BAB 22

469 55 14
                                        

Wajah Encik Mustafa kelihatan marah ketika melihat berita kemalangan jalan raya yang berlaku pada pagi tadi. Dalam berita ini juga turut memberitahu bahawa kemalangan tersebut ada kaitannya dengan kes cubaan membunuh Dato' Azmi di festival Universiti Malaya. Namun, cubaan membunuh tersebut gagal. Sebaliknya, peluru yang dilepaskan tadi terkena pada sipi bahu kanan Raz ketika dia cuba menolak Dato' Azmi supaya tembakan tersebut tidak mengenai bapanya itu. Raz segera diberi rawatan kecemasan daripada unit kecemasan yang sememangnya sudah berada di kawasan Kompleks Perdana Siswa itu. Kemudian, Raz dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana luka tersebut memelukan proses jahitan.

Encik Mustafa bangun dari sofa dan berlalu pergi ke bilik tidurnya. Tingkah lakunya ini diperhatikan oleh isteri dan anak perempuannya.

"Ibu, kenapa dengan ayah?" Tanya anak perempuan tunggalnya, Fatimah Mustafa.

"Entahlah, nak. Ibu pun tak tahu." Jawab Puan Husnaini. Matanya dialihkan pada sebuah buku masakan yang dipegangnya sejak awal tadi.

Encik Mustafa menghempas tubuhnya di atas katil mewah miliknya. Wajahnya diraup menggunakan kedua-dua tapak tangannya lalu dia melepaskan jeritan amarahnya. Pandangannya tajam melihat ke arah siling biliknya.

"Tak guna. Kau terlepas lagi kali ini. Sungguh bernasib baik. Lepas ini aku sendiri akan bunuh kau, Azmi." Kata Encik Mustafa dalam hatinya. Sebiji bantal di baling ke arah almari pakaian yang terletak bertentangan dengan katilnya.

Sementara itu, Dato' Azmi pula baru sahaja pulang daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama-sama Raz dan Syam. Datin menerpa ke arah suaminya dan anak-anaknya sebaik sahaja pintu dibuka oleh Ash. Dia sangat risau selepas mendapat panggilan daripada Bray pada pagi tadi.

"Raz okay je, kan? Luka tak teruk, kan?" Soal datin sambil membelek-belek bahu Raz.

Ash pula menutup pintu rumah mereka.

"Luka ringan je mama." Jawab Raz dengan senyuman supaya ibunya tidak terlalu risau tentang dirinya itu.

Wajah Dato' Azmi kelihatan risau sejak kejadian tersebut berlaku. "Ada orang cuba bunuh abang tapi Raz yang kena sebab nak selamatkan abang." Jelasnya kepada isterinya.

"Apa? Ada orang nak bunuh sayang? Siapa? Kenapa? Apa sayang dah buat?" Soalan bertubi-tubi ditanya oleh datin kepada dato'.

Dato' Azmi berjalan ke arah sofa yang berada di ruang tamu diikuti oleh mereka berempat. Dato' Azmi duduk di atas sebuah sofa yang terletak bertentangan dengan televisyen. Hati Dato' Azmi tidak tenang ketika memikirkan sesuatu yang bakal berlaku kepada keluarganya.

Manakala, Syam pula duduk di atas sebuah sofa yang terletak di sebelah kanan sofa yang diduduki oleh Dato' Azmi. Dia pejamkan mata sebaik sahaja dia duduk di atas sofa tersebut. Hal ini demikian kerana kepalanya terasa sakit dan kepeningan selepas melaksanakan tugasannya seharian di Universiti Malaya. Tambahan pula, hanya ada dia, dua orang rakan baiknya, tiga orang penulis novel yang ikut serta dan seorang pekerja A'm St. Holding yang menguruskan booth buku tersebut. Dato' Azmi pula menemani Raz ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Raz dan Ash pula duduk bertentangan dengan Syam. Mereka semua berkumpul di sini untuk mendengar penjelasan daripada Dato' Azmi terhadap situasi yang mereka telah hadapi itu.

"Abang pun tak tahu. Sejak akhir-akhir ini ada saja yang mahu bunuh abang. Hari tu di pejabat. Hari ni di festival. Lepas ini entah di mana pula. Abang takut mereka aim keluarga kita saja. Abang tak tahu di mana salah abang selama ini?" Kata Dato' Azmi kepada isterinya.

Datin memeluk leher Dato' Azmi dari belakang. "Jangan tinggalkan saya."

Raz, Ash dan Syam yang menyaksikan kejadian tersebut turut kelihatan sayu. "Siapa yang  cuba bunuh papa?" Soal mereka kepada diri sendiri.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now