Tragedy!

7.3K 307 45
                                    

Gempa: Kenapa diorang lambat ni?

Gempa merungut sambil mengembungkan pipinya. Dia melihat kereta yang lalu-lalang di hadapannya. Atau lebih tepat di hadapan pondok bas bersebelahan pagar sekolahnya. Iris Gempa yang bersinar itu terlindung dengan awan yang gelap dan mendung.

Gempa mendongak ke langit. Melihat awan-awan yang tebal dan kelabu. Entah kenapa hatinya rasa cukup tidak sedap hati. Dirinya hanya memikirkan ibu bapanya sahaja.

'Mana ibu dengan ayah ni? Kata ambil awal...'

Gempa melihat jam tangan yang dipakainya. Jam lewat 4 petang. Sepatutnya remaja seperti Gempa sudah balik awal 2 petang tadi. Tapi sudah 2 jam menunggu Gempa masih belum nampak kelibat kereta ayahnya.

Piin! Piinn!!

Gempa tersontak dan pantas memalingkan wajahnya ke kiri. Terlihat kereta berwarna putih ada di situ. Gempa pantas tersenyum lalu mengorak langkah berlari mendekati kereta tersebut.

Sebaik sahaja tiba, Gempa membuka pintu kereta itu lalu memasuki perut kereta tadi. Dengan perlahan, kereta putih berkilat itu mula bergerak dari kawasan sekolah menengah itu.

Gempa: Kenapa ibu dan ayah lambat?

Ibu: Maaf ya, sayang? Tadi jalan sesak kerana ada kemalangan berlaku.

Gempa: Kemalangan?

Ibu: Iya, banyak sangat kereta saling berlanggaran. Ibu juga takut melihatnya.

Gempa memandang ke arah ibunya dengan pandangan takut. Akalnya tidak dapat membayangkan betapa sadisnya kemalangan itu. Gempa menoleh ke arah ayahnya yang sedang memandu.

Gempa: Betul ke ayah?

Ayah: Hm. Takpelah. Janji ayah dan ibu selamat sampai dan ambil Gempa, kan?

Gempa tersenyum dan mengangguk. Dari dalam kereta, Gempa tiba-tiba terdengar bunyi titisan-titisan air yang semakin kuat. Gempa menoleh ke sisi dan dari dalam, Gempa dapat melihat betapa lebatnya hujan di luar sana.

Pandangan Gempa menjadi sayu. Entah kenapa di dalam hatinya cukup membencikan hujan. Mungkin kerana membuat penglihatan kabur? Mungkin kerana bakal membasahi dan memperlahankan aktiviti orang yang tidak berkenderaan empat roda?

'Huuhh... hujan turun dengan lebat sekali.'

Gempa berdiam diri sambil menatap air hujan yang mengalir dari luar tingkap. Membiarkan ibu ayahnya sedang berbual berduaan.

˙»˚●˚○★○˚●˚«˙

Kini kereta yang dinaiki oleh Gempa bersama ibu ayahnya sudah tiba di kawasan simpang empat yang mana mempunyai trafik light sebagai pengurus kenderaan yang lalu-lalang.

Gempa melihat banyak penunggang motorsikal yang sering melanggar peraturan jalan raya. Dia juga tidak suka akan orang yang tidak pernah mematuhi undang-undang. Baginya itu merupakan kesalahan yang berat!

Kini lampu trafik di bahagian kereta Gempa sudah menunjukkan warna hijau. Ayah Gempa melepaskan pedal dan mula bergerak perlahan ke hadapan.

Gempa memandang ke hadapan sebelum dia sedari, dari arah kiri kenderaannya, ada sebuah lori yang seakan-akan hilang kawalan dan menggelungsur ke arah kereta yang dinaiki oleh Gempa dan ibu ayahnya.

Mata Gempa membutang.

Gempa: Ibu!! Ayah!!

DGANG!!

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now