New Home!

2.3K 229 61
                                    

Ju: Ok! Kita sudah sampai!

Amato: Bawa barang-barang kamu semua ke bilik masing-masing. Mak dan ayah dah tolong kemaskan dah.

Taufan: Betul ke?! Hahaha! Terima kasih mak, ayah! Mak dan ayah memang terbaik!

Amato: Hmm.. Terbaik, terbaik juga. Tapi kalau ayah lenguh, tolong picit, ya?

Blaze: Erk?! Kalau Blaze tolong nyanyi lagu tak boleh ke, ayah?

Amato: Jangan nak mengada-ngada! Sumbat jugak tin koko Tok Aba kalau degil!

Thorn: Alaa.. Ayah ni!

Ju: Haish, sudah! Cepat bawa masuk semua beg dan barang kamu semua. Nanti kita keluar makan, ya?

Trio: Keluar makan?! Yaaayy!!

Lalu, kesemua penumpang yang menaiki kenderaan panjang milik Amato turun dari perut kereta. Masing-masing membawa barang-barang sendiri termasuk juga dengan Gempa. Namun, bagai rusa masuk kampung, Gempa agak terpinga-pinga dengan keadaan baharu di sekelilingnya. Dia melihat kawasan sekitar rumah baharu yang pertama kali dia menjejakkan kakinya di sana.

'Besarnya...! Diorang memang betul-betul orang kaya ni! Memang padanlah anak ramai. Sesuai dengan rumah yang besar! '

Gempa melihat keadaan rumah mewah dua tingkat itu. Terasa kelainannya apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Agak-agak berapa banyak duit habis untuk siapkan rumah sebesar itu, ya?

Ju: Gempa?

Gempa tersontak terkejut apabila Ju tiba-tiba datang dan menepuk bahunya secara tiba-tiba. Dia pantas menoleh dan melihat ke arah wanita tersebut.

Ju: Kamu suka ya  dengan keadaan rumah ni?

Gempa mengangguk laju. Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya. Memang jelas terpancar wajah kebahagiaan di mukanya.

Ju turut ikut tersenyum.

Ju: Baguslah kalau macam tu! Mari, aunty bawa kamu ke bilik kamu, ya?

Gempa tidak membantah. Dia terus mengangguk lalu mengekori wanita tadi naik ke tingkat atas bersama-sama.

◆♥🌸✨(*w*✿)✨🌸♥◆

Ju: Ha, sini bilik kamu. Sebaris dengan anak-anak aunty!

Ju membukakan pintu bilik bagi menunjukkan kepada Gempa bahawa bilik tersebut adalah milik gadis itu. Gempa mengintai ke dalam bilik tersebut. Betapa luasnya bilik itu! Lebih luas dari bilik di rumah lamanya dan sudah tentu lebih luas lagi dari bilik stor yang sebelum ini didiaminya.

Gempa memandang ke arah Ju semula. Dia kelihatan seperti was-was untuk menerima bilik tersebut. Lihatlah betapa luasnya bilik itu! Terasa seperti dia sedang berada di dalam hotel 5 Bintang pula!

Gempa: Ahh... Aunty. B-betul ke ni bilik saya? M-maksud saya... Bilik ni terlalu besar untuk saya. S-saya tak yakin saya boleh tinggal di sini.

Ju: Eish, apa yang terlalu besar sangat nya? Aunty dan suami aunty memang rekabentuk bilik ni dengan kadar keluasan yang sama seperti anak-anak kami yang lain tu. Diorang takde pula cakap yang bilik diorang tu terlalu besar.

Gempa: Umm... Bilik ni memang bilik lebih atau bilik tetamu sebenarnya?

Mendengar soalan tersebut oleh Gempa, wajah Ju agak berubah muram sedikit. Dia nampak seolah-olah mengingatkan sesuatu. Sesuatu yang pernah menimpa keluarganya.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now