If...

2.1K 212 83
                                    

Taufan: Jadi, Gempa. Amacam? Best tak duduk dekat rumah kitorang ni?

Taufan menghulurkan sebuah cupcake kepada Gempa sewaktu mereka berdua dan yang lain sedang berada di ruang keluarga yang juga boleh tahan keluasannya.

Gempa menerima kek tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Dia pun tersenyum.

Gempa: Best! Tapi... Saya rasa tak selesa pula bila duduk dengan menumpang rumah orang. Saya rasa... Saya akan pindah ke rumah Tok Aba lagi lepasni.

Thorn: Ala, kenapa pulak? Kita kan dah jadi satu keluarga? Gempa bolehlah duduk dengan kami!

Gempa menatap kasihan ke arah muka sedih Thorn. Dia faham benar dengan perasaan remaja itu. Thorn mahu sentiasa dekat dengannya kerana Thorn sudah menganggapnya seolah-olah sebagai adik-beradiknya sendiri. Dan Gempa sudah tentu terharu dengannya dan kalau boleh dia juga mahu berada bersama-sama dengan yang lain. Tetapi dia mempunyai satu sahaja masalah sekarang ini.

'Kalau aku kekal duduk di sini lama-lama, aku takut kalau Halilintar takkan suka dan akhirnya akan cuba halau aku sekali lagi dari rumah ni. Di sini bukan rumah Tok Aba. Bila-bila masa saja Halilintar akan halau aku kalau dia mahu... '

Gempa mengeluh dalam diam. Dia tidak dapat membayangkan jika suatu hari nanti dia akan menyakitkan hati Halilintar semula dan lelaki itu akan serta-merta menghalaunya keluar. Walaupun Gempa sedar akan tarafnya di rumah itu adalah bukanlah siapa-siapa, tapi dia juga perlukan pembelaan. Dia tidak mahu sering dimarahi oleh Halilintar.

Sementara itu, Ais yang berada di sebelah Gempa perasan akan perubahan wajah Gempa. Dia tahu yang Gempa pasti memikirkan tentang Halilintar. Ais cukup kenal dengan abangnya yang pertama itu. Halilintar adalah ibarat petir yang akan terus saling sambar menyambar apabila kemarahan berganda. Dan untuk menunggunya reda bukanlah mudah. Ia sama ada harus ditiup oleh angin ketenangan ataupun hujan yang cukup lebat.

Dan untuk Gempa pula, Ais kenal yang Gempa bukanlah orang yang biasa-biasa. Ais dalam diam mengagumi Gempa yang sentiasa kuat dan tabah dalam berdepan dengan abangnya, Halilintar. Walaupun sering dimarahi dan dikutuk teruk oleh abangnya seperti petir dan halilintar yang menyambar kuat, tetapi Gempa tetap kukuh dan bertahan ibarat bumi yang kekal kukuh daripada panahan petir itu.

Mungkin akan meniggalkan kesan. Tetapi tanah tersebut pastinya akan terus pulih jika ia disimpahi dengan air hujan kemaafan dari petir tersebut.

Ais: Gem, aku harap kau tahu apa yang kau akan buat di masa yang akan datang.

Ais menepuk bahu Gempa dengan lembut. Gempa menoleh ke arah Ais dan mendengar apa yang barusan diperkatakan oleh lelaki itu. Seulas senyuman kecil terukir. Gempa mengangguk faham.

Gempa: Hm, saya akan cuba.

Ais tersenyum lembut. Kemudian, dia dan Gempa pun teruskan sahaja meluangkan waktu mereka bersama-sama dengan saudara Ais yang lain di ruang utama tersebut.

*🌸✨(❁´'❁)✨🌸*

Malam itu, sewaktu Gempa selesai sahaja mandi, dia ternampak kelibat Halilintar sedang membawa sebuah teleskop di tangannya dan tangannya yang satu lagi sedang memegang anak kunci untuk membuka sebuah pintu yang Gempa yakin adalah pintu untuk ke beranda rumah tersebut.

Gempa memerhatikan sahaja tindak-tanduk Halilintar sehinggalah lelaki itu keluar dan berjalan masuk ke kawasan beranda. Dalam diam, Gempa mendekati tempat tersebut dan menyorok di belakang pintu untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Halilintar pada malam tersebut.

Halilintar sedang membukakan kekaki teleskop dan dia mendongak ke langit. Gempa juga turut memandang langit malam itu. Kelihatannya malam itu tidak banyak awan dan bintang-bintang juga nampak banyak menghiasi langit malam. Takjub Gempa jadinya apabila melihat suasana langit malam yang entah baginya itulah kali pertamanya dia rasa dapat melihat bintang dengan jarak yang begitu dekat sekali.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now