The Secret

3.1K 259 28
                                    

Halilintar mula mengerdipkan matanya apabila dia semakin sedar dari pengsannya. Dia cuba mengenalpasti keadaan persekitarannya. Suasana yang suram dan gelap. Ah, ini bilik dia.

Hali: Ughh.. S-sakitnya kepala...

???: Awak sudah bangun, Halilintar? Syukurlah...

Halilintar terbeliak matanya apabila dia mendengar suara asing menyapa indra pendengarannya. Dia segera menoleh ke arah kanan dan mendapati Gempa sedang duduk di atas kerusi bersebelahan katilnya.

Gempa: Macam mana awak rasa sekarang? Nak minum air?

Halilintar menjengkilkan matanya merenung Gempa tajam. Dia mengabaikan huluran air yang Gempa berikan kepadanya.

Hali: Aku tak nak air tu. Apa yang kau buat dekat sini, hah?

Gempa: Eh? Eerr... S-saya nak jaga awak sampai awak sedar.

Halilintar melirik Gempa tajam. Dia kemudiannya mendengus kesal lalu mula menyelak selimut tebalnya yang menutupi badannya. Gempa terus panik apabila mendapati Halilintar seolah-olah ingin bangkit.

Gempa: Eh, Halilintar! J-jangan bangun lagi! Awak masih belum pulih!!

Hali: Tsk! Sibuklah!! Aku rimas tahu tak?! Blah lah kau dari bilik aku!!

Gempa: T-tak boleh!! Saya kena jaga awak! Ah, Halilintar, tolong makan bubur ni. Lepasni awak kena makan ubat pula!

Halilintar terkejut apabila mendengar Gempa menyebut perkataan ubat kepadanya. Dia segera menoleh ke arah dulang yang berada di tangan Gempa. Deruan nafasnya mula turun naik dengan pantas. Dan dengan tidak semenanya, dia mencampakkan dulang tersebut dari tangan Gempa dan menolak Gempa dengan kasar sehingga membuatkannya jatuh ke lantai.

PRANGG!!

Gempa mengaduh sakit apabila ditolak sedemikian rupa. Sudah banyak kali dia jatuh akibat tindakan kasar Halilintar. Dia kemudiannya menatap pula ke arah dulang yang dicampak oleh Halilintar tadi.

'B-bubur tok Aba... Sudah hancur...!'

Gempa kaku melihat bubur yang panas dan berwap tumpah begitu sahaja di atas lantai. Air kosong di dalam gelas kaca juga turut pecah dan mengalir keluar lalu bercampur dengan kuah bubur tadi. Sakit rasanya hati melihat makanan dibazirkan begitu sahaja tanpa sempat dijamah.

Namun Halilintar sama sekali tidak terkesan oleh hal itu. Dia memfokuskan pandangannya pada Gempa dengan jelingan yang tajam.

Hali: Jangan harap aku akan makan makanan tu! Kau ingat aku akan termakan umpan kau?!

Gempa menatap pula ke arah Halilintar dengan pandangan hairan dan kecewa.

Gempa: Umpan apa pula?! Saya tak letakkan apa-apa pun lah dalam bubur tu!!

Hali: Ckh! Jangan ingat aku bodohlah!! Baik kau keluar sekarang! KELUAR!!

Dengan lantang dan kasar Halilintar menjerit ke arah Gempa. Gempa tersontak dan terkedu mendengarnya. Tidak pernah seumur hidupnya ditengking sedemikian rupa. Gempa pun segera bangkit dari jatuhnya lalu menghadap ke arah Halilintar. Jelas kelihatan riak wajahnya yang kesal dengan perilaku Halilintar ke atasnya.

Gempa: Apa masalah awak ni? Hina sangat ke saya sampai awak begitu anti dengan saya?!

Hali: Ya! Memang aku bencikan kau! Kau datang entah dari celah mana Tok Aba kutip kau lepastu kau nak meraih simpati kitorang pulak?! Patutnya kau tu membesar di rumah anak yatim jelah!!

Sakitnya hati Gempa mendengar penghinaan yang diberikan oleh Halilintar. Dia mengetap giginya dan menggenggam tangannya erat demi menahan rasa amarahnya yang mula bangkit.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now