Hurry!

2.6K 232 54
                                    

Berlari. Itu sahaja yang dapat Halilintar lakukan sekarang. Dia mahu berhenti dan menjerit kerana dia dapat merasakan badannya sedang berada di luar kawalan. Tetapi dia tidak mampu. Segala apa yang berada di dalam fikirannya sungguh jauh berbeza dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.

Tadi Halilintar baru sahaja bergaduh dengan Gempa dan seterusnya adik-beradiknya. Dia membuatkan Tok Aba kecewa dengannya dan dia tahu akan hal itu. Dia juga menyalahkan segalanya kepada Gempa. Ya, dia benci Gempa. Dia sangat bencikan Gempa.

Jadi kenapa? Kenapa sekarang dia sedang berlari untuk mencari Gempa? Selepas mendapat tahu bahawa Gempa telah lari keluar dari rumah dan kini sedang menginap di rumah Fang, kenapa dia risaukan Gempa pula?

'Ckh! Walaupun aku tak tahu kenapa dengan diri aku sekarang, tapi aku bersumpah! Kalau aku gagal bawa Gempa balik malam ni, aku akan halau dia terus! '

Dan dengan itu, Halilintar semakin mempercepatkan lariannya dan terus menuju ke rumah Fang.

▶◑◑••●🎆🎆💐🎆🎆●••◐◐◀

Gempa tersedar dari tidurnya apabila dia terdengar bunyi suara seseorang dari luar bilik. Dia segera bangun dan melihat keberadaannya. Ah, betul lah. Dia kini sedang menumpang di rumah Fang dan tadi dia tertidur kerana kelelahan. Gempa terus bangun dari baringnya dan mula membetulkan posisi tidurnya. Badannya masih lagi penat dan mengantuknya masih lagi ada. Jadi apa yang ada dalam fikirannya sekarang hanyalah tidur sahaja.

Ktang!

???: Jvkahskahd aaahh!!

Gempa terkejut. Dia pun terus mendiamkan diri dan memfokuskan dirinya untuk mendengar suara tadi.

'Tunggu... F-Fang... Tak balik lagi, kan? H-habis kalau Fang tak balik... Siapa yang ada dekat bawah tu...? '

Sekali lagi Gempa dikejutkan dengan bunyi yang sama macam tadi. Dia serta-merta teringatkan pesanan Fang jadi dia ingin membuat keputusan untuk kekal berada di dalam bilik, tapi wajahnya mula semakin pucat apabila dia dapat mendengar suara bunyi tadi semakin mendekat. Gempa mula menggigil ketakutan. Hujung jarinya terus terasa kesejukan.

'M-macam mana ni...? '

???: Kvkwfjaodjfs FAAANNGG!! Bukak pintu ni!!!

Gempa terkejut. Suara itu kedengaran semakin jelas dan Gempa mendapatinya bahawa itu mungkin suara abangnya Fang. Kaizo!

'Macam mana ni? Mesti dia tak bawa kunci rumah sebab tak dapat masuk! Aahh... Nak tolong ke tak? Ish! Tolong jelah! '

Lalu tanpa berfikir lama lagi, Gempa terus turun dari katil dan menghala ke arah pintu untuk keluar dari bilik. Di dalam fikirannya dia hanya memikirkan untuk membantu abang Fang. Tidak sama sekali terfikir akan bahaya yang sedang menanti.

🔊🔊⚠🔞•°•°•°•⚠🔞🔊🔊

Gempa berjalan turun dari tangga dengan keadaan tergesa-gesa apabila dia dapat mendengar dengan semakin jelas bunyi hentakan pintu. Dia menuruni tangga yang banyak itu dengan berhati-hati dan segera mempercepatkan langkahnya menuju ke pintu rumah.

Kaizo: Aargh!! Cepatlah buka pintu ni...! Woy Fang!!

Gempa semakin panik apabila dia dapat merasakan bahawa Kaizo seolah-olah semakin marah. Dia pun segera mendapatkan tombol pintu lalu memulasnya.

Kaizo: Haah... B-buka pun...

Kaizo tersengih-sengih macam seolah-olah baru menang loteri apabila pintu yang selama ini dipukulnya terbuka. Dia yang berada dalam keadaan mabuk terus melihat sekitar dalam rumahnya. Dia tidak bercakap apa-apa. Seterusnya dia melihat pula ke arah figura seorang remaja di hadapannya.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now