BAB 27

446 55 16
                                        

Syam segera berlari ke arah kaunter pertanyaan di dalam hospital setelah dia tiba di hospital tersebut. Dia bertanyakan nama bapaya kepada seorang jururawat wanita di kaunter itu. Namun, belum sempat jururawat itu buka mulut, Encik Hariz muncul di hadapannya.

"Pakcik Hariz. Macam mana keadaan papa?" Soal Syam yang panik. Wajahnya pucat.

Encik Hariz menggelengkan kepalanya sebelum berkata. "Dato' dah meninggal."

Syam bagaikan tidak percaya terhadap kata-kata itu. " Tak mungkin. Papa...PAPA!!!" Jerit hati Syam lalu dia tersandar di kaunter.

Seorang doktor lelaki menuju ke arah kaunter tersebut. "Nurse. Pesakit bernama Azmi bin Syahdan dah meninggal dunia dalam wad ICU tadi."

Syam yang mendengar kata-kata itu segera melihat ke arah doktor tersebut. "Doktor. Betul ke papa saya dah meninggal? Sejak bila papa ada sakit jantung?" Soal Syam kepada doktor tersebut.

"Encik ni anak Dato' Azmi, kan? Maafkan saya. Tentang penyakit itu saya kurang pasti. Tapi itu la penyebab kematiannya. Masa dibawa ke sini, Dato' Azmi dah tenat. Saya tak mampu buat apa-apa. Segalanya sudah saya cuba. Maafkan saya." Jelas doktor tersebut panjang lebar.

Syam terdiam. Wajahnya ditundukkan. Dia berjalan ke arah sebuah kerusi di tempat menunggu angka giliran. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi paling belakang di sudut ruangan tersebut. Fikirkan Syam kosong.

"Syam. Kau percaya kata-kata dua makhluk tu ke? Aku tak percaya. Syam. Buka mata kau. Buka telinga kau. Tengok dan dengar apa mereka sedang bincangkan. Sedar Syam. Sedar. Kau dah tak selamat."

"Diam! Diam! Diam! Kau diam, Aron! Aku tak nak dengar lagi apa kau cakap. Papa aku dah meninggal. Dah meninggal! Aku dah tak ada papa." Marah Syam. Bukan dalam hati atau mindanya tapi realiti. Semua mata melihat ke arah Syam yang menangis di sudut sana. Dia tidak kisah apa mereka mahu kata tentang dia.

"Encik Hariz tu bukan orang baik. Dia sanggup bunuh bos sendiri. Itu sebab dia diupah oleh pakcik kau, Encik Mustafa. Kau mesti tak percaya, kan? Doktor tu kau kenal siapa? Itu anak Encik Hariz. Zahid Hariz. Kau tak percaya kau boleh dengar rakaman dalam phone kau. Tarikh hari ini. Itu pengakuan pakcik kau sebelum dia dibunuh oleh sebatang pen hitam yang dihadiahi oleh Dato' Azmi kepada kau pagi tadi. Sebab aku menghargainya." Kata Aron dan ketawa pada hujung ayatnya.

Syam mahu tahu betul atau tidak kata-kata Aron tadi. Telefon bimbitnya dicapai dalam poket baju sejuk. Ikon rakaman ditekan. Rakaman dimainkan dengan kelantangan yang rendah seraya hoodie ditarik ke hadapan menutupi wajahnya. Syam mengetap gigi apabila mendengar kebenaran itu. Dia mula marah.

"Nak bukti tuduhan aku kepada dua makhluk tu? Cek galeri. Ada gambar panggilan dari phone pakcik kau yang aku sempat ambil tadi. Ada mesej juga. Aku ni budak bijak."

Syam segera lakukan apa yang disuruh oleh Aron sebentar tadi. Terbuntang matanya melihat kebenaran itu. "Apa salah papa kepada pakcik?" Air matanya kembali mengalir. Dia rasa tertekan dan kepalanya mula terasa sakit sangat.

"Cemburu." Kata Erzen. "Syam. Aku dah lama cari dalang orang yang buru papa kau. Akhirnya, Aron yang bunuh. Sekarang, aku rasa aku patut habiskan sisanya sebelum kau pula jadi mangsa."

"Mangsa? " Soal Syam seraya berdiri.

Dia berjalan ke arah tandas lelaki untuk membasuh muka kerana kepeningan. Namun, baru sahaja Syam mahu melangkah masuk tetapi telinganya terdengar perbualan dua orang lelaki di hadapan singki di dalam tandas.

"Dato' Azmi masih hidup. Lemah lemah macam tu pun masih hidup. Liat betul nyawa dia. Mustafa nak dia mati. Bagus juga tindak anak ayah letak dia dalam peti bilik mayat tu."

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now