Knowing You (Part 3)

2.9K 256 13
                                    

FLASHBACK

Gempa dan Halilintar baru sahaja selesai membuat pembayaran di pasar raya yang mereka singgah untuk membeli barang keperluan dapur. Mereka berdua membahagi sama rata barang untuk dibawa dan mereka berjalan seiringan menuju ke rumah.

Dalam perjalanan, mereka berbual kosong sambil menikmati suasana di sekeliling mereka. Sebenarnya Gempa agak canggung dengan attitude Halilintar yang nampaknya dingin dan datar itu. Segala soalan Gempa hanya dijawab singkat sahaja oleh Halilintar. Dan Gempa pula yang sentiasa mencuba untuk membuka suara berbanding Halilintar yang kekal diam tidak terbuka.

Mereka semakin hampir ke jalan yang bakal membawa mereka ke rumah, namun mereka dikejutkan dengan suasana riuh-rendah di hadapan mereka. Banyak orang berlari-lari mendekati suatu kawasan yang sudah dipenuhi orang ramai itu.

Gempa: Eh, a-apa jadi tu?

Halilintar diam dan cuba mengenal pasti keadaan di sana, dia cuba melihat kawasan yang tidak ditumpu oleh orang dan tidak lama kemudian dia ternampak sebuah motorsikal dan sebuah kereta yang sudah remuk dan berasap. Kereta tersebut remuk di bahagia depannya manakala motorsikal pula sudah terbalik dan tercabut tayar belakang.

Hali: Macam ada kemalangan. Kau nak pergi tengok- Eh.. G-Gempa..?

Halilintar dikejutkan dengan wajah Gempa yang mula pucat dan berpeluh banyak. Dia mula berasa hairan dengan keadaan Gempa sebelum dia mula teringatkan sesuatu.

'Jangan cakap yang... Dia trauma? '

Gempa: I-ibu... Ayah...

Badan Gempa mengigil hebat. Wajahnya semakin pucat dan peluhnya mula bercucuran jatuh. Halilintar semakin panik melihat Gempa yang seakan-akan mahu pitam. Dia dengan sigap memeluk bahu Gempa lalu mendorongnya masuk ke sebuah kawasan lorong yang sunyi.

✨🌸💐•••_(๑•́₋•̩̥̀๑)_•••💐🌸✨

Hali: Oi.... Kau ok tak?

Halilintar memandang risau ke arah Gempa yang kini sedang menyandarkan dirinya pada tembok pagar yang bersimen sambil meraup oksigen sebanyak yang mungkin. Gempa mengabaikan soalan Halilintar dan terus cuba menenangkan dirinya.

Gempa: Haahh... Haahh... Ibu... Ayah...

Wajah Gempa memang merisaukan Halilintar. Namun dia tidak tahu harus melakukan apa. Jadi dia hanya mampu melihat sahaja.

Gempa tidak kekal lama dengan keadaan seperti itu. Dia akhirnya dapat mengawal emosinya dan dirinya semakin tenang. Gempa dengan lemah longlai cuba menstabilkan kedudukannya.

Gempa: S-saya sudah ok... J-jom balik.

Hali: Kau... Pasti ke ni? Kalau tak kita rehat lah dulu.

Gempa dengan pantas menggeleng dan memegang baju Halilintar dengan kemas.

Gempa: Saya ok. Jom balik.

Halilintar terpaksa mengikut sahaja permintaan Gempa. Dia pun memimpin Gempa berjalan menyelusuri lorong yang sunyi tanpa dilalui oleh sesiapa pun melainkan mereka berdua sahaja.

Keadan perjalanan mereka amat canggung dan sunyi. Tiada sesiapa pun yang berani membuka suara melainkan hanya diisi dengan derapan langkah kaki mereka berdua.

Halilintar sempat menjeling ke arah Gempa yang sedang menundukkan wajahnya menatap jalan. Timbul perasaan risau di dalam hati Halilintar apabila dia melihat keadaan Gempa.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now