Trauma

2.7K 243 73
                                    

Halilintar dan Gempa akhirnya telah pulang semula ke rumah Tok Aba pada hari itu. Itupun setelah penat harus cuba memujuk Gempa untuk kekal lebih lama di rumah Fang kerana dia perlukan rehat yang cukup. Tapi kerana dia semakin meracau, Tok Aba terpaksa datang ambil pada waktu awal pagi iaitu di jam 5 pagi.

Sepanjang berada di rumah Tok Aba, Gempa lebih kerap berkurung diri di dalam bilik. Dia langsung tidak ingin keluar ataupun makan. Segala panggilan atau pujukan langsung tidak dipedulikannya.

Dan sekarang, di waktu malam Gempa kembali meracau. Dia tidak dapat terus melihat suasana gelap, kalau tidak dia akan kembali membayangkan situasi di mana Kaizo akan cuba menyerangnya.

💙🍀🍀_•°•°('°̥̥̥̥̥̥̥̥ω°̥̥̥̥̥̥̥̥`)°•°•_🍀🍀💙

Satu minggu kemudian, mereka mula membahagikan tugas masing-masing.

Taufan: Urrghh!! Letihnya...

Taufan merenggangkan badannya sebaik sahaja dia naik ke tingkat atas. Malam itu adalah malam untuk dia bertugas untuk menjaga Gempa.

Taufan yang baru sahaja selesai memberi makan kepada Gempa dan menyimpan pinggang mangkuk ke dapur akhirnya dapat menghela nafas lega. Begitu payah sekali untuknya menguruskan Gempa. Gempa sering mengelak dan menolak untuk makan kerana dia sering ketakutan untuk keluar dari bilik. Walaupun Taufan dan yang lain ingin cuba untuk masuk ke dalam bilik pula, Gempa juga sering menjerit kerana tidak mahu. Jadi, mahu tidak mahu mereka terpaksa meninggalkan makanan untuk Gempa di hadapan bilik. Dan mereka harus selalu memeriksa bahawa Gempa makan ataupun tidak makanan tersebut.

Mereka dikira bernasib baik kerana Gempa sekurang-kurangnya makan walaupun tidak banyak. Dan mereka pasti Gempa akan kelihatan kurus kerana kurang makan.
Taufan menoleh ke arah bilik Gempa. Fikirannya masih memikirkan keadaan Gempa. Gempa kelihatan amat trauma dengan apa yang telah menimpa dirinya. Dan seminggu berlalu pun nampaknya masih tidak membuahkan hasil.

'Hmm... Aku harap dia akan cepat baik nanti... Tak lama lagi mak ayah dah nak balik dah. '

Taufan menghela nafas. Banyak yang terpaksa difikirkannya. Tentang keadaan Gempa, tentang kembarnya, tentang masalah Halilintar dan tentang ibubapanya. Dia tak nak ibubapa mereka pulang nanti dalam keadaan kerisauan kerana melihat keadaan Gempa. Nanti pastinya ibubapa mereka akan menganggap bahawa mereka bermasalah kerana telah menjadikan Gempa sedemikian.

Tapi memang benar, kan? Semenjak kali pertama Gempa ke sini lagi mereka sudah buat masalah. Di hari pertama lagi Gempa sudah lari dari rumah. Tidak cukup dengan itu, di beberapa hari kemudian Gempa lari lagi buat kali kedua kerana Halilintar. Kemudian Gempa ditimpa pula nasib hampir dirogol oleh Kaizo. Jadi sudah tentulah segala kesalahan itu semua diletakkan kepada mereka berenam. Gempa datang dengan keadaan baik tapi mereka yang telah menghancurkan Gempa.
Taufan menghela nafas lelah. Memikirkan hal-hal sebegini sangat menyakitkan kepala. Mungkin lebih baik dia tidur dan berehat terlebih dahulu.

•°•°•_^🌹('・_・')🌹^_•°•°•

Jam 1 pagi. Kini suasana di dalam rumah Tok Aba begitu sunyi sekali dikala semua orang sedang nyenyak tidur di dalam bilik masing-masing. Semua sedang lena dibuai mimpi dan nampaknya masing-masing tidak akan menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka akan bangun sehingga esok pagi. Kesemuanya kelalahan.

Klik!

Bunyi sebuah pintu terbuka kedengaran. Di bahagian hujung laluan di tingkat atas, sebuah bilik yang berada di paling hujung terbuka pintunya. Dan secara perlahan-lahan pintu tersebut semakin luas terbuka dan menampakkan wajah Gempa di sebaliknya.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now