BAB 42

402 49 6
                                        

Sebuah kereta telah tersadai di tepi jalan berhampiran dengan hutan dan sawah padi. Ketika ini Ash sedang mengibas-ngibas asap yang keluar daripada tangki air di ruangan enjin kereta. Raz pula menelefon Azizul di dalam kereta. Pada masa yang sama Syam melihat suasana sawah padi di waktu malam sambil bersandar pada pintu kanan kereta penumpang belakang.

"Cantiknya sawah. The real sawah padi depan mata." Kata Syam sambil mengambil gambar sawah padi menggunakan kamera telefonnya.

"Abang. Macam mana?" Tanya Ash kepada Raz apabila melihat Raz keluar dari perut kereta.

"Kejap lagi dia sampai dengan mekanik." Jawabnya.

"Kenapalah dekat hutan juga kereta ni nak rosak?" Bebel Ash dalam hatinya.

"Syam." Panggil Raz seraya menghampiri adik bongsunya. Syam melihat ke arah Raz sambil memegang telefon dalam keadaan kamera rakaman.

Kamera dihalakan ke arah wajah Raz. "Ya. Kenapa?"

"Syam buat apa tu?"

"Rakam video sawah padi." Jawabnya.

"Ish, janganlah rakam malam-malam macam ni. Tak elok. Dah la dekat kawasan hutan ni." Raz melarang Syam membuat rakaman tersebut.

"Tapi sawah tu cantik. Dekat Kuala Lumpur susah la nak cari sawah padi." Rakaman diteruskan. Kamera dihalakan ke arah sawah padi sekali lagi.

Ketika ini, suasana yang gelap sangat sesuai untuk sesuatu terjadi tanpa diduga. Satu das tembakan telah dilepaskan dari arah hutan terus pada enjin kereta milik Ash. Kelihatan cebisan api kecil pada enjin kereta tersebut. Ash panik.

"Abang Raz! Syam! Lari! Kereta nak meletup." Jerit Ash sambil berlari ke arah sawah padi.

Mereka yang mendengar perkataan 'meletup' terus berlari ke arah yang sama. Masing-masing berendam dalam sawah padi. Kereta meletup dan terbakar. Kemudian, mereka bertiga berenang sehingga ke tepi batas sawah padi. Syam pejam mata serapat-rapatnya sebaik sahaja dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia berada dalam keadaan sangat terkejut dan ketakutan.

"Kereta aku. Berani dia tembak kereta aku. Ingat senang ke nak dapat. Puas tau aku pujuk papa." Ash menangis.

"Dia dah melampau. Cuba nak bunuh kita semua." Kata Raz yang termengah-mengah.

Syam menumbuk batas tersebut sebelum dia naik ke atasnya. "Ni dah melebihi. Dia dah tambah target. Aku tak boleh duduk diam je. Aku kena selesaikan semua ni. Aku nak tahu, siapa dia dan motif dia sebenarnya."

"Tapi Erzen, kau nak selesaikan semua ni macam mana? Pedang kau dekat rumah." Soal Raz seraya naik ke atas batas diikuti oleh Ash.

"Tak ada pedang. Keris pun boleh. Tak ada keris. Pen pun boleh. Tapi pen tak mencabar." Kata Erzen.

"Mana kau nak dapatkan keris?" Soal Ash pula.

"Pada beg galas Syam ada keris. Nanti aku asah bagi tajam."

"Keris? Key chain yang dia beli dekat INTAN itu? Leper. Warna silver macam besi betul. Tapi betul ke besi?" Raz mempersoalkan hal tersebut kepada Erzen.

"Nanti kita tengok. Betul besi atau tak. Kalau tak... Terpaksalah guna pisau dapur mak si Azizul tu." Kata Erzen.

Sebuah motor dan sebuah kereta tiba jauh dari kawasan kebakaran. Raz melambaikan tangan ke arah mereka. Azizul menongkatkan motornya lalu berlari ke arah mereka. Mereka bertiga berjalan menghampiri Azizul dan seorang jejaka yang mereka tidak kenali.

"Wei, korang okay ke? Kenapa kereta terbakar?" Soal Azizul kepada mereka dalam keadaan cemas.

"Kami okay. Entah la. Litar pintas kot." Jawab Ash. Walhal yang menjawab tu sebenarnya telah mendengar sesuatu seperti bunyi besi berlagar dengan besi dan melihat sendiri peluru pada enjin keretanya.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now