Little Did You Know..

2.5K 247 51
                                    

PERHATIAN!

Sila mainkan muzik di atas untuk lebih mendalami chapter kali ini!
.
Author tak tahu kesedihannya sampai ataupun tidak tapi di sini kita akan throwback kembali tentang memory Gempa.
.
Harap semua enjoy! ^^
.
.
.

Di rumah Fang. Malam itu jam 3 pagi, Gempa termimpikan situasi yang sama yang pernah dan telah terjadi ke atasnya. Badannya mula berpeluh panik.

Gempa's POV

'Aku kat mana? Sini kat mana? Apa aku buat dekat sini? '

Aku melihat keadaan sekitarku. Terangnya. Diri aku seolah-olah tenggelam kerana dikelilingi oleh warna cahaya putih yang banyak. Aku dapat merasakan bahawa wajah aku berkerut. Aku hairan dengan tempat aku sedang berdiri sekarang. Sungguh! Aku dekat mana ni?!

???: Kat mana diorang ni..?

Aku menolehkan wajahku ke arah sumber suara tadi. Aku macam pernah dengar suara itu. Dan aku dapat melihat, itu adalah diri aku. Dan aku yang berada di sana sedang memakai baju sekolah lama aku dan sedang menunggu sesuatu di pondok bas di tepi sekolah.

'Tunggu, jangan cakap yang ini adalah situasi kali terakhir mak ayah aku-'

Seketika kemudian aku dikejutkan pula dengan bunyi hon kenderaan. Aku pantas menoleh dan melihat kenderaan ayah aku berhenti di sana. Jantung aku berdegup. Aku dapat merasakannya.

Ibu...
Ayah...

Wajah aku memucat. Aku melihat sahaja situasi di mana aku berjalan masuk ke dalam kereta milik ayahku dan kereta tersebut berlalu pergi.

Air mataku mula mengalir keluar. Ingatanku mula memanggil kembali memoriku yang mana tragedi yang pernah berlaku ke atas keluargaku dahulu. Dan sekarang, ibarat rakaman filem, ia sedang dimainkan dan ditayangkan di hadapan aku sendiri.

Aku dapat melihat kereta milik ayah kini sedang berhenti di kawasan lampu isyarat. Jantung aku semakin berdegup. Di sini... Di sinilah berlakunya kejadian yang tak kami sangkakannya untuk berlaku.

Tanpa aku sedari, kaki aku mula bergerak sendiri. Aku berlari untuk mengejar kereta ayahku. Aku ingin memberitahu ayah, jangan bergerak! Jangan teruskan memandu! Jangan!

PIIIINNNNN!!

Gempa: TIDAAAAAKKK!!!

GANG!!

Seperti masa yang diputarkan secara perlahan-lahan, aku dapat melihat dengan mata aku sendiri...

Gempa: Tidak...

Kereta kami melambung tinggi. Ia berpusing dan akhirnya jatuh ke atas jalan.

Situasi mula menjadi senyap. Aku pula sudah rebah ke atas jalan. Tidak... Aku gagal? Aku gagal menghentikannya? Aku gagal melindungi ibubapa aku? Aku gagal? Mereka memang mati?

Aku ternampak diri aku yang sedang terbaring lemah di atas jalan. Diri aku yang berada di sana sedang melihat ke arah ibubapa aku. Aku mula menangis.

Gempa: Isk.. Isk... Tidak...

Aku jatuh terduduk. Tidak.. Ini hanyalah mimpi ngeri...

Gempa: Mak... Ayah...

???: TAK PAYAH NAK BERPURA-PURA LAH!!!

Aku terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi suara jeritan seseorang. Pantas aku mendongak dan melihat situasi di hadapan aku bukan situasi yang tadi lagi. Ia kini menjadi situasi di rumah Tok Aba. Lebih tepatnya di pintu rumah.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now