Epilogue

2.9K 214 77
                                    

Gempa kini sedang berada di dalam biliknya sambil mengikat rambutnya di hadapan cermin make up yang sudah tersedia. Dia melihat wajahnya yang semakin menginjak dewasa itu. Tiada banyak yang berubah. Wajahnya tetap sama seperti arwah ibunya sepertimana kata Ju sebelum ini.

Ding! Ding!

Gempa melihat ke arah telefonnya. Telefon tersebut adalah pemberian daripada Amato dan Ju untuknya sempena hadiah hari lahir Gempa awal tahun yang lalu. Gempa berasa sangat gembira di saat dia menerima hadiah berbentuk telefon tersebut. Memang memiliki telefon adalah salah satu keinginannya selama ini kerana sewaktu dia kecil dahulu, arwah ibubapanya sering mengajarnya untuk tidak terlalu bergantung kepada telefon kerana takut ketagihan.

Gempa membuka aplikasi chat yang ada di dalam telefonnya. Dan dari barisan paling atas, dia dapat melihat nama contact yang disimpannya tertera. Tanpa berfikir panjang, Gempa pun membuka mesej tersebut.

___________

1C4120

Gempa, bersedia malam ini.
Pastikan kamu tak tinggalkan apa-apa barang-barang kamu kerana kita takkan kembali semula selepas ini.

___________

Gempa hanya diam sambil membaca mesej tersebut. Dia mengigit bibir bawahnya. Nampaknya sudah sampai masanya untuk dia melakukan perkara yang tidak akan dijangkakan malam ini.

Malam yang sepatutnya menjadi malam paling bermakna buat semua tetapi tidak untuk Gempa.

___________

1C4120

Gempa, bersedia malam ini.
Pastikan kamu tak tinggalkan apa-apa barang-barang kamu kerana kita takkan kembali semula selepas ini.

Baiklah.
✔✔

___________

_•°♠🕕🌗(´゜艸゜)🌗🕕♠°•_

Tok Aba: Atok senang sangat bila dapat tengok keadaan keluarga kita yang mana semuanya sudah berkumpul.

Tok Aba melihat wajah-wajah setiap ahli keluarganya. Bermula dari anak angkatnya iaitu Amato bersama isterinya. Kemudian ke arah Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar. Dan kemudian ke arah Gempa yang berada di sebelah kanannya.

Amato: Kami pun, abah. Walaupun arwah abang dulu takde... Sekurang-kurangnya kami dapat meluangkan masa bersama anaknya, kan?

Kini semua mata tertumpu pada Gempa. Gadis itu tidak berkata apa-apa. Dia hanya mengangguk dan tersenyum sahaja. Halilintar yang berada di sebelahnya turut tersenyum dan memegang erat tangannya.

Tok Aba: Baiklah, kalau macam tu. Jom kita menjamu selera sekarang. Atok pun dah lapar ni!

Trio: Jom!

Semua menikmati makan malam mereka dengan penuh berselera sekali. Mereka berbual dan bergelak tawa antara satu sama lain. Tiada apa yang ada di fikiran mereka melainkan hanyalah kebahagiaan sahaja pada saat itu.

Namun, di dalam keramaian itu, hanya seorang sahaja yang cuba sedaya-upaya untuk kekal dengan lakonannya. Dia tidak mahu dirinya diketahui oleh orang lain bahawa dirinya sedang membuat rancangan dalam diam. Tidak di hadapan yang paling peka di dalam keluarga itu. Tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah Ais, Solar dan... Halilintar.

Hali: Gem?

Gempa: Y-ya?

Gempa menoleh untuk melihat Halilintar berada di sebelahnya. Lelaki itu diam sahaja melihat Gempa. Tetapi tiada sebarang wajah yang menunjukkan kerisauan. Ia hanyalah wajah yang jelas menunjukkan dia sedang gembira berada bersama Gempa.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now