Who Am I Actually (Part 3)

2.6K 243 102
                                    

Hali: Tunggu. Kalau korang cakap yang berpeluk dengan Gempa tu boleh rasakannya.. Tadi aku dukung Gempa takde pun rasa apa-apa?

Taufan: Kau dukung Gempa? Apahal weyh?

Hali: Kan dia terpijak kaca... Aku dukung lah dia sampai ke rumah.

Blaze: Fuh! Acah Prince Charming ke apa?

Hali: Kau lebih baik diam sebelum aku sumbat spender kau sendiri dalam mulut kau!

Blaze terus mengacip mulutnya. Dia rasa nak tergelak tapi pada masa yang sama dia tak nak juga kerana takut dengan amaran abangnya itu. Spender jangan main weyh!

Solar: Abang Hali dukung Gempa macam mana?

Mendengar soalan daripada Solar, Halilintar pun mula mengimbas kembali akan memorinya sewaktu kejadian dia dan Gempa pulang ke rumah bersama.

Hali: Hhmm... Kalau tak silap aku dukung macam ala pengantin tu. Sebab aku tak nak baju dia basah. Baju aku kan basah waktu tu, jadi aku dukung macam stail orang kahwin tu lah. Bukan piggy back.

Blaze: Cieeee~ dukung macam pengantin bhaaii!! Ni nak kahwin ke apa? Mesti ramai orang tengok, kan?

Hali: Kau-! Thorn, kau keluar dan bawak ke sini spender spiderman Blaze tu! Aku nak sumbat dalam mulut celupar budak ni!

Thorn: Roger!

Blaze: Nooooo!! Not my spiderman underwear!!

Blaze terus memeluk adiknya bagi menahan Thorn daripada keluar dari bilik. Manakala Taufan, Ais dan Solar hanya memandang sahaja telatah saudara mereka yang pelik-pelik itu. Orang tengah berbincang serius boleh pula main-main!

Taufan: Aku rasa, sebab kau dukung Gempa macam tu lah kau tak rasa apa-apa. Cuba kalau kau dukung stail piggy back. Aku rasa kau boleh sedar sesuatu melalui keadaan tu.

Hali: Hmm... Betul juga.

Suasana terdiam seketika. Masing-masing tidak membuka mulut mereka kerana masing-masing sedang berada di dalam fikiran mereka. Entah apa yang difikirkan biarlah ia menjadi rahsia antara lelaki sahaja.

Hali: Jap, baru aku teringat. Kalau Blaze dan Taufan tahu macam mana pula?

Blaze: Ingat lagi tak peristiwa dekat kedai Tok Aba? Aku, Taufan dan Gopal, Fang, Yaya dan Ying kan tengah berbual dekat pondok waktu tu?

Halilintar cuba memanggil balik akan memori tentang suasana di kedai Tok Aba. Agak memenatkan baginya kerana harus terus-terusan mengingat kembali memori lama tapi sekurang-kurangnya ia berbaloi kerana Halilintar dapat menyedari sesuatu yang dia terlepas pandang. Kan?

Tok Aba: Dah sampai masanya untuk kita tutup kedai. Hali, tolong atok kemas kedai ni, ya?

Hali: Baik tok.

Gempa: B-betullah! Aku tak tipu!

Halilintar terdengar suara Gempa di sebalik belakang gerai. Terus dia menoleh ke arah suara tadi dan melihat rakan-rakannya sedang mentertawakan Gempa yang kini sudah kemerahan wajahnya. Yaya dan Ying menepuk-nepuk bahu Gempa seolah-olah berharap agar dia bertabah manakala Taufan dan yang lain masih mentertawakan Gempa.

Hali: Ckh! Kolot...

Halilintar kembali dengan tugasannya. Tidak mahu melibatkan diri dalam perbualan antara rakan-rakannya dan adik-adiknya. Memang stail dia yang jenis introvert pada yang lain. Mujur yang lain juga tidak terlalu mempersoalkannya.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now