Goodbye, Halilintar.

2.5K 213 74
                                    

Gempa: Jadi, apa yang awak nak beritahu kepada saya?

Gempa bertanya sebaik sahaja dia duduk di atas buaian yang terdapat di bawah pokok yang rendang di laman rumah mereka. Halilintar berjalan mendekati Gempa lalu berdiri di sebelahnya. Membiarkan Gempa menghayun buaian dengan dirinya sendiri.

Hali: Aku... Tak tahu nak mula dari mana. Umm..

Halilintar menggaru-garu belakang lehernya dengan janggal sambil melirik ke arah Gempa yang masih bermain dengan buaiannya. Wajah gadis itu biasa-biasa sahaja. Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang akan mengeruhkan suasana.

'Rasanya ini masa yang sesuai... '

Hali: Kau.. Tahu kan yang aku dan adik-adik aku-.. Ah, abaikan. Kau tahu kan yang aku ada masalah dalam personaliti aku? Senang cakap aku ada masalah dalam mental aku lah.

Gempa menghentikan gerakan buaian. Dia memandang ke arah Halilintar sebagai tanda untuk lelaki itu meneruskan kata-katanya.

Hali: Aku kan... Ada masalah dalam mengawal emosi. Jadi, bila aku marah, aku akan rosakkan suasana. Aku akan marah dan lepaskan sehingga aku puas.

Gempa diam sahaja. Kalau ikutkan, ada sahaja kata-kata yang ingin dia ungkapkan. Tetapi dia memilih untuk diam. Halilintar sedang ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. Dan Gempa harus menangkap dan memahami setiap daripadanya.

Hali: Dan disebabkan keadaan aku macam ni, ramai yang mula menjauhi aku. Ramai yang tak suka pada aku dan mula meninggalkan aku sendirian.

Halilintar menunduk. Dia teringat kembali di saat waktu sekolah rendah dahulu, dia hanya kanak-kanak biasa yang hanya mengalami masalah dalam mengawal emosi. Tetapi kesemua kawan-kawannya memanggilnya raksasa kerana mudah marah. Dan akhirnya, dia ditinggalkan seperti boneka yang sudah tidak diperlukan lagi.

Hali: Mak ayah aku dulu pernah tawarkan kepada aku... Untuk dapatkan rawatan supaya aku boleh jadi macam biasa. Tetapi.. Heh, mungkin sebab pengaruh drama kot? Aku terfikir yang diorang nak buat macam tu sebab diorang ingat aku gila. Padahal niat mak dan ayah aku baik. Diorang nak sembuhkan aku tapi... Aku pula yang menolak. Akhirnya, sehingga di sekolah menengah aku masih tidak dapat dan gagal mengawal perasaan aku dan aku tetap menyendiri sampailah sekarang.

Halilintar mendongak pula untuk melihat langit biru. Kepulan awan bergerak dengan perlahan sekali apabila ditiup angin. Tetapi ia menjadi pemandangan yang nyaman buat Halilintar. Seolah-olah memberikannya satu perasaan yang hangat untuk dirinya supaya terus bercerita kepasa Gempa.

Hali: Walaupun aku bersendirian, tapi sekurang-kurangnya aku ada adik-adik aku. Dioranglah yang selalu menemani aku dan cuba menenangkan aku. Aku bersyukur sebab ada diorang. Dioranglah keluarga sebenar aku. Diorang jaga aku walaupun sepatutnya aku yang kena jaga diorang. Tetapi sebab diorang faham dengan kondisi aku, diorang lakukan tanggungjawab diorang dengan baik. Aku pula, sudah tentu sebagai abang akan melindungi mereka.

Sekali lagi ucapan Halilintar hanya mendapat anggukkan balas daripada Gempa. Gempa dapat membayangkan, situasi di mana Halilintar ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana sifatnya dan adik-adiknya berada di sisinya demi melindunginya. Ah, indahnya suasana kalau ada adik-beradik! Dan Halilintar pula sebagai abang melindungi mereka. Gempa sedikit merasakan cemburu akannya.

Hali: Dan sekarang... Bila dah besar ni aku terfikir semula tentang cadangan mak ayah aku dulu.

Gempa menoleh ke arah Halilintar. Dia seolah-olah tahu apa yang akan dikatakan olehnya tetapi dia berpura-pura tidak tahu sahaja.

Gempa: Awak fikirkan apa?

Halilintar menoleh ke arah Gempa semula.

Hali: Aku akan pergi. Aku akan dapatkan rawatan untuk membaikpulih diri aku.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now