Get Out or Go Away!

3.4K 272 81
                                    

Di dalam bilik Solar, Thorn menghulurkan tabung uji tadi kepada Gempa. Gempa menerimanya dan memegangnya dengan hati-hati. Teringat pula yang kali terkahir dia buat eksperimen bersama cikgunya dulu. Rindu sekolah lama.

???: APA YANG KORANG BUAT KAT SINI HAH?!!

Taufan: Alamak!

Gempa: Hah?!

PRANG!!

Dengan cara tidak sengaja Gempa terlepaskan tabung uji tadi dan ia jatuh ke lantai. Bunyi pecahan kaca mengejutkan penghuni di dalam bilik tersebut. Thorn memandang ke arah suara yang menjerkah mereka tadi.

Thorn: Solar! Kenapa kau tiba-tiba masuk ni??

Solar: Aku yang patut tanya! Apa yang korang buat ni?! Hah?! E-eksperimen aku!!

Gempa: Solar! Maaf! S-saya tak sengaja!!

Solar mempedulikan Gempa dan Thorn. Dia terus berjalan menghampiri mereka dan melihat hasil eksperimennya yang telah rosak dan tabung ujinya telah pecah di atas lantai. Solar terduduk lemah sambil menatap kecewa.

Kedua belah tangan Solar digenggam erat. Solar mengetap giginya geram.

Solar: Apa... APA YANG KORANG SEMUA DAH BUAT HAH?!!

Dengan penuh amarah Solar menjerit. Keempat-empat yang lain mula tertunduk kesal menatap lantai. Mereka semua diam disaat Solar memandang ke arah mereka dengan amarah.

Gempa: M-maafkan kami Solar. Tapi ini salah saya! Saya yang terlepaskan tabung tadi!

Thorn: Tak! Ini salah Thorn! Thorn yang berikannya kepada Gempa tadi!

Taufan: Bukan Solar! Aku yang bersalah! Aku yang tak halang diorang!

Blaze: Semuanya salah diorang Solar! Bukan aku! Aku tak terlibat pun!

Taufan: Woi!

Taufan menjeling ke arah Blaze geram. Blaze pula hanya tertawa kekok. Solar mendengus geram.

Solar: Apa aku peduli ini salah siapa!? Korang semua dah hancurkan eksperimen aku!!

Gempa berjalan mendekati Solar.

Gempa: Maaf Solar! Saya janji saya akan ganti bahan yang awak dah buat!

Solar: Barang ni bukannya murah!! Aku ambil masa nak hasilkannya tau tak?! Orang miskin dan yatim piatu macam kau ni mampu ke nak ganti hah?!!

Taufan: Gasp! Solar!

Solar tersedar akan kata-katanya. Dia memandang ke arah Gempa yang diam kaku sambil menundukkan kepalanya.

Solar: Ckh, b-bukan salah aku! Kau yang masuk dulu bilik aku! Sudah! Keluar sekarang!

Gempa: ...

Solar: Keluar aku kata!!

Gempa tersontak terkejut namun dia tidak membalas apa-apa. Gempa tanpa membuang masa terus keluar daripada bilik Solar tanpa sedikitpun berpaling ke belakang.

Thorn: Eh?! Gempa!

Tak sempat Thorn mahu menghentikan Gempa, dia sudah hilang dari pandangan. Taufan menghela nafas. Dia melirik ke arah Solar.

Taufan: Kau ni, kalau nak marah sekali pun tak payah lah berkasar sampai macam tu sekali!

Solar: Peduli apa aku? Dia yang masuk bilik aku tanpa kebenaran kan?

Thorn: Tapi ini bukan salah Gempa!

Blaze: Ha'a! Kau tak boleh main redah je nak marah Gempa!

Solar: Apa aku kisah?! Sudah! Korang bertiga pun keluar dari bilik aku! Sekarang!

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now