BAB 23

420 51 4
                                    

Dato' Azmi sekeluarga pergi ke rumah Encik Mustafa iaitu abang kepada Dato' Azmi. Malam ini mereka sekeluarga dijemput ke majlis hari lahir anak tunggal mereka, Fatimah Mustafa.

Syam duduk sendirian di sebuah meja yang dipenuhi dengan makanan pencuci mulut. Banyak dan pelbagai. Kaya benar pakcik Syam ini. Mata Syam dari tadi asyik melihat ke arah Dato' Azmi dan Encik Mustafa. Entah apa yang menarik perhatianya ketika ini. Manakala, Raz pula sibuk berbual dengan Fatimah. Entah apa yang diketawakan oleh mereka berdua. Ash pula sedang menikmati kek coklat dalam piringnya. Ini sudah kali ketiga dia makan kek. Tambahan pula dilayan oleh seorang gadis cantik. Entah siapalah minah itu.

Kemudian, Syam mengatur langkah menuju ke arah tingkap rumah tersebut. Dia mengintai di sebalik langsir biar pun tingkap tersebut tidak ditutupi langsir sepenuhnya. Dilihatnya ke arah sebuah kereta yang baru berhenti di seberang jalan rumah ini. Tingkap kereta diturunkan. Jelas dapat dilihat oleh Syam sepucuk pistol keluar dari tingkap kereta tersebut. Kemudian, pandangannya melihat ke arah bertentangan dengan tingkap.

Matanya terbuntang melihat siapa sasaran si penembak di dalam kereta tersebut. "Papa?"

Syam bergegas ke arah Dato' Azmi. Telefon bimbit dia dikeluarkan dari poket seluar jean bahagian kanan. Selepas itu, diletakkan pada telinga kanannya. "Papa. Papa. Ada orang call nak cakap dengan papa." Kata Syam lalu memberi telefon tersebut kepada Dato' Azmi.

Tangan Dato' Azmi ditariknya. "Sinilah. Sana bising. Tak dengar nanti." Kata Syam kepada Dato' Azmi. Dato' Hanya menuruti.

Mereka berdua duduk di penjuru ruang tamu tersebut. "Hello?" Sapa Dato' Azmi.

"Hello, dato'." Kata Syam lalu ketawa.

Dato' Azmi melihat Syam dengan perasaan tidak puas hati. Telefon kembali diserahkan kepada Syam. Syam tersengih-sengih. Jari-jemarinya pantas menaip sesuatu pada mesej dan dihantar kepada Dato' Azmi. Dato' Azmi segera mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket seluar slet hitam di bahagian kanan. Dibacanya mesej tersebut.

'Ada orang sedang perhatikan papa di luar sana. Betul dengan tingkap. Dia pegang pistol dan acukan ke arah papa. Sebab itu Syam tarik papa ke sini. Hati-hati.'

Dato' Azmi menarik nafas panjang dan menghembusnya. Dilihatnya ke arah Syam. "Syam?" Syam senyum. "Aron?" Syam ketawa lalu mengangkat tabik hormat dan tersengih-sengih.

"Tak sangka pakcik kenal saya." Kata Aron.

Dato' Azmi melihat leher baju kemeja Syam yang terbuka itu. "Baju tu. Baju. Jangan nak dedah sangat dada tu." Kritik Dato' Azmi. Aron segera butangkan bajunya.

Raz yang tadi sibuk berbual dengan Fatimah terlihat ke arah Syam dan Dato' Azmi. Hatinya rasa tidak sedap apabila melihat gelagat pelik Syam. "Aron Raiz? Apa sebabnya dia keluar?"

Pada ketika ini, Encik Mustafa menerima panggilan daripada seseorang. Dia menjawabnya di tepi dinding. "Kenapa lambat sangat?" Soalnya kepada si pemanggil.

Aron melihat ke arah Encik Mustafa. Matanya ditajamkan. Pendengarannya cuba fokus kepada perbualan Encik Mustafa dengan mengabaikan suasana bising di dalam rumah ini. Raz dan Ash pula melihat ke arah adik bongsu mereka serta bapa mereka di sudut tersebut. Kemudian, masing-masing melihat ke arah mata Syam melihat. Encik Mustafa.

Syam yang kini ialah Aron senyum sinis dan berkata. "BINGO."

"Aron? Kenapa senyum sorang-sorang ni?" Tanya Dato' Azmi sambil memandang hairan ke arah Aron.

Aron garu kepalanya yang tidak gatal. Dia ketawa. "Tak ada apa-apa."

"Dah kenapa budak ni?" Fikir Dato' Azmi.

Raz dan Ash hampir serentak berbicara dalam hati. "Aron gila. Ketawa tak tentu pasal."

"Kenapa dengan Syam tu? Apa dia bincang dengan pakcik sampai seronok ketawa?" Soal Fatimah kepada Raz.

"Entah la. Hal novel agaknya. Syam dengan papa selalu bincang hal-hal novel je. Tak payah kisah sangatlah." Kata Raz kepada Fatimah.

"Ya la. Syam novelis terkenal." Fatimah mengakuinya. Jus oren yang berada di atas meja berhampiran dicapainya dengan menggunakan tangan kanannya.

"Fatimah pun apa kurangnya. Seorang pelukis yang hebat. Selalu dapat anugerah kalau masuk pertandingan." Kata Raz untuk menaikkan semangat sepupunya itu.

Fatimah ketawa. Bahu Raz ditampar lembut. "Ada ada je la Abang Raz ni."

Encik Mustafa pergi mendapatkan Dato' Azmi di sudut tersebut. "Ada masalah ke?" Soalnya kepada mereka berdua.

"Tak ada apa. Hal pejabat je." Dalih Dato' Azmi. Aron hanya buat-buat senyum.

"Papa, Syam nak ke tandas sekejap. Banyak minum air sejuk tadi. Rasa nak terkencing." Kata Aron kepada Dato' Azmi.

"Yalah. Jangan lama sangat. Kita dah nak balik ni." Kata Dato' Azmi.

"Okay, papa." Kata Aron sebelum berlalu pergi.

"Awalnya balik. Makanan banyak lagi ni." Kata Encik Mustafa.

"Esok kerja. Ada meeting." Jelasnya.

Ketika ini Aron merayap ke kawasan tangga menuju ke tingkat atas. Hal ini demikian kerana tandas terletak berhampiran kawasan dapur dan perlu lalui kawasan tangga ke tingkat atas. Perlahan-lahan Aron menapak naik ke tingkat atas setelah keadaan selamat dicerobohi.

Kini, Aron berdiri di hadapan sebuah bilik yang di hadapan pintunya tertera sebuah papan kecil. 'Ibu dan Ayah'. Bilik di sebelah kanannya pula tertera nama 'Fatimah' pada sebuah papan kecil.

Aron mencapai sapu tangan dari dalam poket kemeja kirinya lalu memulas tombol pintu. Dia mulakan langkah kanan masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu ditutup.

"Wangi." katanya seraya menghidu bau aroma lavenda di dalam bilik tersebut.

Langkahnya diatur ke arah katil. Matanya melilau mencari sesuatu dalam gelap dan hanya ada biasan cahaya lampu neon dari luar rumah. Aron tersengih melihat sesuatu. Entah apa yang dia nampak di sebalik almari pakaian itu.

Satu das tembakan kedengaran jelas di luar rumah. Masing-masing panik. Encik Mustafa segera membuka pintu dan melihat apa yang terjadi. Tiba-tiba, kereta di seberang jalan itu meletup sekelip mata. Namun, sempat dia menutup pintu rumah.

Aron yang berada di atas bumbung tersenyum bangga. "Nice." Colt M4 disimpan kembali ke dalam beg khas. Dengan selambernya dia berlalu pergi ke tempat asal senjata itu diambilnya tadi.

A.K.U : DISSOCIATIVE IDENTITY DISORDERWhere stories live. Discover now