Take You Home

2.4K 243 53
                                    

Gempa memandang ke arah Halilintar yang kini nyatanya dia sudah basah kuyup di bawah hujan yang lebat. Dia pun segera bangun dan menunggu Halilintar tiba di bawah pondok bas tersebut. Jelas terpancar di wajahnya bahawa betapa risaunya dia melihat keadaan Halilintar sebegitu rupa.

Gempa: Halilintar, k-kenapa awak ada dekat sini?

Halilintar masuk ke bawah pondok bas lalu terduduk kerana kelelahan. Nafasnya tercungap-cungap dan tidak teratur kerana kelelahan berlari tadi.

Hali: Haa.. Haa... Bengap ke? Ha... Aku cari kau lah.

Deg!

Gempa: C-cari saya?

Halilintar menundukkan wajahnya lalu dia pun mengusap mukanya yang kebasahan kerana terkena air hujan. Dia mengabaikan pandangan Gempa ke atasnya walaupun dia tahu Gempa masih sedang memandang ke arahnya.

Sementara itu, Kaizo yang berada di belakang mereka mula melihat keadaan mereka berdua. Dia pun menarik kain baju Gempa untuk meminta Gempa menoleh ke arahnya.

Gempa pun menoleh.

Kaizo: Itu abang kamu, kan? Halilintar.

Gempa kelihatan was-was untuk menjawab. Sebenarnya dia tidak pasti. Dia tidak pasti bahawa adakah benar nanti Halilintar akan menjadi abang angkatnya? Walaupun dia sendiri mendapat berita daripada Tok Aba yang menyatakan bahawa ibubapa kembar 6 itu ingin mengambilnya sebagai anak angkat, tetapi dia tidak pernah terfikir pun sama ada hal itu betul ataupun tidak.

Gempa: S-saya juga tak pasti, bang.

Kaizo mengangguk faham. Selepas itu dia melihat semula ke arah Halilintar.

Kaizo: Kamu datang nak ambil Gempa ke?

Halilintar menoleh ke arah Kaizo. Lalu dia pun mengangguk.

Kaizo: Baiklah, kalau macam tu abang tak boleh dekat dah.

Gempa memandang ke arah Kaizo dengan pandangan yang pelik. Jelas terpancar raut wajahnya bahawa dia hairan dengan apa yang baru sahaja diperkatakan oleh Kaizo sebentar tadi.

Gempa: Apa maksud abang?

Kaizo: Hmm... Takdelah. Mungkin kamu tak perlu tahu. Tengok, hujan pun dah berhenti.

Serentak Halilintar dan Gempa mendongak ke langit. Betul. Hujan yang tadinya lebat kini sudah tidak dilihat. Langit yang awalnya berawan mendung dan kelabu kini mula memancarkan cahaya mentari petang yang indah. Cantik betul mata memandang.

Gempa: Woaah! Cantiknya!

Hali: Ceh, cuaca cerah je pun. Dah lah! Mari balik!

Gempa: Eh?! T-tapi-!

Kaizo: Ok, kamu berdua boleh dipersilakan untuk pergi~

Gempa: Eehh?!

Gempa menoleh ke arah Kaizo. Wajahnya jelas menunjukkan tidak percaya bahawa Kaizo boleh sahaja lepaskan mereka dengan mudah. Ibarat seorang abang yang membiarkan sahaja adiknya mengikut lelaki yang menyukai adiknya itu. Macam tulah ibaratnya. Kot?

Kaizo: Ah, tapi sebelum tu. Hali!

Halilintar menoleh. Dia sebenarnya sudah lama menahan geram di dalam hatinya di saat melihat keadaan Kaizo dan Gempa tadi. Mereka berdua seolah-olah tiada apa-apa masalah pula sewaktu Halilintar ternampak mereka di bawah pondok bas bersama-sama. Padahal malam minggu yang lalu mereka hampir sahaja... Ah, Halilintar malas mengingatinya.

Kaizo: 'Adik' kamu tak pakai kasut tu! Jadi, sebagai abang pandai-pandai kamulah bawa dia ke rumah dengan baik, ya?

Kaizo melemparkan senyuman bermakna nya ke arah Halilintar. Seolah-olah ingin menyampaikan satu 'mesej' kepada remaja itu. Manakala bagi pihak Halilintar pula, dia seolah-olah faham pula apa yang dimaksudkan oleh Kaizo. Tapi ada satu sahaja yang dia tidak faham.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now