Skirt

2K 221 114
                                    

Ju: Baiklah semua! Mak dah buat keputusan yang hari ni kita akan ke pantai!!
Trio: Pantai?! Wohoooooo!!!

Ju: Ok y'alls kemas barang-barang dan kita ke pantai, ya?

Taufan: Roger!

Blaze: And!

Thorn: Out!

Trio: NYOOOOOOMMM~~!!

Seperti trio tadi, Halilintar, Ais dan Solar juga terus naik ke bilik masing-masing untuk bersiap-siap ke pantai. Masing-masing mula teruja dengan aktiviti yang akan mereka lakukan selepas ini. Walaupun tidak se-teruja trio tadi, tapi jelas terpancar senyuman di wajah Halilintar, Ais dan Solar. Terutama Ais dan Solar. Halilintar hanya biasa-biasa sahaja.

Sementara itu Gempa pula. Dia agak mengalami kesukaran apabila dia mendengar ajakan dari Ju. Bukan bermaksud dia tidak suka untuk ke pantai. Tetapi dia mempunyai masalah dalam pakaian.

Amato: Gempa? Kenapa tak bersiap lagi ni?

Gempa: A-ayah... Uumm... Saya sebenarnya...

Ju: Kamu takde baju perempuan banyak sangat, kan?

Gempa: M-mak... Hmm.. Lebih kuranglah. Jadi kalau saya tak ikut boleh..?

Amato: Eish, kenapa tak ikut pula? Ju, kamu ada belikan baju banyak untuk Gempa, kan?

Gempa memandang pasangan suami isteri tersebut dengan pandangan yang terkejut. Serius, lah?

Ju: Ohohoho~ sudah tentu! Now, Gemmy! Jom ikut mak! Mak dah belikan baaaaanyak baju untuk kamu dan mak yakin kamu mesti suka!

Gempa: Ah, m-mak..!

Ju: Yes, dear?

Gempa terdiam. Dia tidak pasti sama ada haruskah dia memberitahu apa yang sedang berada di dalam fikirannya sekarang.

'Auntu dan uncle tak tahu tentang kisah silam aku yang trauma dengan skirt... Kalau aku beritahu diorang, agak-agak diorang terasa tak? '

Gempa menggengam jaket bajunya. Terasa berat hati pula kalau nak beritahu apa yang bakal diberitahunya. Tapi dia terpaksa. Bukan bermaksud dia ingin menolak tetapi setiap kali kalau dia pakai skirt mesti dia rasa seperti dia akan ditertawakan.

Solar: Mak? Ayah? Kenapa ni?

Ketiga-tiga orang yang berada di tingkat bawah tadi mendongak dan melihat Solar yang sedang melihat ke arah mereka bersama-sama Ais di sebelahnya. Solar dan Ais, yang nampaknya sudah siap berkemas berjalan turun ke tingkat bawah semula dan berjalan menghampiri ibubapanya dan Gempa.

Ju: Oh, takde apa pun. Mak nak berikan baju dekat Gempa sebab Gempa kan takde banyak sangat baju. Dan kebanyakan baju yang mak nak berikan tu adalah baju feminin sikit. Yelah, Gempa kan selalu je pakai seluar dan jaket. Macam lelaki tau! Sepatutnya gadis comel macam dia ni kena lah pakai skirt yang labuh dan menarik! Kan, Gempa?

Gempa: Uuhh...

Solar: Pakai skirt?

Solar dan Ais saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka mula terlintas memikirkan tentang kisah silam Gempa yang pernah Gempa ceritakan dahulu.

Solar: Mak, apa kata mak tunjukkan saja kat mana tempat mak letak barang-barang mak belikan untuk Gempa tu. Biar kitorang tolong.

Ju: Eh? Takpe ke? Atau korang ada apa-apa niat, hm?

Ju memandang tajam ke arah 2 orang anak lelakinya itu. Tiba-tiba dia rasa was-was dengan mereka berdua walaupun dia tahu yang Solar dan Ais bukanlah seperti itu. Tapi lelaki tetap lelaki, kan?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now