Syam bersandar pada kerusi yang terletak di sebuah gerai buku yang masih legang pada pagi itu. Festival yang disertai oleh syarikat Novel A'm St. Holding di Universiti Malaya akan bermula pada pukul 8:00 pagi. Ketika ini, Raz menghampiri Syam lalu berdiri di hadapan Syam. Diperhatinya Syam yang memejamkan mata di atas kerusi. Raz melibatkan dirinya di sini kerana dia juga merupakan pelajar di sini sekali gus dia mahu memerhati Syam daripada melakukan sesuatu di luar jangkaan.
"Abang Raz." Panggil Bray yang berjalan ke arah Raz.
Raz berpaling ke arah Bray. "Ya."
"Abang Raz tak ada kelas ke pagi ni?" Soal Bray lalu berdiri di hadapan Syam.
"Ada. Pukul 9:00 pagi. Kenapa?"
"Tak apa. Saja tanya. Abang Raz jangan risau. Saya akan jaga Syam. Apa-apa hal nanti saya beritahu Abang Raz." Kata Bray dengan yakinnya.
"Terima kasih." Ucapnya.
Tiba-tiba, terdengar bunyi dengkuran yang perlahan. Masing-masing melihat ke arah Syam dan geleng kepala.
"Boleh pula dia tidur dekat sini." Kritik Raz. Bray hanya ketawa.
"Penat sangatlah tu. Semalam jawab ujian mengejut. Cikgu bagi ujian online tengah-tengah malam." Kata Bray.
"Apa masalah cikgu tu? Tak rasional langsung." Kritik Raz.
"Entahlah."
Festival bermula tepat pada waktunya. Ketika ini Syam bersama Bray berada di tandas lelaki yang terletak di bangunan Kompleks Perdana Mahasiswa. Pintu tandas diketuk oleh Bray. "Syam, aku tunggu kau kat luar." Beritahu Bray.
"Okay." Sahut Syam. Entah apa lama sangat dia buat di dalam itu.
Setelah selesai, Syam segera ke singki untuk membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian, pandangannya tertumpu pada cermin di hadapannya. Rambut hitamnya dikemaskan sedikit.
"Syam~" Panggil suara seseorang dengan berirama.
Syam terkejut. Dia lihat ke belakang. Tiada sesiapa. Dia kembali melihat ke arah cermin. Ada wajah seseorang sedang senyum di belakangnya dan berbisik. "Berilah aku peluang hari ni. Sekali saja."
"Aron Raiz? Tak! Aku tak akan benarnya!" Tegas Syam lalu dia membasuh wajahnya dengan menggunakan air.
Pintu dibuka. "Syam? Kau okay ke? Dah siap?" Tanya Bray di muka pintu."
Pergerakkan Syam berhenti seketika apabila mendengar suara Bray. Syam diam. Tisu yang di letakkan di dalam bekasnya pada dinding ditarik oleh Syam. Wajahnya dilap sehingga kering. Rambutnya diperkemaskan. Butang kemeja pada dadanya dibuka. Baju sejuk yang dipakainya tadi diikat pada pinggang. Cermin mata hitam yang bergantung pada poket kemejanya dipakai.
Dia berjalan menuju ke arah Bray dengan senyumannya. Dia membuang tisu yang digunakan tadi ke dalam tong sampah. "Lama tak jumpa, kawan." Bicara Syam yang kini ialah seseorang yang sangat dikenali oleh Bray.
"Aron Raiz?"
Bray pantas mencapai tangan kanan Aron lalu dicampak pada dinding tepi tandas lelaki. Pandangannya serius. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas bahu Aron.
"Apa kau dah buat dekat Syam, ha? Mana Syam?" Tanya Bray.
Aron senyum. "Dia sedang lena. Ala, sekejap je. Aku nak jalan-jalan tengok pemandangan indah. Kau nak join? Jom." Katanya dengan mesra.
"Aron. Kau tahu tak hari ni hari apa?"
"Tahu. Hari festival yang menarik. Apa salahnya kali ni aku tolong promosi buku-buku dia. Dapat naikkan imej dia." Aron angkat kening kepada Bray.

YOU ARE READING
A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDER
Mystery / ThrillerSYAM SYAHRUL AZMI merupakan seorang penulis novel yang menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) sejak umurnya 10 tahun. Alter yang pertama dimilikinya ialah RaSIS. Nama tersebut diberikan oleh abang sulungnya yang bermaksud Rahsia Seb...