Their Parents

2.6K 260 126
                                    

Hali: Mak... A-ayah...

Halilintar menatap ke arah kedua ibubapanya dengan pandangan yang terkejut. Jika wajah boleh dibaca oleh semua, pasti mereka yang berada di situ akan tahu bahawa betapa gementarnya Halilintar pada saat itu.

Di ruang tamu di rumah Tok Aba, kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk sebelah menyebelah antara satu sama lain. Mereka melihat ke arah anak sulung mereka, iaitu Halilintar. Riak wajah mereka jelas menunjukkan bahawa mereka sedang serius waktu itu.

Hali: Mak... B-bila mak dan ayah sampai..?

Ibubapa Halilintar tidak menjawab. Mereka berdua diam sahaja. Dan itu membuatkan Halilintar terus rasa semakin serba-salah. Adakah dia telah melakukan sebarang kesilapan?

Tok Aba: Haih... Sudahlah Amato.. Ju... Kamu berdua kan baru balik. Anak kamu ni gembira tau dengan kepulangan kamu berdua.

Seorang lelaki dewasa, iaitu si suami tadi mula menghela nafas. Dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan mendekati Halilintar.

Amato: Ayah dan mak baru je balik sejam lepas. Kamu pula dari mana ni? Bukan ke kat luar tadi hujan?

Hali: Ahh... Hali tadi-

Klak!

Gempa: Aduh!

Serentak penghuni yang berada di ruang tamu tersebut berpaling ke arah Gempa. Di kawasan pintu rumah Tok Aba. Ju, ibu kepada kembar 6 tadi mula berjalan ke arah suaminya. Dan dia ternampak Gempa sedang duduk menunduk sambil memegang kakinya.

Senyuman terus terpancar di wajah wanita tersebut.

Ju: Gempa...

Gempa mendongak. Dia memandang ke arah seorang wanita dewasa dan di sebelahnya pula ialah seorang lelaki dewasa yang begitu segak sekali walaupun dia hanya mengenakan baju t-shirt biasa sahaja. Dan melihat dari wajah mereka, terutama wajah wanita tersebut, Gempa sedar mereka berdua adalah ibubapa kepada Halilintar dan adik-adiknya. Kerana wajah mereka mirip.

Ju: Kamu ni mesti Gempa, kan?

Gempa mengangguk kecil. Dia belum kenal keluarga Halilintar dengan lebih rapat jadi tidak hairanlah dia akan gugup dengan ahli keluarga mereka..

Wanita tadi terus berjalan mendekati Gempa dan menyentuh wajah Gempa dengan lembut. Senyuman lembut masih tidak lekang di wajahnya.

Ju: Wajah kamu... Sangat mirip dengan arwah ibu kamu. Kamu juga mempunyai iris yang cantik. Betullah.. Kamu memang anak kawan baik aunty..

Gempa terkedu. Tidak pernah dia terfikir ataupun terdetik untuk memikirkan bahawa wanita di hadapannya itu adalah bekas kawan baik arwah ibunya. Dia tidak tahu harus memberikan reaksi bagaimana lagi.

Gempa: A-aunty... K-kawan baik ibu..?

Ju mengangguk.

Ju: Ya. Tapi ia dah lama berlaku. Kali terakhir bersama adalah di sekolah menengah kami. Jadi sebab itulah kamu tak tahu tentang aunty.

Gempa terdiam. Entah kenapa tiba-tiba pula dia terasa sebak.

Baru sahaja Gempa ingin mendekati wanita tadi, kakinya terus sahaja tiba-tiba menyengat kuat.

Gempa: Ah-!!

Pantas wanita tadi melihat ke arah kaki Gempa. Dan dari situ dia dikejutkan dengan darah yang berlinangan dengan banyak sekali keluar dari kaki Gempa. Dia terus panik.

Ju: Alamak! Abang, kaki Gempa berdarah!

Amato: Berdarah?! Kenapa?!

Ju: Kamu ok, Gempa? Kenapa kaki kamu berdarah ni?

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now