Forgiveness (Part 2)

2.4K 255 83
                                    

Di meja makan, kelihatan yang lain sedang menikmati sarapan mereka dengan tenang. Mereka makan tanpa bersuara kerana tiada sesiapa pun yang ingin memulakan perbualan. Walaupun kebiasaannya Taufan ataupun Blaze yang akan mula berbual, tapi kali ini mereka berdiam diri sahaja.

Ya, ia tidak lain dan tidak bukan kerana keadaan Thorn. Taufan dan Blaze, sebagai abang kembar Thorn yang paling dekat sudah tentu risau dengan keadaan adik kembar mereka yang muncung sahaja sejak tadi. Namun, mereka agak khuatir untuk bertanya kerana takut adik mereka itu akan rasa tak selesa dengan soalan mereka. Yelah, mereka kadang-kadang mulut tu takde insurans.

Sementara itu, Solar yang duduk di sebelah Thorn juga tidak kalah merisaukan abang kembarnya itu. Dia meletakkan sudu di dalam pinggan dan menepuk bahu Thorn dengan lembut.

Solar: Abang Thorn, cheer up lah sikit. Tak payah lah nak risaukan sangat tentang apa yang abang fikirkan tu. Semuanya akan baik-baik saja, ok?

Thorn mula meletakkan sudunya di dalam pinggan miliknya. Satu desahan kecil keluar dari belah bibirnya. Thorn memegang kedua belah tangannya dan keduanya digenggam erat antara satu sama lain.

Thorn: Tak boleh... Thorn risau dengan Gemgem. Dia mesti tak sarapan lagi, kan? Mesti dia lapar, kan?

Taufan: Alah, takpe Thorn. Nanti kita bawalah makanan untuk dia. Aku yakin yang dia akan makan punya!

Blaze: Ha'a! Kau tak payah lah risau sangat. Apa kata kita-

Hali: Apahal korang nak risaukan dia, hah?

Suasana mula menjadi senyap sebaik sahaja Halilintar membuka suaranya. Adik-adik Halilintar yang ada di situ mula saling memandang antara satu sama lain. Mereka terdiam. Selepas itu, mereka pun mula meneruskan aktiviti makan mereka yang sempat tergendala tadi. Semuanya mula makan seolah-olah mereka tidak mendengar apa yang barusan dikatakan oleh Halilintar sebentar tadi.

Halilintar yang menerima layanan acuh tak acuh dari adik-adiknya mula terasa jengkel.
Hali: Apahal senyap? Aku tanya kan tadi? Semua kat sini pekak ke?

Thorn menjeling Halilintar dalam diam dan dia berbisik perlahan.

Thorn: Dah asyik menjerit macam orang tak siuman memanglah orang akan pekak.

Halilintar terus memberikan jelingan tajam ke arah Thorn. Dia mendengar apa yang dikatakan oleh Thorn tadi. Dan dia sangat geram akannya.

Hali: Apa kau kata tadi, Thorn?

Thorn terus senyap. Dia terus menghabiskan makanannya dan bangun dari tempatnya lalu segera beredar dari sana. Dia meninggalkan suasana tegang di ruang dapur tersebut tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

Hali: Thorn! Aku tak habis cakap dengan kau lagi!

Thorn mengabaikannya. Dia terus naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya.

BHAM!

Bunyi pintu bilik dihempas kedengaran begitu kuat sekali dari tingkat atas. Taufan mengigit bibirnya bawahnya. Nasib baiklah Tok Aba sedang berada di gerai sekarang, jadi Tok Aba tidak dapat menyaksikan situasi ini sekarang. Dan Taufan yakin, Tok Aba tidak akan menyukainya.

ⓗⓐⓟⓟⓨ💕💐💕ⓗⓐⓟⓟⓨ

Halilintar melabuhkan punggunya di atas kerusi sofa. Tengahari itu dia rasa sangat letih kerana dia sudah menolong Tok Aba mengangkat barang-barang dan membaiki beberapa perkakas dapur di gerai Tok Aba yang agak mengalami kerosakan. Dia dikira nasib baik kerana dia diberikan rehat oleh Tok Aba. Jadi sekurang-kurangnya dia boleh hilangkan penatnya di rumah.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now