.

Enes menarik nafas panjang apabila melihat kedudukan tempat letak keretanya. "Jauhnya!" Dia terlewat ke tempat ini kerana seorang abang. Adakah patut abangnya menggunakan Mazda CX-3 miliknya semata-mata untuk pergi sarapan di kedai mamak?

Dilihatnya jam tangan hitam berjenama Adidas pada tangan kirinya, detik menunjukkan 11:30 pagi. Enes segera mengatur langkah seribu menuju ke dalam Star Mall yang serba sesak dengan manusia apabila dia mendapati bahawa dirinya sudah sangat lewat ke pesta buku tersebut.

Enes memasuki lif dan menyimpan topinya ke dalam beg sandang sebelum dia mengibaskan rambutnya untuk diikat ekor kuda. Hal ini menyebabkan beberapa orang jejaka di dalam lif tersebut terpesona melihat Enes berkelakukan sedemikian.

Penunjuk aras lif berhenti dan pintu lif dibuka. Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat suasana pasta buku yang sangat dia idamkan. Kemudian, Enes segera keluar dari lif tersebut dan menuju ke arah pintu masuk pesta buku yang terpapar papan tanda PESTA BUKU PENULIS ONLINE. Melalui tajuk pesta ini sahaja sudah dapat digambarkan bahawa novelis jemputan yang akan hadir pada hari ini ialah dalam kalangan novelis atas talian yang mendapat permintaan ramai.

Enes melihat beberapabuah rak buku yang menempatkan berpuluh-puluh buah komik dan novel namun hari ini dia memiliki sebuah misi yang lebih penting daripada membeli komik yang berada di hadapan matanya kini. Misinya ialah untuk mendapatkan novel terbaharu keluaran novelis atas talian yang digemarinya. Novel ini merupakan novel ketiga yang pernah dipublish oleh syarikat pengeluaran novel, A'm Novel St. Holding.

Mata Enes terbuntang apabila dia melihat hanya sebuah novel yang masih berada di sebuah rak novel khas . Rak tersebut terletak bertentangan dengan sebuah rak komik tersebut. Dia perlu mendapatkan novel tersebut sebelum ada orang lain yang mendapatkannya.

"Kau kena cepat, Enes." Bisik suara hatinya.

Langkahnya diatur menuju ke arah rak tersebut. Namun, satu perkara yang tidak dijangka telah berlaku kepada dirinya. Enes telah tersandung dan jatuh terduduk di atas lantai apabila terlanggar seseorang tanpa sengaja.

Seorang jejaka itu kelihatan menggelabah apabila dia tersedar bahawa dia telah terlanggar seseorang "Sorry. Awak okay ke?" Dia menghulurkan tangan kanannya untuk membantu Enes berdiri tetapi tangan itu tidak disambut oleh gadis tersebut.

"It's okay. Salah saya." Ujar Emylia Enes Fakrul.

Enes berdiri dengan sendirinya. Kemudian, dia melihat ke arah sebuah rak novel yang telah pun kosong. Dia kelihatan terkejut. "TIDAK!"

Kedua-dua tapak tangannya ditekapkan pada telinganya dengan gaya orang terlalu hampa. Mana tidaknya, buku kegemarannya sudah habis dijual.

Enes menggongcang kedua-dua bahu jejaka yang berkemeja putih di hadapannya itu. "Kenapa? Kenapa?" Enes menangis di situ tanpa memperdulikan sesiapa yang melihatnya.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now