BAB 69

591 46 11
                                        

Seorang guru lelaki sedang duduk sendirian di dalam bilik guru ketika waktu rehat jam 10:30 pagi. Dia tidak keluar untuk makan di kantin sekolah kerana dia sedang sibuk menanda kertas jawapan para pelajar bagi soalan kuiz subjek Sejarah.

"Amboi, Cikgu Rahim. Sibuk menanda kertas ujian sampai lupa waktu rehat. Pergilah rehat dulu. Nanti sambunglah kerja tu. Kalau lapar nanti, tak bersemangat pula nak mengajar dalam kelas nanti." Tegur seorang guru wanita yang berdiri di sebuah meja yang terletak bertentangan dengan meja Rahim. Guru wanita itu baru sahaja masuk ke dalam bilik guru tingkatan enam ini.

"Dah siap dah ni. Lepas ni ada kelas lagi. Saya kena siapkan semua kerja pagi ni kalau ada masa lapang sebab petang dan malam ni ada kelas tambahan lagi." Kata Rahim kepada guru wanita yang bernama Katrina.

"Rajinnya cikgu buat kelas tambahan siang malam. Saya buat kelas tambahan waktu petang pun dah cukup. Tak laratlah. Malam waktu rehat. Cikgu Rahim pun kena jaga kesihatan. Jangan asyik bekerja je." Ujarnya lalu duduk di atas kerusinya.

"Ya. Adik saya pun selalu membebel macam Cikgu Katrina juga. Tapi nak buat macam mana. Saya mengajar dua kelas. Pelajar ramai pula tu. Terpaksalah."

"Oh, ya. Saya baru ingat. Ada sesuatu yang saya nak tanya. Pelajar yang bernama Syam tu, okay tak dalam kelas?" Soalnya dengan serius kepada Rahim.

"Okay je. Cuma kadang-kadang tu dia tidur dalam kelas. Kalau dia dah tidur tu. Tak ada gunanya paksa dia bangun semula." Jawabnya.

"Sebab alter lain yang ambil alih badan dia dan duduk dalam kelas aku dengan muka bosan. Kalau si Aron tu. Dia pergi tandas. Terus tak masuk kelas sampai bunyi loceng balik sekolah. Kalau Erzen pula... Dia asyik tanya soalan pelik-pelik pasal Sejarah Jepun yang aku tak tahu. Nasib baiklah budak kecil hari tu tak masuk kelas aku. Huru-hara. Hancur kesabaran aku. Tapi setakat ni, aku tak pernah jumpa RaSIS lagi. Emy kata RaSIS akan muncul kalau situasi tak selamat dan agak bahaya." Monolognya.

"Cikgu Rahim. Cikgu Rahim."

Rahim tersedar daripada lamunannya. "Ah. Ya. Kenapa?"

"Cikgu ni mengelamun, ya? Saya cakap. Lagi 20 minit nak habis waktu rehat. Lebih baik cikgu pergi makan sekarang. Nanti lambat pergi ke kelas pula." Kata Cikgu Katrina kepada Rahim.

"Ya. Terima kasih sebab ingatkan. Tapi kenapa Cikgu Katrina tiba-tiba tanya pasal Syam?"

"Sebenarnya, saya ada dengar cerita pasal budak tu masa sekolah rendah dengan menegah dulu. Ni kawan-kawan saya yang beritahu. Deorang kata budak bernama Syam tu selalu buli senior. Biasanya dia cerdarakan pelajar-pelajar lain. Sampai ada yang masuk hospital dan ada juga yang meninggal dunia." Jelasnya kepada Rahim.

Tiba-tiba, sahaja Rahim berkata. "RaSIS."

"Ra... Racist?"

"Err... Tak ada apa-apalah. Tapi saya tak rasa Syam macam tu sebab keluarga dia pernah ceritakan masalah dia kepada saya. Jadi, dia tak akan ganggu orang lain kalau mereka tak ganggu dia." Kata Rahim dengan yakin.

"Cikgu!" Jerit seorang pelajar perempuan yang berlari masuk ke dalam bilik guru tersebut.

"Anita? Kenapa ni?" Soal Cikgu Katrina kepada pelajar kelasnya itu.

Pelajar untuk tercungap-cungap mengambil nafas sambil memberitahu sesuatu kepada Cikgu Katrina. "Tadi saya nampak Syam bergaduh dengan budak kelas kita dekat belakang makmal blok form six."

Rahim segera berdiri dan berlari keluar dari bilik guru tersebut. Cikgu Katrina juga melakukan hal yang sama. Anita pula berlari mengejar dua orang cikgu tersebut.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now