Knowing You (Part 4)

2.9K 265 20
                                    

Ais: Mesyuarat Agung PIBG apa yang korang buat dekat sini?

Thorn: Abang Ais! Tadi Abang Hali gaduh!! Kesian Abang Hali! Abang Ais ada nampak dia??

Ais memandang lama ke arah adiknya. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya. Melihat respon abangnya yang walaupun lambat membuatnya mengeluh kecewa.

Gempa: Ais, masuklah. Kita berbual-bual. Saya teringin nak kenal korang semua lebih rapat!

Melihat Ais yang seolah-olah tertunggu untuk mendapat pelawaan masuk, Gempa pun segera mempelawanya beserta pakej senyuman ramahnya. Ais, Taufan dan Thorn terkedu melihat senyuman Gempa itu dan mereka dalam diam berdehem serentak.

•_°•°•💖(❁´▽'❁)💖•°•°_•

Taufan: Gem, share lah dekat kitorang tentang kehidupan kau. Kami teringin nak tahu.

Setelah penat menceritakan ceritanya, Taufan mula ingin mencukil kisah Gempa sebelum dia datang. Gempa hanya tersenyum sahaja mendengarnya.
Dalam pada masa yang sama, Thorn dan Ais ternampak sebuah buku album yang pastinya milik Gempa. Mereka pun segera mengambilnya lalu membukanya. Perbuatan mereka berdua disedari oleh Taufan dan Gempa. Pantas Taufan panik dan menghampiri mereka lalu mengetuk kepala mereka berdua.

Taufan: Hoy!! Itu barang Gempa lah! Apahal korang ambil tengok pulak?!

Thorn: Aduhh... T-tapi Thorn nak tengok, bang!

Taufan: Privasi tu jaga lah!!

Gempa ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah comel mereka 3 beradik. Dia pun segera memanggil mereka bertiga supaya mendekatinya semula. Mereka agak serba salah ingin mendekati Gempa namum mereka ikutkan sahaja.

Gempa menerima huluran buku album tersebut dari Ais. Sambil-sambil itu, Ais sempat meletakkan kepalanya di atas paha Gempa untuk dijadikan bantal.

Thorn: Ah! Abang Ais curang!! Mana aci!!
Taufan: Woi! Woi!! Kesian Gempa lah!!

Gempa: Ahahaha! Takpe, takpe! Saya tak kisah.

Gempa membelai kepala Ais yang ditutupi oleh topi birunya. Dia kemudian memfokuskan diri pada buku album di tangannya pula. Tatapan ceria Gempa mula berubah menjadi sayu kembali.

Gempa: Ini adalah buku album dan... Harta terakhir saya bersama arwah ibu dan ayah saya. Banyak kenangan saya bersama mereka di dalam ni...

Gempa membuka lembaran pertama. Dapat dilihat gambar yang sama sewaktu dia buka suatu ketika dahulu. Gambar dia bersama ibu ayahnya. Seulas senyuman nipis muncul di bibir merah Gempa.

Gempa: Inilah ibu dan ayah saya. Atau korang boleh katakan... Anak kandung Tok Aba? Ayah saya ialah satu-satunya anak kandung Tok Aba. Dia belajar biasa-biasa saja tapi pekerjaannya cukup membantu menguruskan kami sekeluarga.

Taufan menjeling ke arah wajah ayah Gempa. Memang jelas kelihatan miripnya wajah ayah Gempa dengan Tok Aba.

Thorn: Keluarga Gempa nampak ceria betul waktu ni.

Gempa: Hm! Sebab... Waktu tu saya dapat tahu yang... Saya bakal dapat adik.
Seketika suasana menjadi suram dengan tiba-tiba. Taufan dan Thorn saling bertatapan. Ais pula hanya mendengarnya. Terdetik di dalam hati mereka bertiga perasaan simpati.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now