I Can Hear It...

3.3K 260 60
                                    

ATTENTION!
Diharap para readers memainkan lagu di atas (Kamado Tanjiro no Uta) apabila diberitahu, ya?
Untuk mendapatkan lagi feelnya kerana saat chapter sedih sudahpun tiba. (Walaupun mungkin tak sedih sangat kot?)
.
.
.

Awal pagi itu, Gempa bangun tepat jam 6 pagi. Dia yang masih dalam keadaan mamai mula menggeliatkan badannya dan mula bermalas-malasan untuk sedar sepenuhnya dari tidur yang lena tersebut. Walaupun sekadar tidur di atas lantai tapi dia masih dapat merasakan keselesaan jadi itu tidak jadi masalah. Elok je mimpi dia semalam.

Gempa pun dengan malasnya memusingkan badannya untuk menukar posisi dan berniat untuk sambung tidur balik. Namun pemandangan yang aneh mengagetkannya dan terus membuatkan kesedarannya 100% tersedar dari tidurnya. Niatnya untuk sambung tidur balik terus hilang selepas melihat apa yang berada di hadapan matanya sekarang.

'HA-HALILINTAR?!!! '

Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia melihat Halilintar kini sedang tidur lena di sebelahnya. Dan paling mengejut, tangan lelaki itu sedang memeluk pinggang Gempa dan jarak mereka siapa sangka boleh tahan dekat!

Wajah Gempa terus merona kemerahan dan dia nyaris menjerit sebelum dia terus menutup mulutnya. Tidak berniat untuk membangunkan lelaki itu, Gempa pun dengan hati-hati melepaskan dirinya dari tangan Halilintar yang masih memeluk dirinya.

Namun percubaan Gempa gagal. Hal ini kerana sebaik sahaja dia menyentuh tangan Halilintar, lelaki itu tiba-tiba semakin mengeratkan lagi pelukannya pada Gempa. Gempa terpaksa mengalah dan menunggu sahaja Halilintar untuk sedar dari tidur. Namun dia tidak mahu mengejutkan lelaki itu.

Saat menunggu Halilintar sedar, Gempa cuba mengingat kembali akan peristiwa yang terjadi semalam. Ingatannya samar-samar sebelum dia mula mengingat sepenuhnya.

Malam semalam, dia menangis di hadapan Halilintar.

💐✨🌸•°•°('゜艸゜)°•°•🌸✨💐

Halilintar berjalan ingin menuju ke arah biliknya untuk masuk tidur. Namun sebaik sahaja dia terpandang bilik stor yang kini telah menjadi bilik Gempa membuatkan dirinya terdetik untuk menegur remaja itu.

Tercetus ingatannya semula tentang perihal yang terjadi tadi siang. Dia ingin mengucap sepatah dua kata kepada remaja itu kerana telah melukakannya.

'Mungkin dia sudah tahu kondisi aku jadi dia... Tak marah sangat, kan? Ish! Peduli apa aku?! Biarlah dia nak marah! Apa-apapun! Aku pergi jenguk dia sebab nak tengok dia tidur ke belum! Itu je! Takde niat nak minta maaf atau apa pun! Ya! Jenguk je! "

Langkah kaki Halilintar semakin laju walaupun diluar kawalannya. Entah kenapa semakin dia dekat dengan bilik itu semakin debaran di jantungnya terasa.

Kreeeaakkk~

Pintu bilik terbuka, Halilintar cuba mengintai sedikit di sebalik celah pintu yang terbuka tersebut lalu dia ternampak Gempa sedang melihat sebuah buku yang di dalam fikiran Halilintar mungkin ialah album dan Gempa sekarang sedang... Menangis?

'Huh? Apahal dia ni menangis macam orang perempuan ni? Ada benda tak kena ke? '

Halilintar semakin ingin melihat Gempa dengan lebih lama namun entah bagaimana dia boleh tertendang lantai yang licin dan rata itu sehingga membuatkannya tersadung lalu dengan cara tidak sengajanya dia terjah masuk ke dalam bilik Gempa.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now